16/03/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Di penghujung Ramadan yang penuh keberkatan ini, kami daripada barisan pentadbiran SK Parit Serong ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa, penjaga serta seluruh komuniti Parit Serong atas sokongan, kepercayaan dan kerjasama yang sentiasa diberikan kepada pihak sekolah.
Sesungguhnya kejayaan dan perkembangan anak-anak kita bukan hanya hasil usaha guru di sekolah, tetapi juga lahir daripada doa, didikan dan pengorbanan tuan puan di rumah. Semangat kebersamaan inilah yang menjadi kekuatan kepada warga SK Parit Serong.
Menjelang Syawal yang mulia, kami dengan penuh rendah hati menghulurkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.
Maaf Zahir dan Batin atas segala kekurangan, keterlanjuran kata dan kelemahan sepanjang kami menjalankan amanah mendidik anak-anak tuan puan.
Semoga Aidilfitri kali ini membawa kegembiraan, keberkatan, dan mengeratkan lagi silaturrahim antara sekolah, ibu bapa dan seluruh komuniti.
Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas daripada,
Barisan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Parit Serong