30/12/2025
MALAM SANTAI KEBUDAYAAN & SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2026
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menjemput seluruh warga Kuala Selangor untuk memeriahkan Malam Santai Kebudayaan & Sambutan Ambang Tahun Baru 2026 pada 31 Disember 2025, bermula jam 8.00 malam di Dataran Malawati, Kuala Selangor!
๐ถ Nikmati persembahan tarian tradisional, nyanyian serta detik kiraan saat menuju ke tahun baharu dalam suasana penuh meriah dan harmoni.
๐ข Pelbagai gerai jualan makanan tradisional Melayu, Cina dan India turut menanti para pengunjung.
๐โโ๏ธโจ Acara sampingan:
Altingsburg Night Run 2025 โ 5KM
31 Disember 2025 | 9.00 malam
Ayuh hadir beramai-ramai bagi meraikan kepelbagaian budaya dan semangat perpaduan masyarakat setempat.
Jumpa anda di sana!
KitaSelangor
03/11/2025
PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA PERKHIDMATAN TREM BUKIT MALAWATI
Perkhidmatan trem Bukit Malawati ditutup sementara pada 8 November 2025 (Sabtu) sempena Program Hari Perancang Bandar Sedunia 2025.
Kerjasama anda amat dihargai.
31/10/2025
๐พ*FESTIVAL MAKANAN WARISAN SELANGOR KINI KEMBALI!*๐พ
Jumpa kami di Kuala Selangor pada:
๐
*Sabtu, 1 November 2025*
๐ *8.00 pagi โ 4.00 petang*
๐ *Kompleks Sukan Kuala Selangor*
Nikmati pengalaman unik di mana warisan dan rasa bersatu! ๐ฝ๏ธ
Dapatkan edaran lempeng sagu biji mata ikan terbanyak yang bakal mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records! ๐
๐ Pelbagai Aktiviti Menarik Menanti Anda Antaranya:
๐ฅ Masakan 12 jenis lempeng dan reruai makanan warisan dari 9 daerah di Selangor
๐ข Jualan Ehsan Rahmah (JER)
๐ญ Persembahan kebudayaan & artis jemputan
๐ฏ Pertandingan masakan warisan, memanah & tarik tali
๐ช Sukaneka & permainan tradisional
๐ Cabutan bertuah, saringan kesihatan & aktiviti kanak-kanak Soopa Doopa
dan buat julung kalinya kami bawakan ๐ฎ *Pasar Kuih Dulu-Dulu*
*Masuk adalah PERCUMA!* ๐
Datang beramai-ramai bersama keluarga dan rakan โ rasai keunikan citarasa warisan Selangor yang tak lapuk dek zaman!
๐
๐
๐
18/10/2025
PEMAKLUMAN
Pengoperasian Trem Bukit Malawati akan berlangsung pada 21 & 22 Oktober 2025 (Selasa & Rabu) sempena cuti persekolahan.
๐ Waktu Operasi:
9.00 Pagi - 4.00 Petang
(Rehat: 1.00 Petang - 2.00 Petang)
๐ Waktu Trem Terakhir: 4.30 Petang
Jom naik trem dan jelajahi keindahan Bukit Malawati!
16/09/2025
Selamat Hari Malaysia 2025
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.
Sambutan ini menjadi simbol perpaduan, kebersamaan dan kecintaan kita terhadap tanah air tercinta.
Bersama kita semarakkan semangat Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni
15/09/2025
๐ NOTIS PENGOPERASIAN TREM BUKIT MALAWATI ๐
Sempena Cuti Persekolahan Penggal Kedua Sesi 2025, operasi trem Bukit Malawati akan dijalankan pada:
๐
13 hingga 21 September 2025
โฐ Waktu Operasi Trem:
๐น Isnin โ Khamis: 9.00 pagi โ 4.00 petang (rehat 1.00 โ 2.00 ptg)
๐น Jumaat: 9.00 pagi โ 12.00 tgh hari & 2.45 ptg โ 4.00 ptg (rehat 12.15 โ 2.45 ptg)
๐น Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 9.00 pagi โ 6.00 petang
๐ Waktu trem terakhir (Pick Up):
โก๏ธ Isnin โ Jumaat: 4.30 petang
โก๏ธ Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 6.30 petang
๐ Lokasi: Bukit Malawati, Kuala Selangor
Jom meriahkan cuti sekolah anda dengan pengalaman menarik menaiki trem sambil menikmati suasana sejarah dan keindahan alam Bukit Malawati! ๐ฟโจ
13/09/2025
โจ๐ฟ JOM MERIAHKAN HARI KELIP-KELIP SEDUNIA 2025! ๐ฟโจ
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menjemput seluruh warga dan komuniti untuk sama-sama memeriahkan Hari Kelip-Kelip Sedunia 2025.
