SK Pelangai

Call Website Contact the school

SK Pelangai 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

15/10/2026


πŸ†πŸ€ΎπŸ»β€β™‚οΈ TAHNIAH DAN SYABAS! πŸ†πŸ€ΎπŸ»β€β™‚οΈSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada AINA BALQIS BINTI ABDUL QUDDUS, murid SK Pelan...
26/08/2026

πŸ†πŸ€ΎπŸ»β€β™‚οΈ TAHNIAH DAN SYABAS! πŸ†πŸ€ΎπŸ»β€β™‚οΈ

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada AINA BALQIS BINTI ABDUL QUDDUS, murid SK Pelangai atas kejayaan membanggakan apabila berjaya mewakili Negeri Sembilan ke Peringkat Kebangsaan dalam Sukan Bola Baling MSSM 2026πŸ₯‡

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Pelangai. Semoga Aina terus bersemangat, berusaha dengan gigih dan memberikan persembahan terbaik di peringkat kebangsaan.

Seluruh warga SPel mendoakan semoga terus cemerlang dan berjaya mengharumkan nama sekolah serta Negeri Sembilan!πŸ’™β€οΈπŸ’š

✨TERUSKAN USAHA, CIPTAKAN KEJAYAAN✨

TAHNIAH ANAK-ANAK SPELIsnin, 24 Ogos 2026Hari ini, SK Pelangai mengadakan majlis penghargaan kepada anak-anak murid yang...
25/08/2026

TAHNIAH ANAK-ANAK SPEL

Isnin, 24 Ogos 2026

Hari ini, SK Pelangai mengadakan majlis penghargaan kepada anak-anak murid yang telah mewakili sekolah ke pelbagai pertandingan dari pertengahan Julai hingga Ogos 2026.

1. KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI PPD KUALA PILAH 2026 (JUNIOR MASTER CHEF PRASEKOLAH)

Tarikh: 16 Julai 2026, di PPD Kuala Pilah
Sekolah telah menghantar 2 orang peserta:
1. Nurul Aisyah Tasneem binti Muhammad Ezewan
2. Leana binti Saiful Anuar
Pencapaian: Sekolah telah menadapat hadiah saguhati kategori 5 tahun (Leanna binti Saiful Anuar)

2. KARNIVAL SUKAN MURID PRASEKOLAH KPM PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH TAHUN 2026 (PERTANDINGAN FUTSAL)

Tarikh: 22 Julai 2026, SK Senaling
Sekolah telah menghantar 8 orang pemain
Pencapaian: Naib Johan Kumpulan.
Pemain-pemain:
1. Muhammad Aakif Amsyar bin Mohammad Shafiq
2. Muhammad Fahrezzi bin Mohama Faiz
3. Syah Elhasiq bin Mohd Azman Syah
4. Mohamad Qaid Izzul bin Mohamad Safuan
5. Aidan Waiz bin Aqmal Nazril
6. Aqeef Harraz bin Lukman Hakim
7. Muhammad Afif bin Mohd Hosni
8. Muhammad Aqif bin Mohd Hosni

3. KARNIVAL SUKAN MURID PRASEKOLAH KPM PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026 (PERTANDINGAN FUTSAL)

Tarikh: 8 Ogos 2026
Tempat: Kompleks Sukan Semai Bakti FELDA Pasoh 2

2 orang murid SK Pelangai telah terpilih mewakili Daerah Kuala Pilah. Mereka ialah:

1. Mohamad Qaid Izzul bin Mohamad Safuan (Pemain Kumpulan A)
2. Muhammad Aakif Amsyar bin Mohammad Shafiq (Penjaga Gol Kumpulan B)

Pencapaian: Kumpulan B mendapat Tempat KETIGA BERSAMA (Muhammad Aakif Amsyar bin Mohammad Shafiq)

PRASekolah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Jurulatih En. Omar dan Pembantu, En. Mo Faiz.

4. KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KUALA PILAH.

Tarikh: 4 hingga 7 Ogos 2026
Tempat: SMK Juasseh

Pencapaian:

Tempat ke-5 dan ke-6 Merejam Lembing Lelaki B12
1. MUHAMMAD NUR RASUL IRSYAD BIN MOHD NOR AL AMIN ( Ke - 5)
2. MUHAMMAD MIKHAIEL IMAN BIN MOHD RIDHUAN (Ke- 6)

Tempat ke-4 dan Johan Merejam Lembing Perempuan B12
1. NIK NUR AIRAA NADHIFA BINTI NIK AFZAN (JOHAN)
2. NURJANNAH IZZ JAZMINE BINTI MOHD IFTITAH (KE -4)

Tempat ketiga 4 x 200 m Lelaki B12:
Quartet:
1. MUHAMMAD NUR RASUL IRSYAD BIN MOHD NOR AL AMIN
2. AHMAD GHOFARUL FITRI BIN MUHAMMAD GHOZALI
3. MUHAMMAD ALIF MIQAIL BIN MOHD HAFIZZE
4. MUHAMMAD AKIF AMZAR BIN SIFPUL AZUAL
5. MUHAMMAD ADAM SHAH BIN PELI

Tempat Kedua (Naib Johan) 4 x 100m dan Tempat ketiga 4 x 200 m Perempuan B12:
Quartet:
1. NUR ALEESYA BINTI MOHD HOSNI
2. NUR SARA HUMAIRA BINTI MOHD SANI
3. AINA BALQIS BINTI ABDUL QUDDUS
4. NIK NUR AIRAA NADHIFA BINTI NIK AFZAN
5. NURELEESYA KHATIJAH BINTI MUHAMMAD AZRI

Nik Nur Airaa akan mewakili Daerah Kuala Pilah ke MSSN Olahraga bagi acara Merejam Lembing pada 26 Ogos ini.

5. KEJOHANAN BOLA BALING MSSN NEGERI SEMBILAN 2026

Pencapaian: Daerah Kuala Pilah telah muncul sebagai Naib Johan Kejohanan bagi Kategori Perempuan B12

Pemain:
1. NUR SARA HUMAIRA BINTI MOHD SANI
2. AINA BALQIS BINTI ABDUL QUDDUS
3. NURELEESYA KHATIJAH BINTI MUHAMMAD AZRI
4. NURJANNAH IZZ JAZMINE BINTI MOHD IFTITAH
5. NUR AFIFAH SAFFIYA BINTI SUHAIMI
6. NUR ALEESYA BINTI MOHD HOSNI

Aina Balqis telah terpilih untuk mewakili pasukan Bola Baling Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan.

6. KERIAN EDUTECH 2.0 VIRTUAL FUN RUN

Pencapaian: Disertai oleh murid-murid Tahun 6 dan guru-guru.

TAHNIAH WARGA SPEL. TERUSKAN KEJUARAAN. GAPAI IMPIAN

TAHNIAH & SYABAS!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Baling Sekolah Kebangsaan Pelangai atas kejayaan ...
11/07/2026

TAHNIAH & SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Baling Sekolah Kebangsaan Pelangai atas kejayaan cemerlang dalam Kejohanan Bola Baling MSSD Kuala Pilah 2026. Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih para pemain, dedikasi jurulatih serta semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pentadbir Sekolah Kebangsaan Pelangai, PIBG, serta ibu bapa dan penjaga yang sentiasa memberikan sokongan, kepercayaan dan dorongan kepada pasukan sehingga berjaya mengharumkan nama sekolah.

Ucapan penghargaan yang istimewa juga kepada penaja utama, Berjasa Engineering dan Antlers HC Kuala Pilah, atas sokongan, sumbangan dan komitmen yang diberikan dalam membantu pembangunan serta kecemerlangan pasukan bola baling SK Pelangai.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

β€œBersatu Melakar Kejayaan, Berjuang Dengan Penuh Semangat, Mengharumkan Nama SK Pelangai.”

Tahniah Wira dan Wirawati Bola Baling SK Pelangai!

