26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha daripada Kami Warga SK Kampong Bukit Chendering. β¨
Menghayati erti pengorbanan, menyuburkan keikhlasan, dan memperkukuh kesatuan. Semoga perayaan ini membawa keberkatan, kedamaian, dan kebahagiaan kepada seluruh umat Islam, khususnya buat semua guru, kakitangan, ibu bapa, dan murid-murid SKKBC.
Tulus ikhlas daripada seluruh warga SKKBC."
18/05/2026
Sambutan Hari Guru
Peringkat sekolah
17 Mei 2026,Ahad
Guru Bitara, Nadi Negara
15/05/2026
Kami Guru Malaysia
Kami Guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera-puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
#
13/05/2026
π KEJOHANAN PINGPONG MSSDKT BAWAH 12 TAHUN 2026 π
Tahniah dan syabas diucapkan kepada dua orang murid SK Kampong Bukit Chendering yang telah menyertai Kejohanan Pingpong MSSDKT Bawah 12 Tahun 2026 yang berlangsung pada 11 hingga 13 Mei 2026 bertempat di SMK Padang Negara, Kuala Terengganu.
Murid yang terlibat:
πΉ Aliesha Hana binti Abdul Halim (5B)
πΉ Affan Haziq bin Abdul Halim (2B)
Pencapaian:
π
Aliesha Hana menjadi Johan dalam peringkat kump**an dan berjaya mendapat Tempat Ke-5 Daerah Kuala Terengganu dan akan mewakili Daerah Kuala Terengganu dalam Kejohanan Ping Pong MSST yang akan berlangsung pada 18 hingga 20 Mei 2026 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.
π Affan Haziq p**a menjadi johan dalam peringkat kump**an dan kalah di peringkat pusingan ke-16.Adik Affan telah menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan dan berjaya menamatkan pertandingan di peringkat penyertaan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus aktif dan cemerlang dalam bidang sukan. Warga sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada Aliesha Hana dalam kejohanan peringkat negeri nanti. πͺπ
11/05/2026
π€οΈ Bangun pagi memang mencabarβ¦
Anak mengantuk, ibu bapa pun penat mengejar masa. Tetapi di sebalik setiap langkah ke sekolah itu, ada harapan dan masa depan yang sedang dibina. πβ¨
Jangan biasakan anak lambat atau tidak hadir ke sekolah.
Kerana kejayaan bermula dengan disiplin kecil β bangun awal, bersiap dan hadir menuntut ilmu. πͺ
Anak-anak belajar daripada apa yang ibu bapa biasakan.
Bila rumah mula awal pagi dengan semangat, anak juga akan membesar dengan semangat untuk berjaya. β€οΈ
βBiar penat bangun pagi hari ini, jangan penat menyesal pada masa depan nanti.β
10/05/2026
Peluncuran Program Sekolah Selamat
10 Mei 2026
Di Dewan SKKBC
β¨ PELUNCURAN PROGRAM SEKOLAH SELAMAT β¨
Sekolah yang selamat melahirkan murid yang sejahtera, berdisiplin dan berdaya saing.
Telah berlangsung Majlis Peluncuran Program Sekolah Selamat sebagai langkah proaktif dalam memastikan persekitaran sekolah sentiasa kondusif, harmoni dan bebas daripada sebarang unsur yang boleh mengancam keselamatan warga sekolah.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran murid tentang aspek keselamatan, disiplin, kebersihan serta tanggungjawab bersama dalam mewujudkan budaya sekolah yang positif dan selamat.
Semoga usaha ini dapat melahirkan warga sekolah yang lebih prihatin, berhemah dan sentiasa mengutamakan keselamatan dalam setiap aspek kehidupan.
10/05/2026
π
PENYAMPAIAN SIJIL MQSS 2026 π
π
Tarikh : 10 Mei 2026
π Tempat : Dewan SKKBC
Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang telah menerima Sijil MQSS 2026 yang telah disampaikan oleh Guru Besar SKKBC dalam perhimpunan mingguan sekolah yang berlangsung di Dewan SKKBC.
π Seramai 4 orang murid telah terlibat dan berjaya menerima sijil sebagai penghargaan atas penglibatan dan pencapaian mereka.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Teruskan melakar kecemerlangan demi sekolah tercinta. π
10/05/2026
ποΈ PENYAMPAIAN SIJIL KENAIKAN PANGKAT TKRS 2026 ποΈ
π
Tarikh : 10 Mei 2026
π Tempat : Dewan SKKBC
Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah menerima Sijil Kenaikan Pangkat TKRS yang telah disampaikan oleh Guru Besar SKKBC dalam perhimpunan mingguan sekolah tetapi penuh bermakna.
π Seramai 3 orang murid telah berjaya menerima pangkat Koperal TKRS manakala seorang murid lagi menerima pangkat Lans Koperal TKRS.
Semoga kenaikan pangkat ini menjadi pembakar semangat untuk terus aktif, berdisiplin serta menunjukkan kepimpinan yang cemerlang dalam pasukan TKRS. Terus maju jaya dan menjadi contoh terbaik kepada rakan-rakan! πͺβ¨