Akademi DIDIK ULAMA Amilin Terengganu - Duat

Akademi DIDIK ULAMA Amilin Terengganu - Duat Akademi DUAT ialah agensi di bawah portfolio Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu

PERUTUSAN PENGARAH AKADEMI DUAT SEMPENA MAULIDUR RASUL SAW 1448 H بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِالحمد لله رب العا...
24/08/2026

PERUTUSAN PENGARAH AKADEMI DUAT SEMPENA MAULIDUR RASUL SAW 1448 H

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين.

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya, kita terus dikurniakan nikmat iman dan Islam serta kesempatan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Allah SWT berfirman:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
“Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam.” (Surah al-Anbiya’: 107)

Rasulullah SAW diutuskan membawa rahmat melalui Islam serta membina manusia berteraskan iman, ilmu, akhlak dan keadilan. Sesungguhnya, pembinaan tamadun bermula dengan pembinaan insan.

Allah SWT berfirman:

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah al-Ra‘d: 11)

Justeru, sempena Maulidur Rasul ini, marilah kita memperbaharui kecintaan kepada Rasulullah SAW bukan sekadar dengan selawat dan mengingati sirah Baginda, tetapi dengan menghidupkan sunnah, meneladani akhlak dan meneruskan misi dakwah Baginda.

Dalam konteks pembangunan negeri, kita mendokong hasrat Kerajaan Negeri untuk membawa negeri ini menuju sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera. Kita percaya bahawa kemajuan yang sebenar bukan hanya diukur melalui pembangunan fizikal dan ekonomi, tetapi turut melalui kekuatan iman, akhlak, institusi keluarga, perpaduan masyarakat dan kesejahteraan rakyat.

Atas dasar itu, tema “Indahnya Hidup Bersyariat” amat bertepatan dengan usaha membina masyarakat yang menjadikan Islam sebagai panduan kehidupan. Syariat bukan sekadar hukum, tetapi merupakan panduan yang membentuk insan berakhlak, keluarga yang harmoni, masyarakat yang aman dan kehidupan yang diberkati.

Sebagai Akademi DUAT, kita beriltizam melahirkan generasi duat yang berilmu, berakhlak, berjiwa besar serta mampu membawa risalah Islam dengan hikmah dan rahmah. Para duat bukan sahaja berperanan menyampaikan ilmu, tetapi turut menjadi pembina insan, penyatu ummah dan penggerak perubahan yang menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negeri.

Semoga Maulidur Rasul ini menjadi titik tolak untuk kita memperkukuh iman, memperbaiki akhlak, menyuburkan ukhuwah dan memperhebatkan dakwah demi membina masyarakat dan negeri yang maju, berkat dan sejahtera.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.

Selamat menyambut Maulidur Rasul SAW 1448H

“Meneladani Rasulullah, Membina Insan, Menyatukan Ummah, Mengembalikan Izzah.”

Sekian,
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

HAJI MOHD ZULKHAIRI BIN NGAH
Pengarah Akademi DUAT

, Maju Berkat & Sejahtera
# Indahnya Hidup Bersyariat
# Knowledge, Skill & Ability

Dah rancang betul-betul untuk menyemarakkan Maulidur Rasul kali ini?Berikut program dan aktiviti maulid di pelusuk Teren...
24/08/2026

Dah rancang betul-betul untuk menyemarakkan Maulidur Rasul kali ini?

Berikut program dan aktiviti maulid di pelusuk Terengganu. Inilah dia bulan Rabiul Anwar (bulan Rabiulawal yang penuh cahaya), bulan yang padanya terbit pancaran cahaya kenabian dan tampak nyata kepada seluruh alam.

Seringkali manusia mudah lemas di dalam kolam cinta insan dan jarang berenang di dalam lautan cinta Allah dan Kekasih-Nya. Pakat mari imarahkan taman-taman syurga yang berdekatan dengan kita. 👇🫶

💕 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما 💕

✨ Jom Celik Jawi Bersama Dr. Ustaz Abdul Manan Ali! ✨​Mari sertai Bengkel Celik Jawi yang akan dikendalikan oleh pakar J...
24/08/2026

✨ Jom Celik Jawi Bersama Dr. Ustaz Abdul Manan Ali! ✨

​Mari sertai Bengkel Celik Jawi yang akan dikendalikan oleh pakar Jawi yang berpengalaman. Sambil belajar, kita santuni warisan bangsa! 📝

​🗓️ Tarikh: Sabtu, 29 Ogos 2026
🕗 Masa: 8.00 Pagi - 1.00 Petang
📍 Lokasi: Dewan Masjid, Gong Tok Nasek
💵 Penyertaan Percuma (Termasuk Buku, Sarapan & Makan Tengah Hari!) 🍽️📖

​Tempat adalah terhad. Jom daftar sekarang untuk pastikan anda tidak lepaskan peluang keemasan ini!

​📞 Hubungi kami atau klik di pautan untuk pendaftaran.

Saidatul - 011 3955 1152
Syed - 014 512 1927

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScMwQNmdXHqJMzml7XVqgr2bh5sdDm1xXCXCUZTeKUW2E2whg/viewform

Berebut-rebut umat Nabi Muhammad ﷺ naik ke pentas untuk menjawab soalan kuiz santai Street Dakwah Maulidur Rasul yang be...
23/08/2026

Berebut-rebut umat Nabi Muhammad ﷺ naik ke pentas untuk menjawab soalan kuiz santai Street Dakwah Maulidur Rasul yang berlangsung dengan penuh mahabbah di Pantai Peranginan Batu Buruk pada petang hujung minggu, 22 Ogos 2026! Lebih menarik, pengunjung dari luar Terengganu antaranya Melaka dan Kuala Lumpur turut sama memeriahkannya.

