16/09/2026
🇲🇾 *SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026* 🇲🇾
*❤️💙💛🤍16 September 2026🤍💛💙❤️*
Kepada seluruh rakyat Malaysia,
Hari Malaysia bukan sekadar sebuah tarikh, tetapi menjadi simbol perpaduan, kebersamaan dan semangat cintakan tanah air yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia.
Menyayangi negara bukan hanya dengan mengibarkan Jalur Gemilang atau menyanyikan lagu patriotik, tetapi turut dizahirkan melalui tanggungjawab, kejujuran, amanah dan integriti dalam setiap tindakan kita.
Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama memelihara nilai integriti dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab, kerana negara yang maju bermula daripada rakyat yang berintegriti.
📝Ucapan Tulus Ikhlas Daripada:
*Unit Integriti*
*Universiti Malaysia Terengganu (UMT)*