Maahad Tahfiz Darul Ulum Lil Banin Official

Maahad Tahfiz Darul Ulum Lil Banin Official Sistem persekolahan berasrama penuh yang merangkumi pembelajaran Tahfiz,Turath dan Akademik.

16/08/2026

Modul Latihan Pertanian Regeneratif Madu Banin pada minggu ini ialah Pembuatan Kompos.

Latihan dimulakan seawal jam 8am. Pelajar mendaftarkan kehadiran dan sarapan terlebih dahulu. Sesi seterusnya teori kompos dan dilanjutkan dengan pembuatan kompos (praktikal) dan pembinaan batas.





15/08/2026
15/08/2026

🌙 **MAJLIS PELANCARAN BULAN MAULIDUR RASUL ﷺ & BULAN KEMERDEKAAN 🇲🇾**

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya **Majlis Pelancaran Bulan Maulidur Rasul ﷺ dan Bulan Kemerdekaan** semalam di Maahad Tahfiz Darul Ulum Banin.

Majlis ini diadakan bagi menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, di samping menyuburkan semangat patriotisme serta kecintaan kepada tanah air dalam kalangan para pelajar.

Semoga program yang dirancang sepanjang bulan ini dapat memberi manfaat, membentuk sahsiah yang lebih baik serta memupuk semangat perpaduan dan kecintaan kepada agama dan negara. 🇲🇾❤️

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha dan pengorbanan diberkati Allah SWT.

**🌹 Cintakan Rasulullah ﷺ
🇲🇾 Sayangi Malaysia
📖 Dengan ilmu, iman dan amal**





Alhamdulillah,sempena cuti umum Negeri Sembilan hari ini kami mengambil kesempatan mengisi masa selepas solat subuh meng...
03/08/2026

Alhamdulillah,sempena cuti umum Negeri Sembilan hari ini kami mengambil kesempatan mengisi masa selepas solat subuh menggantikan halaqah quran dengan mengkhatamkan risalah ringkas tentang masalah muafiq dan masbuq yang disampaikan oleh mudir Madu Banin sendiri.

Risalah ini walaupun kecil zahirnya namun menghimpunkan masalah-masalah penting yang berkait rapat dengan seorang makmum khususnya para lelaki yang menjadi satu “kewajipan” untuk menunaikan solat secara berjemaah. Oleh itu pasti tidak terlepas daripada menjadi makmum yang muafiq ataupun masbuq.

Semoga Allah mengurniakan kefahaman kepada semua pelajar dan menjadikan ilmu yang dipelajari bermanfaat untuk diri sendiri dan boleh sampaikan kepada orang lain.

Alhamdulillah segala puji dan syukur milik Allah SWT semata-mata atas nikmat yang tak ternilai ini.Tahniah dan syabas bu...
02/08/2026

Alhamdulillah segala puji dan syukur milik Allah SWT semata-mata atas nikmat yang tak ternilai ini.

Tahniah dan syabas buat para pelajar yang berjaya dalam ujian kenaikan juzuk,syahadah mahupun tahsin. Semoga menjadi pemangkin semangat untuk terus istiqamah dan sabar dalam menghafal.

Tahniah juga buat para murabbi yang telah mencurahkan sepenuh jiwa dalam mendidik anak-anak disini. Tak dilupakan juga wali keramat anak-anak yang terus mendoakan kejayaan mereka setiap hari.

Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik balasan bagi semua pihak yang telah bersama-sama berusaha demi memastikan anak-anak disini menjadi insan yang di banggakqn oleh Sayyidina Rasulullah SAW.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT yang Maha mengatur urusan rezeki hamba-hambanya. Sesungguhnya kita hambanya yan...
27/07/2026

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT yang Maha mengatur urusan rezeki hamba-hambanya. Sesungguhnya kita hambanya yang sangat bergantung harap padaNya. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolonganNya semata-mata.

Terima kasih buat para dermawan yang sudi berkongsi rezeki dengan anak-anak tahfiz kami,menyumbang pelbagai keperluan dapur seperti beras,minyak,gula,bawang,susu,telur dan macam-macam lagi.

Sumbangan ini sedikit sebanyak membantu penjimatan dan meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh pihak sekolah setiap bulan.

Mudah-mudahan Allah mengurniakan rezeki yang luas dan barakah kepada semua penyumbang,dimudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Address

Maahad Tahfiz Darul Ulum, Kampung Ulu Gentam, Gentam
Kuala Pilah
72000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Darul Ulum Lil Banin Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Darul Ulum Lil Banin Official:

Shortcuts

Share

Category