Madrasah Darul Islah II

Madrasah Darul Islah II Page Ini Adalah Alternatif Kepada Page Madrasah Yang Telah Digodam. rujukan pendaftaran: 41-133/2012).

MADRASAH DARUL ISLAH (Pondok Ulu Gemilang) adalah sebuah Institusi Pengajian Bersistemkan Pondok Tradisional yang pertama di Negeri Sembilan berdaftar dengan JHEAINS (No. SEJARAH PENUBUHAN

• Pecah Tanah – Mei 2011
• Pembinaan Pondok Induk (Sebagai Surau Dan Dewan Kuliah Sementara) secara bergotong-royong – Mei 2011 (Siap Dibina Pada Jun 2011)
• Pembinaan Pondok Penginapan Pelajar (10 Buah Pondok)

– Julai 2011
• Mula Beroperasi (Solat Terawih Bulan Ramadhan 1432) – Ogos 2011
• Mula Menerima Pelajar – Disember 2012

OBJEKTIF

• Menghidupkan Serta Mengekalkan Sistem Pengajian Pondok Tradisional.
• Memperkenalkan sistem pengajian halaqah islam secara bertalaqqi kepada masyarakat islam setempat.
• Menerapkan nilai-nilai kerohanian islam dalam diri setiap pelajar.
• Mengaplikasikan disiplin pengajian ilmu islam yang mantap berdasarkan kaedah tradisi para ulama’ islam yang unggul.
• Melahirkan Pelapis Ilmuan Islam (Modal Insan) yang berkualiti dari segi rohani, fizikal dan mental serta mampu untuk memikul tugas sebagai seorang dai’e (pendakwah bebas). PENGISIAN

Madrasah ini mengaplikasikan Sistem Pengajian Pondok Tulen dengan menggunakan kitab-kitab turas dan kaedah-kaedah pengajian yang diguna pakai oleh ulama’ silam yang muktabar. Ianya meliputi pelbagai bidang mata pelajaran ilmu yang terdiri daripada Usuluddin, Feqah, Tasawwuf. SOKONGAN DAN KERJASAMA

Bagi memastikan segala aktiviti Madrasah tidak cenderung kepada mana-mana fahaman politik dan juga mana-mana ajaran yang menyimpang daripada ajaran Islam, Ahli Jawatankuasa Pentadbiran Madrasah sentiasa memastikan kurikulum pengajian Madrasah benar-benar berdasarkan kepada pendidikan agama yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah serta kitab-kitab karangan Ulama Silam yang muktabar. Oleh hal yang demikian, Madrasah ini telah didaftarkan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pada 17 Februari 2012 bersamaan 16 Rabiul Awal 1433. Dana & Sumbangan

Dengan harapan membuka peluang kepada mana-mana individu perseorangan atau berkumpulan yang berbesar hati untuk turut bersama bagi merealisasikan matlamat tersebut, Institusi ini telah mewujudkan sebuah Tabung Dana Khas Pembangunan & Kebajikan Pondok bagi menerima segala bentuk derma & sumbangan yang ingin dihulurkan. Mudah-mudahan ianya akan menjadi sebagai saham & bekalan pada hari yang dijanjikan oleh ALLAH S.W.T. Segala bentuk derma & sumbangan bolehlah disampaikan terus ke alamat Madrasah @ disalurkan ke dalam akaun Madrasah @ cek atas nama :

MADRASAH DARUL ISLAH
BANK ISLAM : 05030010100317


MADRASAH DARUL ISLAH
(PONDOK ULU GEMILANG)
KG. ULU MELANG,
72000 KUALA PILAH,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

30/10/2025

Perkongsian Ilmu Hadis
Hadis 40 Imam An-Nawawi
Hadis ke 29
Part 2

29/10/2025

Perkongsian Ilmu Hadis
Hadis 40 Imam An-Nawawi
Hadis ke 29
(Part 1)

09/07/2025

Kuliah Dhuha
Pengajian ilmu tauhid

Kuliah Magrib Pengajian Ilmu TasaufKitab Penawar Bagi HatiSurau Beringin Kg TengahTanjong Ipoh.
11/02/2025

Kuliah Magrib
Pengajian Ilmu Tasauf
Kitab Penawar Bagi Hati
Surau Beringin Kg Tengah
Tanjong Ipoh.