Inilah dia bulan Rabiul Anwar (bulan Rabiulawal yang penuh cahaya), bulan yang padanya terbit pancaran cahaya kenabian dan tampak nyata kepada seluruh alam. Sambutan kita terhadap ulang tahun kelahiran Nabi Al-Mustafa, Junjungan Yang Agung ﷺ, seharusnya dizahirkan melalui amal bersama kata-kata, dengan rasa gembira, penghadiran diri secara fizikal mahu pun rohani.

Alhamdulillah, selesai program Street Dakwah sempena Maulidur Rasul 1448H anjuran Akademi DUAT HQ dengan kerjasama Akademi DUAT Daerah Kuala Terengganu. Suasana bertambah syahdu apabila alunan selawat dan nasyid oleh Kumpulan Nasyid Shoutul Iman bergema di pesisir pantai, menyemarakkan lagi rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Program Unity Through Dakwah ini menyantuni masyarakat melalui pendekatan dakwah santai dan mesra komuniti. Sambutan yang diterima cukup luar biasa daripada para pengunjung yang hadir. Pelbagai aktiviti turut menceriakan suasana, antaranya kuiz tentang sirah dan Rasulullah ﷺ, agihan aiskrim percuma, belon oleh abang badut percuma untuk kanak-kanak.

Turut hadir menyerikan majlis ialah Ustaz Wan Ahmad Zuki Wan Ismail, Penolong Pengarah Operasi Akademi DUAT dan Ustaz Zool Amali Muhd Noor selaku Penceramah Jemputan. Semoga usaha dakwah jalanan ini terus menjadi medium yang berkesan dalam menyampaikan mesej Islam secara santai, dekat di hati masyarakat serta menyemarakkan lagi kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Sungguh Baginda ﷺ zahir dan batinnya sempurna, begitu juga dalam rupa fizikal (al-khalq) dan akhlaknya (al-khuluq). Baginda adalah seorang yang agung ﷺ, dan cukuplah firman Tuhannya mengenai dirinya: (Dan sesungguhnya engkau, benar-benar mempunyai akhlak yang agung). Ya Allah, limpahkanlah selawat, salam, serta keberkatan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀𝐌𝐔 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 "𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐍𝐘𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐓 𝐃𝐔𝐍 𝐂𝐔𝐊𝐀𝐈"Jom pakat mari beramai-ramai! Bawa keluarga, sahabat dan j...
23/08/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀𝐌𝐔 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 "𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐍𝐘𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐓 𝐃𝐔𝐍 𝐂𝐔𝐊𝐀𝐈"

Jom pakat mari beramai-ramai! Bawa keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Sama-sama kita meriahkan program Bersamamu Rakyat, Indahnya Hidup Bersyariat sebagaimana ketetapan berikut :

📍 Kemaman Arena Square
📅 29 Ogos 2026 | Sabtu

Insya-Allah, kita bakal berkumpul dalam suasana penuh kebersamaan dan ukhuwah.

📢 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀𝐌𝐔 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐍𝐘𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐓 𝐃𝐔𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍Ayuh seluruh warga DUN Pengkalan Berangan! K...
23/08/2026

📢 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀𝐌𝐔 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐍𝐘𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐓 𝐃𝐔𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍

Ayuh seluruh warga DUN Pengkalan Berangan!

Kita meriahkan Karnival Bersamamu Rakyat Indahnya Hidup Bersyariat yang menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat untuk semua.

📌 Tarikh : 26 & 27 Ogos 2026
📌 Hari : Rabu & Khamis
📌 Tempat : Pekarangan PKM ADUN Pengkalan Berangan

🎉 Pelbagai pengisian menarik menanti anda:

🛍️ Jualan Pasar Berkat
🏢 Pameran Agensi Kerajaan
❤️ Pemeriksaan Kesihatan
🩸 Derma Darah
🎁 Cabutan Bertuah — Menangi Pelbagai Hadiah Menarik!
💍 Hadiah Utama: GELANG EMAS
🕌 Kuliah Maghrib Maulidur Rasul & kemerdekaan
🎤 Motivasi pagi
🤝 Ziarah kebajikan bersama pimpinan
👤 Hi-Tea Assabiqun
❤️ Sentuhan Kasih Ibu Tunggal
🏍️ Tukar Minyak Hitam
🎳 Bowling Beliawanis
🔥 Dan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga!

Ayuh bersama-sama kita jadikan, program ini sebagai satu titik pertemuan untuk mengeratkan ukhuwah sesama komuniti.

❤️ SEMUA DIJEMPUT HADIR




Pembikinan pelapis Daie Muamalat Terengganu bagi Daerah Dungun dan Kemaman yang telah memasuki Siri ke-3 Khamis baru-bar...
23/08/2026

Pembikinan pelapis Daie Muamalat Terengganu bagi Daerah Dungun dan Kemaman yang telah memasuki Siri ke-3 Khamis baru-baru ini bertempat di Dewan Masjid Jamek Paka, Dungun.

Program secara berkala ini akan berlangsung selama 4 minggu berturut-turut pada setiap hari Khamis, bermula 6 Ogos lalu dan seterusnya pada tarikh 13, 20 dan 27 Ogos 2026.

Buat para daie bagi Daerah Marang dan Hulu Terengganu jangan lepaskan peluang untuk menyertainya pada bulan September ini yang akan diadakan di Dewan Masjid Surau Haji Yaakob, Bukit Payong, Marang pada 3, 10, 17 dan 24 September ini.

Address

Kuala

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096205129

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi DIDIK ULAMA Amilin Terengganu - Duat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Akademi DIDIK ULAMA Amilin Terengganu - Duat:

Shortcuts

Share

Category