25/10/2022
๐๐ข๐ ๐ฃ๐๐๐ ๐คฒ
โYa Allah, bimbinglah kami dari segalakemusykilan, dan dari segala keputusan yang harus dibuat saban hari. Ya Allah Ya Rahman, Engkau satukanlah hati-hati kami untuk sentiasa mengingatiMu. Engkau peliharalah setiap perbuatan kami. Aamiin
23/10/2022
๐๐ข๐ ๐ฃ๐๐๐ ๐คฒ
"Ya Allah, kami memohon agar kau berikan kami kekuatan untuk mengharungi segala fitnah di dunia ini.
Hanya kepada Engkau kami sembah & hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan."
19/10/2022
------๐๐ข๐ ๐ฃ๐๐๐------
"Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari sifat lemah, rasa malas, rasa takut dan sifat bakhil"
18/10/2022
--- ๐๐ข๐ ๐ฃ๐๐๐ ---
"Ya Allah Yang Maha indah perancanganNya.
Rezekinya yang tidak pernah salah alamat. ๐คฒ
Ya Allah, jadikan kami dalam kalangan hambaMU
yang sentiasa mensyukuri nikmatMU, sentiasa yakin dengan
perancanganMu dan tidak berputus asa dalam memohon kepadaMU" ๐น
17/10/2022
๐ฆ๐ฌ๐๐๐๐๐ง & ๐๐๐ฅ๐๐๐๐
Daripada Zaid bahawa ia mendengar Abu Sallam berkata, telah menceritakan kepadaku Abu Umamah Al Bahili ia berkata; Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bacalah Al-Quran, kerana ia akan datang memberi syafaat kepada para pembacanya pada hari kiamat nanti.
Bacalah Zahrawain, iaini surah Al-Baqarah dan Ali Imran, kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti, seperti dua tumpuk awan menaungi pembacanya, atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam formasi hendak membela pembacanya.
Bacalah Al-Baqarah, kerana dengan membacanya akan memperoleh barakah, dan dengan tidak membacanya akan menyebabkan penyesalan, dan pembacanya tidak dapat dikalahkan oleh tukang-tukang sihir."
(HR Muslim No: 1910) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Al-Quran akan menjadi penolong (pemberi syafaat) kepada pembacanya pada hari akhirat nanti.
2. Al-Munawi menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkan oleh Nabi bukanlah Al-Quran itu datang dalam bentuk lelaki, burung, awan dan sebagainya, akan tetapi yang dimaksudkan adalah pahala yang layak diberikan kepada mereka yang membaca dan beramal dengannya. Pahala-pahala itu nantinya akan datang dalam bentuk lelaki yang menjadi hujah di hadapan Allah. Ia juga menjadi seperti awan yang menaungi para pembacanya dari kepanasan di hari akhirat.
3. Sesiapa yang mengamalkan membaca surah Al-Baqarah dan Ali Imran pada hari kiamat nanti akan mendapat naungan kedua surah ini dengan izin Allah.
4. Orang yang melazimi membaca surah al-Baqarah, ia akan memperoleh barakah
5. Orang yang tidak membaca al-Quran, ia akan menyesal
6. Orang yang melazimi membaca surah al-Baqarah, tidak akan dapat dikalahkan oleh tukang-tukang sihir
17/10/2022
------๐๐ข๐ ๐ฃ๐๐๐------
"Ya Rabb, kami telah menganiaya diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi"
13/10/2022
๐๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐ ๐๐๐ก๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ง๐ ๐ง๐๐ก๐๐ก๐
Ibn Masud RA pernah berpesan:
โSeseorang datang kepada Ibn Masโud dan menceritakan bahawa ia sedang dilanda risau, runsing, hatinya gelisah dan tidak tenteram. Ibnu Masud menyarankan agar mendatangi tiga tempat untuk menemukan ubatnya:
Pertama : Tempat orang membaca Al-Qurโan dengan mendengarkan baik-baik atau ia membaca sendiri Al-Qurโan itu dengan baik dan tartil.
Kedua : Mendatangi majlis taโlim atau tempat-tempat orang yang sedang menuntut ilmu dan mendengarkan syarahan.
