Pusat Asasi, Bahasa & Pengajian Umum-unisiraj

Pusat Asasi, Bahasa & Pengajian Umum-unisiraj Pusat Asasi, Bahasa dan Pengajian Umum

Tahniah rakan-rakan PABPU, FPI dan FMPT! :)
10/06/2026

Tahniah rakan-rakan PABPU, FPI dan FMPT! :)

Sedang berlangsung πŸ“•
06/06/2026

Sedang berlangsung πŸ“•

TAHNIAH UniSIRAJ!
31/05/2026

TAHNIAH UniSIRAJ!

TAHNIAH UniSIRAJ | PENYUMBANG DALAM LAPORAN PERFORMANCE OF MALAYSIAN SCHOLARLY OUTPUTS 2020–2024

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) atas kejayaan tersenarai sebagai penyumbang dalam laporan "Performance of Malaysian Scholarly Outputs 2020-2024" bagi kategori Private Higher Learning Institutions (Private University).

Pencapaian yang membanggakan ini mencerminkan komitmen jitu serta usaha berterusan warga universiti dalam menghasilkan penyelidikan berkualiti tinggi. Sumbangan ini sekali gus memperkukuh kecemerlangan akademik serta melonjakkan prestasi penerbitan ilmiah Malaysia di persada global sepanjang tempoh berkenaan.

Semoga pengiktirafan ini terus menjadi pemangkin semangat buat para penyelidik dan ahli akademik UniSIRAJ untuk terus subur memupuk budaya penyelidikan, memacu inovasi, dan menyebarkan perkongsian ilmu yang memberi impak positif kepada masyarakat, negara, dan dunia.

πŸ“– Pautan Dokumen Penuh (Flipbook):
https://heyzine.com/flip-book/9f1e3036fc.html /1

DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
πŸ”” IKUTI KAMI DI:
FB - facebook.com/
IG - instagram.com/unisiraj_official
TikTok - tiktok.com/

18/05/2026

PENINGKATAN PENCAPAIAN PENARAFAN MyRA UniSIRAJ 2025

Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) terus melakar kejayaan dengan mencatatkan peningkatan prestasi dalam penarafan Malaysia Research Assessment (MyRA) bagi tahun 2025 dengan pencapaian 3 Bintang.

Lonjakan ini merupakan manifestasi jelas daripada kesungguhan, pengorbanan, dan iltizam seluruh warga universiti dalam memartabatkan budaya penyelidikan dan inovasi.

Syabas dan sekalung penghargaan diucapkan kepada seluruh warga UniSIRAJ atas usaha keras dalam memperkukuh budaya penyelidikan, penerbitan ilmiah, pembentangan akademik, perundingan, serta jalinan jaringan strategik. Setiap sumbangan anda adalah batu bata yang membina kekuatan dan reputasi universiti ini.

UniSIRAJ memiliki potensi yang sangat besar untuk terus memacu kecemerlangan pada masa hadapan. Universiti ini membawa identiti yang sangat istimewa, bukan sekadar sebuah institusi pengajian tinggi, tetapi merupakan medan akademik yang membawa risalah ilmu dan sunnah.

Tahniah sekali lagi kepada seluruh warga UniSIRAJ atas pencapaian yang amat memberi makna ini! Semoga Allah SWT terus mengurniakan keberkatan dan kejayaan yang berpanjangan buat universiti tercinta ini.

DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
πŸ”” IKUTI KAMI DI:
FB - Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin-UniSIRAJ
IG - instagram.com/unisiraj_official
TikTok - tiktok.com/

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik!
16/05/2026

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik!

Selamat Hari Pekerja semua!!!           JomMasukUniSIRAJ
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja semua!!!

JomMasukUniSIRAJ

Address

Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs Lot 18 - 27 Rumah Kedai Dua Tingkat Taman
Kuala Perlis
02000

Telephone

+6049851867

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Asasi, Bahasa & Pengajian Umum-unisiraj posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Asasi, Bahasa & Pengajian Umum-unisiraj:

Shortcuts

Share