SMK Tekek

SMK Tekek Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SMK Tekek, Education, Kuala Rompin.

Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan V**e. Terima kasih diucapkan pada pihak PPKS Rompin, Balai Polis Tekek dan...
13/12/2023

Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan V**e. Terima kasih diucapkan pada pihak PPKS Rompin, Balai Polis Tekek dan juga YDP PIBG En Mohamad Akhir di atas penglibatan dalam menjayakan program ini.

Moga program ini dapat meningkatkan lagi kesedaran semua tentang hidup yang lebih sihat. 😊

Tahniah diucapkan kepada semua murid berikut yang berjaya mencapai kehadiran penuh pada bulan Oktober 2023. Semoga ianya...
13/12/2023

Tahniah diucapkan kepada semua murid berikut yang berjaya mencapai kehadiran penuh pada bulan Oktober 2023. Semoga ianya menjadi semangat dan inspirasi kepada murid-murid lain juga untuk berusaha mencapai kehadiran penuh. 😊

Assalamualaikum. Dijemput semua ibu bapa dan penjaga murid tingkatan 4 & 5 bagi tahun 2023 untuk hadir ke Seminar Keibub...
09/10/2023

Assalamualaikum. Dijemput semua ibu bapa dan penjaga murid tingkatan 4 & 5 bagi tahun 2023 untuk hadir ke Seminar Keibubapaan pada ketetapan berikut. ☺️

SMK Tekek akan mengadakan karnival akademik yang akan berlangsung pada 8 September 2023. Bagi pihak yang berminat untuk ...
25/08/2023

SMK Tekek akan mengadakan karnival akademik yang akan berlangsung pada 8 September 2023. Bagi pihak yang berminat untuk menyertai sewa tapak untuk berniaga, boleh hubungi no yang tertera di bawah. 😉 Semoga dengan kehadiran anda dpt memeriahkan lagi karnival ini.

17/07/2023

Assalamualaikum.

Makluman terkini :

SMK Tekek mengalu-alukan sebarang jalinan yang ingin diadakan oleh pihak luar dengan warga sekolah. Antara bentuk jalinan :

1) Program Bersama pelajar dan Guru
2) Program Bersama ibu bapa
3) Penggunaan kemudahan Dewan Terbuka

Program seumpama Ini sudah tentu melibatkan masa Pengajaran dan Pembelajaran Murid serta guru menjadi terganggu dan tidak dapat diadakan. Oleh itu pihak sekolah telah menetapkan bahawa :

1. Program bersama pelajar dan guru ditetapkan pada hari Rabu sahaja. Pihak yang ingin mengadakan jalinan dengan pihak sekolah dinasihatkan untuk menyusun jadual/tentatif dengan melibatkan hanya hari Rabu 8.00 hingga 1.00 pm atau masa tamat yang lebih awal.

2. Makan dan minum peserta adalah tanggungan penganjur sepanjang program berlangsung

3. Sebarang aktiviti pelajar di luar kawasan sekolah adalah tidak digalakkan. Jika ianya kemestian, pihak penganjur adalah bertanggungjawab memastikan kebajikan (makan, minum, pengangkutan), keselamatan pelajar dijaga dengan baik serta mendapat kebenaran ibu bapa penjaga.

4. Pihak sekolah boleh menyediakan dewan terbuka (kerusi, coffee table, kerusi banquet, kerusi plastik, mounted screen, serta sistem siaraya sahaja. Sementara projektor hendaklah disediakan oleh penganjur.

5. Semua urusan surat menyurat berkaitan program adalah tanggungjawab pihak penganjur.

6. Program bukanlah untuk mempromosi sesuatu barangan, produk, perkhidmatan dan sebagainya.

Sebelum kebenaran boleh diberikan, penganjur mestilah memohon serta mendapat kebenaran bertulis daripada :

PENGARAH
Jabatan Pendidikan Pahang
Bandar Indera Mahkota
25604 KUANTAN

Sekian untuk makluman.

Terima kasih atas keperihatinan anda. Moga program yang dianjurkan dapat memberi manfaat kepada peningkatan akademik dan kokurikulum murid.