Ketiga : Datang ke tempat-tempat yang sunyi untuk menyendiri dengan beribadah dan dapat merasakan manisnya mendekatkan diri kepada Allah SWT (seperti bangun di malam hari dan beribadat)
Seorang hukamaโ pernah berkata:
โUbat hati itu ada lima perkara iaitu membaca Al-Qurโan dengan kefahaman, mendekati orang soleh, bangun malam untuk beribadah, mengurangkan makan dan menghadiri majlis ilmuโ.
โYa Allah, tetapkanlah hati kami di atas jalan-Muโ
Aamiin.
09/10/2022
[SALAM MAULIDURRASUL 2022/1444H]
12 Rabiulawal merupakan tarikh yang paling bermakna buat semua umat Islam kerana kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW. ๐
โSesungguhnya orang yang paling dekat denganku di hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadakuโ โจ
ุตููููู ุงูููู ุนูููู ู
ูุญูู
ููุฏ ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู
ูโ โ
Indahnya hari ini apabila rahmat ke seluruh alam dilahirkan ke dunia.
Kita tidak pernah hidup sezaman,
Kita tidak pernah melihat renyahnya perjuangan Baginda dan para sahabat,
Kita juga tidak pernah berasa amannya hidup bersama Baginda s.a.w.
Jadi apa yang kita fikirkan bila ketibaan Maulid al-Rasul?
Ayuh tanyakan pada hati...
Jawapanmu menentukan keakraban hatimu dengan Rasulullah.
Benar! Sungguh sukar mencintai seseorang/sesuatu yang kita tidak hidup bersamanya.
Tetapi bukanlah mustahil hendak mencintai Rasulullah s.a.w.
Kita perlu berusaha...
Mengenalinya melalui sirah Rasulullah s.a.w.
Mengamalkan sunnah-sunnah Baginda s.a.w.
ุงูููู
ุตูู ุนูู ู
ุญู
ุฏ ูุขูู ูุฃุตุญุงุจู ุฃุฌู
ุนูู
Rasulullah s.a.w. sangat ingin berjumpa dengan umatnya yang merindukan Baginda s.a.w. Diriwayatkan daripada Anas Bin Malik
ูุฏุฏุชู ุฃูู ูููุชู ุฅุฎูุงูู ุ ููุงู ุฃุตุญุงุจูู : ุฃูููุณู ูุญูู ุฅุฎูุงููู ุ ูุงู : ุฃูุชู
ุฃุตุญุงุจู ุ ู ููู ุฅุฎูุงูู ุงูุฐูู ุขู
ูููุง ุจู ู ูู
ููุฑูููููู
Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesungguhnya aku sangat ingin berjumpa dengan saudara-saudaraku". Maka para sahabat bertanya kepada Baginda s.a.w. "Bukankah kami ini saudara-saudaramu?" Rasulullah s.a.w. menjawab "Kamu sahabat-sahabatku, akan tetapi saudara-saudaraku adalah mereka yang beriman kepadaku sedangkan tidak pernah melihatku."
06/09/2022
"Dah tua-tua ni lidah jadi keras nak ngaji"
Jangan putus harap!
Teruskan untuk perbetulkan bacaan.. Jadikan Al-Quran sebagai sahabat baik kita..
Ce kongsi pengalaman akak abang dalam mengaji ni?
30/08/2022
JAWATAN KOSONG GURU AL QURAN (DEWASA)
LOKASI : Terengganu Mengaji Quran Centre,Kuala Terengganu (BANDAR)
Ciriยฒ:
-Part Time / Full Time
-Lelaki/Perempuan
-Berumur 20-30 Tahun
-Boleh melakukan tugas Admin
-Mempunyai kemahiran mengajar
-Mempunyai ilmu tajwid Al Quran
-Mempunyai disiplin dan attitude yang baik
Bonus:
-Pandai Bertaranum
Klik link ini untuk mohon๐คฉ:
www.wasap.my/60146054966/temuduga+guru+alquran
Akan dipanggil temuduga dalam masa terdekat
Kemasukan segera!
23/08/2022
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..
Tahniah pada peserta yang bersedia untuk belajar mengaji Al-Quran ni โบ๏ธ