AtTirmizi UPKK Hub

AtTirmizi UPKK Hub

Share

Pusat bimbingan UPKK & KAFA dengan modul berstruktur dan persekitaran yang kondusif

20/03/2026

Ramadhan bukan sekadar menahan lapar, tapi bulan tarbiah yang mendidik sabar. Sebulan kita berada di ruang madrasah yang mendidik iman untuk menjadi hamba yang lebih bertaqwa. Kini, fajar Syawal menyingsing membawa kemenangan.Bukan menang kerana mampu makan kembali, tapi menang melawan hawa nafsu sendiri.

Semoga tarbiah Ramadhan kekal dalam diri sepanjang tahun.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin! πŸ™

07/03/2026

Peristiwa Nuzul Quran mengingatkan kita tentang detik turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad ο·Ί.
Ayat pertama yang diturunkan ialah β€œIqra’” yang bermaksud "Bacalah". Ia bukan sekadar perintah membaca, tetapi seruan supaya umat Islam sentiasa mencari ilmu, memahami agama dan mendekatkan diri kepada Al-Quran. Dari satu perkataan inilah lahir generasi yang hebat, generasi yang dipimpin oleh ilmu, akhlak dan iman.

Di At-Tirmizi KAFA & UPKK Hub, kami percaya bahawa pendidikan Al-Quran dan ilmu fardhu ain perlu dipupuk sejak kecil, supaya anak-anak membesar dengan keyakinan, kefahaman dan kecintaan kepada agama.

Semoga Nuzul Quran menjadi peringatan untuk kita semua agar terus mendidik anak-anak dengan cahaya Al-Quran.

πŸ“ž 011 5507 8702 (Admin)

25/02/2026

Tahniah anak-anak hebat!
Perjalanan UPKK 2025 telah pun berakhir 🌟
Apa jua keputusannya, kami bangga dengan usaha kalian.

Kini tiba masa untuk melangkah ke hadapan.

Batch UPKK 2026, jom kita bersedia lebih awal bersama At Tirmizi πŸ’š

πŸ“ž 011 5507 8702 (Admin)

25/02/2026

UPKK 2025
9A: 24,761 pelajar
8A: 25,230 pelajar
7A: 18,990 pelajar

24/02/2026

Anak-anak UPKK 2025 dah sedia ke tu? 😁

22/02/2026

Memandangkan hari ni anak-anak kembali semula ke sekolah dan merupakan hari pertama bersekolah di bulan Ramadhan, mungkin ada antara anak-anak berasa penat dan keletihan. Jika rasa begitu, jadikan peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Ramadhan ini sebagai inspirasi agar lebih bersemangat dan bertenaga. Sejarah telah membuktikan umat Islam tidak tewas hanya kerana berpuasa. Penat dan lelah kita bukanlah sia-sia. Allah bayar dengan sebanyak-banyak ganjaran pahala. Jom terus semangat menuntut ilmuπŸ’ͺ.. Jangan lupa hubungi kami jika berminat ya.. Tempat terhad tau 😊

20/02/2026
20/02/2026

Hari ini merupakan hari pertama kelas di bulan Ramadhan. Alhamdulillah semangat anak-anak ni memang beyond our expectation..Mana-mana yang nak join bolehlah hubungi kami ya..

18/02/2026

Jangan salah faham!! Ini bukan kelas vokal ye ibu/ayah 😁.. Ini salah satu slot kelas di At Tirmizi untuk subjek Ibadah. Kali ini tenaga pengajar kami menggunakan teknik yang lebih santai dan enjoy iaitu teknik nyanyian untuk topik solat-solat sunat.. Pitching lari pun tiada siapa judge 😜. Yang penting anak-anak happy dan minat untuk belajar. Pendaftaran masih lagi dibuka. Tapi jangan tunggu lama-lama ye ibu ayah sebab dengar kata lepas lepas raya ni makin ramai yang akan mendaftar. Sekarang pun dh ada yang book. So tunggu apa lagi!! Klik je di whatsapp button kat bawah 😊

18/02/2026

Jom tengok apa aktiviti yang kami sediakan sepanjang kelas berjalan. Kali ini untuk subjek Akidah. Alhamdulillah anak-anak seronok bila ada kepelbagaian aktiviti begini. Baru la tak mengantuk. Bila tak mengantuk mudah la anak-anak fokus dan faham. Memang itu yang menjadi objektif utama kami di At Tirmizi. Ilmu fardhu ain bukan hanya untuk berjaya di atas kertas sahaja tetapi untuk dimalkan selagi hayat dikandung badan. Tahniah tenaga pengajar atas kesungguhan kalian. Moga ini menjadi amal jariah kita di sana kelak. Bagi yang berminat, anda masih belum terlambat. Jom bertindak segera!!

17/02/2026

Kami percaya suasana belajar yang selesa sahaja tidak mencukupi. Sebab itu, kaedah pengajaran kami dipelbagaikan agar setiap ilmu yang diajar bukan sekadar dihafal, tetapi difahami dan dihayati hingga ke hati.
Kerana ilmu fardhu ain bukan untuk lulus peperiksaan semata-mata, tetapi untuk diamalkan sepanjang hayat. Jom sertai kami di At Tirmizi..

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Terengganu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Gong Badak
Kuala Terengganu
21300