Acara tahunan ini bukan sahaja menonjolkan keindahan kelip-kelip, tetapi juga menjadi platform meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar serta ekosistem sungai.
๐
Tarikh: 20 September 2025
โฐ Masa: 7.30 pagi
๐ Lokasi: Santuari Kelip-Kelip, Kampung Kuantan
๐ Aktiviti Menarik Menanti Anda!
โจ Kelip-Kelip Fun Walk
โป๏ธ Kutipan E-Waste
๐จ Pertandingan Mewarna
๐ Pertandingan Busana Kelip-Kelip
๐ Mini Sukaneka
๐ฒ Permainan Tradisional
๐ณ Penanaman Pokok Berembang
๐ค Pembersihan Sungai
๐ฉบ Pemeriksaan Kesihatan Percuma
๐๏ธ Jualan Komuniti
๐ฒ Aktiviti Merewang
โ
Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka untuk semua!
Mari kita bersama-sama menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar sambil beriadah dan bergembira bersama keluarga serta rakan-rakan.
๐ก Kekalkan cahaya kelip-kelip sebagai warisan alam Kuala Selangor yang tidak ternilai.
Jumpa anda di sana! ๐
05/09/2025
โจ๐ PROMO HEBAT @ MATTA FAIR! ๐โจ
Jom serbu Booth Pameran Majlis Perbandaran Kuala Selangor, MPKS di MATTA FAIR 2025 MITEC Kuala Lumpur pada 5-7 September 2025 ๐
๐ Destinasi Menarik Kuala Selangor:
๐ฏ Bukit Malawati
Harga bermula serendah RM2.40 sahaja untuk kanak-kanak! ๐
๐ Santuari Kelip-Kelip Kg. Kuantan
Nikmati keindahan malam dengan promosi hebat โ 1 sampan hanya RM48 (MyKad) ๐คโจ
๐ Diskaun 20% khas sempena MATTA FAIR!
Jangan lepaskan peluang untuk rancang cuti anda dengan harga JIMAT & pengalaman MENARIK!
08/08/2025
LOKASI PERTANDINGAN ULANG TAHUN KE-4 MPKS
ULANG TAHUN KE-4 PERBANDARAN KUALA SELANGOR
9 Ogos 2025
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bakal menyambut ulang tahun ke-4 Perbandaran Kuala Selangor pada 7 Ogos 2025! Sertai kami dalam pelbagai aktiviti menarik sepanjang kempen ini!
07/08/2025
ULANG TAHUN KE-4 PERBANDARAN KUALA SELANGOR
15 Julai โ 9 Ogos 2025
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bakal menyambut ulang tahun ke-4 Perbandaran Kuala Selangor pada 7 Ogos 2025! Sertai kami dalam pelbagai aktiviti dan tawaran menarik sepanjang kempen ini!
Antara aktiviti menarik:
๐ธ Pertandingan Foto & Video โJom Santai @ Kuala Selangorโ
๐ธ Tawaran kompaun RM10 & potongan hingga 50%
๐ Potongan tiket Trem & Kelip-kelip Kg. Kuantan
๐ Parking percuma seluruh kawasan berbayar
๐ Edaran pulut kuning di masjid terpilih
๐ค Persembahan Kumpulan INTEAM
๐ฆพ Tarik Tali Piala YDP MPKS 2025
๐ช Karnival Jom Santai @ Kuala Selangor dan pelbagai aktiviti serta tawaran menarik menanti anda.
Mari raikan bersama kami! Perbandaran Lestari, Masyarakat Sejahtera
Info lanjut di laman Facebook Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
07/08/2025
๐จ PERTANDINGAN MELUKIS โJOM SANTAI KUALA SELANGORโ
Perhatian kepada semua peserta! Sila ambil maklum bahawa masa pertandingan telah DIUBAH kepada jam 9.00 pagi.
๐
Tarikh: 9 Ogos 2025 (Sabtu)
๐ Masa Baharu: 9.00 pagi (sebelum ini dimaklumkan jam 2 petang)
๐ Lokasi: Dataran Malawati, Pekan Lama Kuala Selangor
๐ Wang tunai keseluruhan RM1,500 menanti anda!
โ
Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
๐ฒ Imbas kod QR dalam poster atau hubungi Asyraf 013-2054027 untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.
Jumpa anda di sana! โจ
07/08/2025
NOTIS PENTUTUPAN SEMENTARA
Pusat Pelancongan Bukit Malawati, Kuala Selangor akan ditutup sementara pada 9 Ogos 2025 (Sabtu) sempena Hari Tanpa Kenderaan .
Penutupan ini adalah bagi menyokong inisiatif ke arah gaya hidup sihat dan mesra alam ๐ฟ๐
Mohon kerjasama dan perhatian semua pengunjung.