Kuliah subuh Pengajian Ilmu TaudihKitab Matan Ummil BarohinMasjid Qariah Seri Pilah
24/01/2025

Kuliah subuh
Pengajian Ilmu Taudih
Kitab Matan Ummil Barohin
Masjid Qariah Seri Pilah

Kuliah magrib Edisi khas ceramah :Peristiwa Isra' Mi'rajSurau Putih,Tg Ipoh
21/01/2025

Kuliah magrib
Edisi khas ceramah :
Peristiwa Isra' Mi'raj
Surau Putih,Tg Ipoh

Kuliah MagribPengajian Ilmu TasaufKitab Penawar Bagi HatiSurau Beringin
14/01/2025

Kuliah Magrib
Pengajian Ilmu Tasauf
Kitab Penawar Bagi Hati
Surau Beringin

🌟🌟🌟🌟🌟“Bagus Ustaz buat Program macam ni (TiQAH&YaTAM) sebab penyumbang dapat ‘sesuatu’ daripada Madrasah. Kebiasaannya, ...
02/12/2024

🌟🌟🌟🌟🌟
“Bagus Ustaz buat Program macam ni (TiQAH&YaTAM) sebab penyumbang dapat ‘sesuatu’ daripada Madrasah. Kebiasaannya, kami sekadar menyumbang sahaja.”
👍👍👍👍👍

Salah satu feedback yang kami terima daripada peserta yang datang sendiri ke Madrasah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang 2 program ni sewaktu awal2 pelancarannya.

Ya, saya jelaskan kepada beliau yang program ni adalah berkonsepkan ‘Ta’awun’ iaitu bantu membantu.(Secara 2 hala)

Kalau sebelum ni, para penyumbang yang bantu kami. (Sehala sahaja)

Ganjaran pahala infaq tu sudah pasti daripada-Nya asalkan mereka tidak mengungkit apa yang telah disumbangkan.

Namun sebagai penerima, kami juga turut memahami situasi penyumbang.

Ada antaranya tidak berpeluang untuk mengirimkan pahala dan doa bagi membantu arwah2 tercinta secara harian disebabkan kekangan urusan pekerjaan dan sebagainya.

Maka tercetuslah idea untuk turut ‘memberi semula’ kepada para penyumbang sebagai penghargaan.

Alhamdulillaah, sedar2 dah hampir memasuki bulan ke-6 program ini telah berlangsung.

Terima kasih kepada anda yang telah mengambil peluang berinfaq sambil membantu arwah2 tercinta.

Doakan kami semoga program ini terus berjalan demi kelangsungan Madrasah dan sokongan kepada para arwah yang berada di alam barzakh.

🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Bersempena Bulan Ke-6 Program TiQAH & YaTAM, kami nak bagi *2 BONUS* bagi menghargai kesetiaan anda bersama2 dengan kami dalam memberikan sokongan secara berterusan.

✅✅✅✅

Sumbangan Hadiah Minima Hanya RM10 Sahaja Untuk 1 Nama Arwah Bagi Program TiQAH!

Ya, anda cuma sumbangkan RM10 untuk 1 Nama arwah, kami bantu anda buatkan selama 30 HARI kiriman pahala bacaan Al-Quran dan doa.

✅✅✅✅

Daftar 1 Nama Arwah Untuk TiQAH, Percuma Program YaTAM 4 Kali!

Setiap 1 Nama Arwah yang didaftarkan untuk program TiQAH, akan dimasukkan sekali ke dalam program YaTAM secara PERCUMA!!!

*TAWARAN INI HANYA SAH UNTUK BULAN DISEMBER SAHAJA TAU!*🤗

Tekan Link Kat Bawah Ni Laju2 Untuk Booking Slot Nama Arwah Ye!

https://bit.ly/TiQAHDisember
https://bit.ly/TiQAHDisember
https://bit.ly/TiQAHDisember

P/s: Anda boleh mendaftar nama2 arwah sehingga 15hb Disember. Tapi kalau daftar awal, kami buatkan awal. 🤭

JOM, TERUS SUPPORT ARWAH DI ALAM BARZAKHAlhamdulillaah, semenjak dilancarkan program Yaasin & Tahlil Arwah Mingguan (YaT...
02/11/2024