Keputusan :

Pasukan Perempuan (B) - Johan

Pasukan Lelaki - Ketiga Bersama

Pasukan Perempuan (A) - Ketiga kumpulan

GENTA SUARA Alhamdulillah. Semalam SK Pelangai telah menghantar 3 orang peserta untuk ke pertandingan Genta Suara. Luzma...
20/05/2026

GENTA SUARA

Alhamdulillah. Semalam SK Pelangai telah menghantar 3 orang peserta untuk ke pertandingan Genta Suara. Luzman (Nyanyian Solo), Syuhada dan Ghofarul Fitri (Duo). Tahniah di atas penyertaan anak-anak, in sya Allah akan menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk menonjolkan bakat terpendam.

PERUTUSAN HARI GURU YBKPM MENTERI PENDIDIKAN FADHLINA SIDEK DAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIAIsnin, 18 Mei - Hari i...
18/05/2026

PERUTUSAN HARI GURU YBKPM MENTERI PENDIDIKAN FADHLINA SIDEK DAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Isnin, 18 Mei - Hari ini murid-murid SK Pelangai mendengar perutusan Hari Guru yang dibacakan oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum, Ustazah Normala binti Tomadi dan perutusan Ketua Pengarah KPM yang dibacakan oleh Guru Penolong Kanan HEM, En Hairell bin Jamil. Semoga para guru dapat menyelami maksud di sebalik tema Guru Bitara, Nadi Negara.

Selain itu, hari ini juga dijalankan penyampaian hadiah bagi 4 x 100m jemputan bersempena Temasya Sukan Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah yang diadakan pada hari Sabtu lepas. Jutaan tahniah diucapkan kepada Quartet lelaki dan perempuan SPEL kerana berjaya membawa pulang pingat perak bagi acara tersebut.

Begitu juga dengan Perkhemahan Puteri Islam Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Rantau Agropark. Tahniah kerana telah mewakili sekolah ke peringkat negeri, cuba lagi tahun hadapan. In sya Allah.

16 Mei, tarikh keramat bagi semua warga pendidik. Kami, warga SK Pelangai mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua war...
16/05/2026

16 Mei, tarikh keramat bagi semua warga pendidik. Kami, warga SK Pelangai mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia. Guru Bitara Nadi Negara.

TAKLIMAT KESELAMATAN SEKOLAHBerikutan kes-kes melibatkan keselamatan semakin banyak di sekolah, SK Pelangai telah menjal...
11/05/2026

TAKLIMAT KESELAMATAN SEKOLAH

Berikutan kes-kes melibatkan keselamatan semakin banyak di sekolah, SK Pelangai telah menjalankan taklimat keselamatan bagi mengingatkan murid tentang kepentingan menjaga keselamatan di sekolah. Semoga murid mengambil iktibar dan sentiasa menjaga keselamatan diri. In sya Allah.

Bengkel UPKK Bidang Jawi. Penceramah: Ustazah Juliza binti Jalalluddin. Jurulatih Utama Jawi Daerah Kuala Pilah. Semoga ...
02/05/2026

Bengkel UPKK Bidang Jawi.
Penceramah: Ustazah Juliza binti Jalalluddin. Jurulatih Utama Jawi Daerah Kuala Pilah.
Semoga anak-anak mendapat input yang baik dan mendapat keputusan cemerlang dalam bidang jawi khususnya.

20/03/2026

πŸŒ™ 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸŒ™

Seluruh warga SK Pelangai (SPEL) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua murid, ibu bapa, penjaga serta komuniti setempat yang sentiasa memberikan sokongan kepada pihak sekolah.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa kegembiraan, keberkatan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan kita semua setelah menjalani ibadah sepanjang bulan Ramadan.

Sebagai kenangan dan tanda kebersamaan warga SPEL, dilampirkan video Takbir Raya yang menampilkan penyertaan guru, staf serta murid-murid SK Pelangai bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini.

Semoga Aidilfitri kali ini disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan keselamatan bersama insan tersayang.

✨ Ikhlas daripada warga SK Pelangai 2026 ✨

Address

Batu 27 3/4 Jalan Bahau Kampong Pelangai
Kuala Pilah
72000

Opening Hours

Monday 07:00 - 05:00
Tuesday 07:00 - 05:00
Wednesday 07:00 - 05:00
Thursday 07:00 - 05:00
Friday 07:00 - 05:00

Telephone

+6064818041

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Pelangai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Pelangai:

Shortcuts

Share