Terima kasih. ☺️

Assalamualaikum wrt.wbt.LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM AMALI PENGURUSAN JENAZAH ASRAMA SMKT DENGAN KERJASAMA MASJID JAMEK, ...
08/07/2023

Assalamualaikum wrt.wbt.

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM AMALI PENGURUSAN JENAZAH ASRAMA SMKT DENGAN KERJASAMA MASJID JAMEK, KG. TEKEK, PULAU TIOMAN.

Sukacita dimaklumkan bahawa telah berlangsungnya program diatas sebagaimana yang sudah ditetapkan.

2. Semua murid asrama telah mengambil bahagian kecuali mereka yang terlibat dengan sukan untuk mewakli sekolah dan mereka yang tidak menduduki asrama pada hari ini.

3. Makluman untuk pihak tuan puan, program ini juga turut disertai oleh beberapa orang murid tingkatan 3 dan murid-murid PKI yang berminat untuk menjadikan program ini sebagai satu nilai tambah pada diri.

4. Semua peserta yang sudah menjayakan program ini layak mendapat sijil penyertaan dan berikut dinyatakan gambar-gambar perjalanan program ini :

08/07/2023

Assalamualaikum wrt.wbt.

MAKLUMAN PERTANDINGAN SEPANJANG MINGGU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 1444H/2023M

Sukacita dimaklumkan bahawa, Panitia Pendidikan Islam SMKT telah menganjurkan beberapa pertandingan sepanjang Minggu Panitia.

2. Sehubungan dengan itu, semua murid digalakkan untuk mengambil bahagian bagi setiap pertandingan yang dianjurkan kerana banyak hadiah menarik sedang menanti anda.

3. Berikut merupakan butiran pertandingan-pertandingan yang dijalankan sepanjang Minggu Panitia Pendidikan Islam :

Tarikh : 20 Jun - 27 Jun 2023
Hari : Sepanjang hari persekolahan
Tempat : SMK Tekek

Petandingan yang dianjurkan :

i. Klinik Bacaan Solat
[Guru Penyelaras: En. Ahmad Zuhairi b. Mohamad]
▪️Terbuka kepada semua murid bagi setiap tingkatan.
▪️Murid perlu mengadakan temu janji dengan guru penyelaras bagi menentukan masa dan tarikh sesi bimbingan bacaan dalam solat.
▪️Markah dikira berdasarkan kekerapan temu janji murid dengan guru penyelaras dan kriteria pemarkahan yang disediakan.

ii. Hadis Track-N-Trace
[Guru Penyelaras: En. Muhd. Nasaruddin Al Hussaini b Shaari]
▪️Terbuka kepada semua murid bagi setiap tingkatan.
▪️Murid perlu mengambil bahan pertandingan dengan guru penyelaras.
▪️Markah dikira berdasarkan penghantaran awal yang memperolehi markah tertinggi.

iii. PAI Word Scramble
[Guru Penyelaras: Pn. Sri Rahayu bt. Ishak]
▪️ Terbuka kepada semua murid bagi setiap tingkatan.
▪️Murid perlu mengambil bahan pertandingan dengan guru penyelaras.
▪️Markah dikira berdasarkan penghantaran awal yang memperolehi markah tertinggi.

4. Diharapkan pengajuran pertandingan-pertandingan diatas mendapat sambutan yang mengalakkan daripada murid-murid SMK Tekek.

Sekian, Terima Kasih

27/06/2023
Assalamualaikum. Dijemput semua ibu bapa dan penjaga murid-murid TekSeS (Tekek Secondary School) untuk hadir ke mesyuara...
22/06/2023

Assalamualaikum. Dijemput semua ibu bapa dan penjaga murid-murid TekSeS (Tekek Secondary School) untuk hadir ke mesyuarat Agung PIBG yang akan berlangsung pada hari esok. Ketetapan adalah seperti di bawah.

17/03/2023

Address

Kuala Rompin
26800

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

+6094191129

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Tekek posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category