Salam, cadangan untuk reunion di Kuala Terengganu. Setuju???
UMT Riderz Community
We Ride With Pride
Hye, ada yang rindu??
01/12/2017
Salam monsun geng2 penunggang semua..
Dalam musim hujan2 gini min nak pesan la sikit..
Sekarang monsun dah datang, jadi berhati2 la kat jalan. Jalan basah, licin..kalu laju kompom payoh nak brake takut banyak kejadian tak diingini berlaku. Seeloknya lagi elok dakyoh bawa muto musim ujang leni. Bhye utk keselamatan, kesihatan. Gi kelas basah2 org igt baru blek lata chakah pulok nnti. Muto pulok masuk air nanti. Tau2 la masuk air rupa ganer π
Hok mane yg jenis parking merata kat dalam kawasan uni tu elok2 la parking. Parking jangan halang laluan kuar masuk orang lain, jgn mnyusahkan orang lain..ni ade pulok kes dah calarkan kete/moto org tp dok bertggjawab. Paling kurang pun tinggalkan nota ke apa ke tanda kita kesal. Kalu payoh nak bayor ganti rugi pun, buleh bincang molek dgn tuan kete/moto. Kot budi bicara dia kata ok, dakyoh bayor yedok? Ini dah buat patu gi lari..kalu min memang min cari hahahah
Ade pulok sesetengah tu (ramai benornye) yg tergolong dalam golongan HIKHOK. Kuar masuk mane2 dok bagi signal. Aduh...ni paling min pantang. Baik muto baik kete. Masing2 kenderaan dikurniakan signal maka guna lah. Membahayakan org lain. Lagi2 musim hujan gini. Bukannya butang signal tu 500m di belakang. Parok spesis gini. π·
Sekian saje dari min. Ok min nak tengok trailer baru Avengers j*p. Sambil2 hujan ni layan muvi syok jgk ni.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Yaaa sekarang kita dah masuk sem baru, jadi adik2 junior atau abam2 senior yang nak join komuniti kami boleh komen no di bawah. Boleh borak2 sembang pasal minat dan hobi kita. Banyak kelebihan yang anda boleh dapat, sebagai contoh:
Skuad Tunda
Pertanyaan berkaitan aksesori motor
Persoalan berkaitan modifikasi enjin
Ride to .......
Konvoi balik kampung
Dan sebagainya.
Apa2 pun admin nak cakap, cable tie dan bracket 88 paling penting dalam modi motorsikal anda.
Selamat menempuhi sem yang baru.
27/04/2017
ll Tentatif Ride Santai 1 Mei UNRC (Unisza Rider Club) , URC (UMT Riderz Community) & URC (UMP Rider Club) ll
π Ni ada tentatif admin dapat dari UNRC tentang perjalanan ke Kuantan 1 Mei nanti πππ
π Tapi since UMT akan join hari kedua (balik hari), kita akan gerak pada pagi 1 Mei tu pukul 7 pagi!
Tempat berkumpul, Petron Gong Badak.
π Admin mintak maaf tapi untuk ride kali ni, bukan pukul 7 Melayu. Siapa lambat, tinggal. Sebab kita nak jalan jauh, dan nak kena jumpa geng UNRC dalam pukul 10/11 pagi di Teluk Cempedak
π Sila pastikan motor dalam keadaan baik hari sebelum konvoi supaya kemungkinan untuk jem atas highway dapat diminimakan.
π Tentatif ni dah dikonfirmkan dengan geng Unisza tapi macam biasa la kalau konvoi, apa apa hal kita kumpul kat Kuantan dulu lepastu kita set kalau ada yang teringin nak pergi mana mana. Benda boleh bincang
π Jangan malu nak join konvoi ni atas alasan motor tak laju. Kami semua motor slow. Paling laju pun motor Zee Mean je la. Spec Uma Racing fullset.
π Kalau admin rasa baik hati masa tu, admin bagi sticker URC free dekat siapa yang tak dapat lagi πππ
π Ingat, ride kali ni bukan nak berlumba, kita nak eratkan hubungan dengan kelab motor universiti universiti jiran. Semoga selamatlah semuanya pergi dan balik.
π Jom ajak kawan kawan abang akak pakcik makcik kucing mahupun itik join ride kali ni πππ
Apa apa masalah boleh pm page terus. Jangan malu malu.
25/04/2017
Throwback ride santai URC bersama UNRC.
Sorry la admin belanja kualiti kureng.
Ni pun rembat bebudak up dalam group whatsapp π
URC & UNRC Ride to Lata Payung Throwback ride santai Umt Riderz Community dan Unisza Rider Club ke Lata Payung, Terengganu.
