28/10/2024
Program : Pendidikan Luar Sekolah Murid Pemulihan Khas Kuala Terengganu.
Tarikh : 28.10.2024
Tempat : Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
Telah selesai satu program anjuran Persatuan Muafakat Guru Pemulihan Khas Kuala Terengganu (PMGPKT) bagi tahun ini, iaitu program Pendidikan Luar Sekolah Murid Pemulihan Khas Kuala Terengganu bertempat di Taman Tamadun Islam.
Melibatkan penglibatan murid pemulihan khas seramai 150 orang dan 50 orang guru pemulihan khas dari pelbagai sekolah dalam daerah Kuala Terengganu menjadikannya program terbesar yang pernah dianjurkan oleh persatuan.
Antara pengisian program ialah sukaneka murid, permainan, hadiah kepada murid, cabutan bertuah serta lawatan ke Mini Zoo Taman Tamadun Islam.
Terima kasih tidak terhingga kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu kerana memberi sokongan dalam menjayakan program ini.
Ucapan ribuan terima kasih juga kepada semua penyumbang yang telah memberi sumbangan, antaranya dari Terengganu Inc, EPIC Group, GPQ Sdn Bhd, Homestay Ikhwan KT, Klinik Insyirah Durian Burung, Restoran Selera Ayam Kampung Kuala Ibai, Cikgu Masitah, Cikgu Norliza dan para penyumbang yang sudi membantu bagi menjayakan program ini.
Terima kasih juga kepada pengurusan Taman Tamadun Islam dan pihak Mini Zoo Taman Tamadun Islam atas penyediaan tempat. Tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi.
Sekalung perhargaan juga buat Jawatankuasa Induk Persatuan, Biro Aktiviti PMGPKT dan semua Guru Pemulihan Khas Kuala Terengganu yang telah memberi kerjasama yang sangat baik dalam melicinkan perjalanan program ini. Anda semua terbaik!
Semoga program ini mencapai objektif yang ditetapkan, merapatkan hubungan sesama guru dan seterusnya membuktikan kepada semua bahawa GPMKT adalah satu pasukan yang mantap!
Semoga program seperti ini akan dapat diteruskan lagi dimasa akan datang. Segala kekurangan akan terus dibaiki dari masa ke semasa agar menjadi lebih baik.
Hingga jumpa lagi..