26/07/2024
Bacaan Surah Al Kahfi setiap hati Jumaat salah satu amal yang diterapkan di madrasah kami.
Antara kelebihan Surah al-Kahfi adalah seperti yang diriwayatkan Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.” (Riwayat Muslim)
Semoga ia menjadi amalan kita semua sehingga akhir hayat. Amin.
04/06/2024
Selesai solat jenazah untuk Che Salmi Bin Ibrahim, Pengarah Urusan Sabasun Hyper Runcit.
Seorang yg sangat banyak memberi infaq untuk madrasah-madrasah, termasuk madrasah kami.
Semoga Allah satukan beliau bersama-sama orang yang beriman.
Al-Fatihah.
06/04/2024
Alhamdulillah, pelajar-pelajar Al Jami'ah Muhy id Din semuanya dah kembali pulang ke kampung halaman masing-masing pagi tadi.
Semoga mereka sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah..
Salam 26 Ramadhan...
22/03/2024
Firman Allah SWT :
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ
Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”. [al-Qamar:17]
Alhamdulillah, selesai untuk 15 juzuk awal pada malam ini, malam ke 12.
In shaa Allah malam esok, malam ke 13 akan mula 15 juzuk akhir.
Doakan kami semua dapat istiqomah membaca Al Quran dalam solat sehingga akhir kiamat.
21/03/2024
Alhamdulillah, hari ni ada salah seorang daripada bapa kepada pelajar-pelajar kami menginfaq beras 40kg untuk anak-anak Tahfiz, semoga dimurahkan lagi rezeki beliau sekeluarga...
21/03/2024
Alhamdulillah, terima kasih kepada penaja untuk berbuka puasa anak-anak Tahfiz hari nii...
Menu : Nasi Kandar & Air Tebu
Semoga dimurahkan lagi rezeki beliau... Sama-sama kita doakan keberkatan untuk beliau dan keluarganya...
اللهم أطعم من أطعمنا و اسق من سقانا
Ramadhan Mubarak
20/03/2024
Semoga Allah murahkan rezeki beliau...
Alhamdulillah, hari nii ada orang infaq 5 kapit beras dll untuk anak-anak tahfiz...
اللهم أطعم من أطعمنا و اسق من سقانا
19/03/2024
Alhamdulillah, Malam ini telah masuk juz 10 suku ke 4...
Terawih khatam 30 juz terus berlangsung dengan sebaiknya, di imamkan oleh para pelajar secara bergilir-gilir...
Semoga Allah memberkati kesemuanya...
Salam Ramadhan Al-Mubarak
20/01/2024
Maulana Adnan dari Jerantut memberikan targhib kepada pelajar-pelajar madrasah.
Untuk makluman, beliau sedang khuruj setahun kedua bersama jemaah ulama terengganu.
Doakan semoga Allah permudahkan segala urusan beliau dan sekalian jemaah, dan keluarga beserta urusan-urusan lain yang ditinggalkan.
05/01/2024
SAFAR ILMI DAN REHAHLAH TABRAWI
TARIKH : 4/5 JANUARI 2024 BERSAMAAN 22/23 JAMADIL AKHIR 1445.
UPDATE PERJALANAN
Kami bertolak dari Al Jami'ah Dar ul Buhus Al Islamiyyah Al 'Aliyyah Muhy id Din ke batang kali, Selangor dan bertempat di Kem Rimba Tamu Hari ini kami akan bertolak ke Kelang Madrasah Tuan Guru Maulana Farouq..
19/11/2023
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
2 November 2023/ 18 Rabiulakhir 1445 Hijrah
Cuti dalaman
Alhamdulillah....
Syukur kehadrat Allah Diatas nikmat yang diberikan...
Setelah dua minggu para pelajar berkecimpung di alam peperiksaan,
Mereka dibawa rehlah atau dipanggil juga cuti dalaman untuk merehatkan minda mereka.
Pada kali ini kami bersama dengan tetamu yang mulia Ustaz Anuar Ibrahim Hafizahullah.
Jazakumullahu Khairan Kathira kepada semua barisan Asatizah dan pihak yang mengurus..
Nota :
¹. Cuti dalaman maksudnya mereka cuti tetapi pelajaran masih berjalan.
(Cuti dalaman unit Quran)
1) sabaq , sabqi
(Cuti dalaman unit maktab)
1) sabaq sahaja
(Cuti dalaman unit ulum)
1) hifzul mutun
Dan amalan yang wajib di madrasah perlu di amalkan ketika cuti dalaman.
Al-jamiah dar ul-buhus al-islamiyyah al-a'liyyah muhy
No Akaun Bank Madrasah: Tetuan Dar Al-Buhus Consultancy
(Bank Islam) 13053010017375
Lot 60011, Musolla Ustaz Syed Omar, Kg Tok Jamal, Wakaf Mempelam, 20050, Kuala Terengganu, Terengganu
Banin : 010-3432151 (https://wa.me/0103432151)
Banat : 010-3432152 (https://wa.me/0103432152)
12/11/2023
Alhamdulillah pada tarikh 6 November 2023 bersamaan dengan 22 Rabiul-akhir 1445
Madrasah mengadakan pertandingan memasak (Masterchef) di kalangan pelajar Al Jami'ah Dar ul Buhus Al Islamiyyah Al 'Aliyyah Muhy id Din..
Alhamdulillah,
Program berjalan dengan jayanya.
Madrasah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat..
Jazakumullahu Khairan Kathira.
Sekadar makluman :-
Kita guna konsep dapur kayu bukan kerana kita tak cukup dapur atau keperluan, bahkan kerana kita nak ketengahkan konsep "survival" (Kelangsungan Hidup), kerana itu kita latih pelajar dari mencari kayu api sehingga hidangan dengan konsep sama.