25/04/2017
Throwback TTS kecil kecilan sebelum pergi ride ke kuantan nanti untuk menyahut seruan Unisza Rider Club (UNRC) sempena 1 Mei π.
onβon?
23/04/2017
π₯π₯π₯ Jemputan Ride Santai Unisza Rider Club ke Kuantan, Pahang pada 1 Mei 2017 π₯π₯π₯
π₯ Unisza Rider Club akan mengadakan konvoi ke Kuantan pada 1 Mei 2017 ini
π₯ UMT Riderz Community turut sama dijemput untuk memeriahkan konvoi santai pada kali ini.
π₯ Admin juga ada dimaklumkan bahawa UMP Rider Club akan turut serta pada konvoi kali ini.
π₯ Jadi event ini boleh dikatakan untuk mengeratkan hubungan antara 3 kelab permotoran dari Universiti masing-masing.
π₯ Marilah kita bersama sama memeriahkan event pada kali ini.
π₯ Sekiranya ada yang berminat untuk turut serta, boleh direct PM admin di page ataupun whatsapp kuli batak kami saudara Shafiq Shawal (Simba) di talian 017 948 9543.
π₯ Kalau korang on, baru admin bagi tentatif. So, onβon ?
π₯ Kita kawan semua jenis jentera. Kita rider tiada beza, yang bezanya, motor korang selimut taknak ikut konvoi,motor admin keluar ikut konvoi πππ
10/04/2017
17 March 2017
02/03/2017
π₯ T shirt UMT Riderz Community V2 π₯
Assalamualaikum dan selamat sejahtera riderz semua.
Macam biasa la, ptptn masuk jadi banyak kelab akan mengurangkan jumlah duit anda dengan pelbagai jualan. Jadi kami di URC turut tidak mahu ketinggalan dalam hal ini π.
Di sini kami membuka tempahan untuk baju URC V2. Produksi untuk baju V1 dah tak dilakukan lagi dah π€.
Butir butir baju adalah seperti berikut :
Material : Cotton (orange sports )
Printing : Block (bukan heatpress so baju lagi tahan π)
Saiz : S, M, L, XL, XXL, # #
Harga :π’ RM25 sahaja!!π’
Tempahan dibuka sehingga Ahad ini 5/3/2017 βΊβΊβΊ.
Segala urusan tempahan boleh la berhubung dengan saudara Mean di talian +60 11-1199 6994 serta saudara Simba di talian 017 948 9543 π€
Ayuh jangan ketinggalan πππ
Terokaan Sepanjang Highway
11/02/2017
|| Selamat Kembali ke UMT π ||
Admin mewakili ahli kelab UMT Riderz Community ingin mengucapkan selamat kembali ke UMT buat semua warga UMT terutamanya riderz - riderz UMT. Cuti sudah habis bro π.
Buat yang menunggang motosikal, pastikan buat persediaan rapi sebelum memulakan perjalanan. Minyak hitam, angin tayar, semuanya la. Takkan tu pun admin nak ajar π.
Bagi yang bergerak solo, kalau mengantuk berhenti la dulu kat mana mana rehatkan diri. Kalau yang konvoi jarang mengantuk pasal mesti berlumba punya. Admin je tak pandai lumba lumba ni. Yang paling kuat berlumba kalau nak kenal korang taip la facebook Zee Mean . Tu legend UMT Riderz tu. Alumni dah. πππ. Sorry Mean.
InsyaAllah pada semester baru ni, kelab tak rasmi kami ni akan buat t-shirt baru dan akan berkolaborasi dengan kelab motor Unisza untuk buat konvoi ke satu tempat yang akan diumumkan nanti. π
Tunggu kami TTS dulu nak bincang π
Boleh la start menabung, start modi motor kot nak join. Terbuka kepada semua yang bergelar rider. Jangan sebab motor tak sama jenis semua taknak kawan. Admin pakai LC Demak Amran Fans pun diorang ni bagi join taw. πππ.
Akhir kata, majulah URC untuk negara π.
Model : Mohamad Nor Farid
Kameraman tak bertauliah : Muhamad Sharul
07/02/2017
Ilmu baru geng
Tips Buat βRiderβ Motor, Cara Ini Boleh Dilakukan Bila Tayar Motor Pancit Di Tengah βHighwayβ Atau Kawasan Yang Tiada Orang Menyediakan berita dan kupasan isu-isu menarik yang terkini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Website
Address
Kuala Terengganu
21030