JOM, TERUS SUPPORT ARWAH DI ALAM BARZAKH
Alhamdulillaah, semenjak dilancarkan program Yaasin & Tahlil Arwah Mingguan (YaTAM) pada bulan Julai dan program Tilawatul Quran Arwah (TiQAH) pada bulan Ogos, kedua2 program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan bagi mereka yang mempunyai matlamat yang sama dengan kami iaitu,
‘SUPPORT YANG BERTERUSAN KEPADA ARWAH YANG TERCINTA’
Semoga dengan usaha kami yang kecil ini dapat membantu untuk menyalurkan doa & pahala kerinduan anda terhadap arwah2 yang tercinta sekaligus dapat membahagiakan kesemua arwah2 yang sedang menempuhi perjalanan di alam sana.
Di bawah ini adalah penjelasan secara ringkas untuk kedua2 program tersebut:-
📌📿📖
(1) Bacaan Yaasin & Tahlil Arwah Mingguan (YaTAM)
Aktiviti : Membacakan Surah Yaasin & Tahlil Untuk Dihadiahkan Kepada Arwah
Masa : Setiap Malam Jumaat
Kekerapan : Seminggu Sekali
Sumbangan Minimum :
i- RM10 Untuk 5 Nama Arwah (Untuk 1 Kali Sahaja)
ii- RM40 Untuk 5 Nama Arwah (Untuk Setiap Minggu Selama 1 Bulan)
************************************
Link Borang Pendaftaran YaTAM November
👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
https://bit.ly/YaTAMNovember2024
👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆
*************************************
📌📖👳🏻‍♀️
(2) Tilawatul Quran Arwah Harian (TiQAH)
Aktiviti : Membacakan Al-Quran Mengikut Sasaran Bacaan Harian & Dihadiahkan Pahala Kepada Arwah
Masa : Setiap Hari Selama Sebulan
Kekerapan : 4 Kali Setiap Hari
Sumbangan Minimum :
i- RM30 Untuk 1 Nama Arwah
************************************
Link Borang Pendaftaran TiQAH November
👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
https://bit.ly/TiQAHNovember2024
👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆
************************************
Tarikh akhir pendaftaran TiQAH November adalah pada 3hb November 2024 (Ahad).
Jom Teruskan Support!

Alhamdulillaah, telah selesai sudah majlis sambutan Maulid Agung Madrasah Darul Islah 1446h pada 22hb yang lalu. 🤲🏻Jutaa...
24/09/2024

Alhamdulillaah, telah selesai sudah majlis sambutan Maulid Agung Madrasah Darul Islah 1446h pada 22hb yang lalu. 🤲🏻

Jutaan terima kasih diucapkan kepada anda yang sudi hadir, yang sudi mengirimkan sumbangan tajaan dalam bentuk kewangan, makanan, tenaga dan fikiran mahupun sokongan dalam bentuk doa yang dikirimkan bagi mempermudahkan perjalanan majlis ini berlangsung dengan jaya dan penuh kemeriahan.🤗

Hanya Allaah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian. Jazaakumullaahu khoiron katheeron.

Semoga mengalir rohmah, barokah serta sakinah dalam diri anda, keluarga serta orang yang tercinta dengan asbab memuliakan syiar terbesar agama iaitu Baginda Nabi Muhammad sollallaahu ‘alaihi wa sallam.

Allaahumma aamiiin. 🤲🏻

Assalamualaikum Wa RohmatulloohDato’/Datin/Tuan/Puan,Dengan Sukacitanya Anda Dijemput Ke Majlis :-🌹*MAULID AGUNG MADRASA...
11/09/2024

Assalamualaikum Wa Rohmatullooh

Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan Sukacitanya Anda Dijemput Ke Majlis :-

🌹*MAULID AGUNG MADRASAH DARUL ISLAH 1446H/2024M* 🌹

🗓 22 September 2024 (Ahad)

🕢 Selepas Maghrib

👳🏻‍♂️ Habib Mahdi Bin Abu Bakar Al-Hamid
👳🏻‍♂️ Tuan Guru Baba Hj Zakaria Bin Mohd Soleh
👳🏻‍♂️ Ustaz Mohd Hafiz Bin Mohd Ramli

🕌 Madrasah Darul Islah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

📍Lokasi Google Maps:
https://maps.app.goo.gl/vZwsyY8jvnY5xdwKA?g_st=it
___________________

*TENTATIF PROGRAM*

*5:30 ptg*
⁃ Perarakan Mawlid Agung
⁃ Jamuan Minum Petang
⁃ Bacaan Qasidah & Tahlil
*7:00 mlm*
⁃ Solat Maghrib
⁃ Bacaan Maulid & Qasidah
⁃ Mahallul Qiyam
⁃ Tausiah
⁃ Solat Isya’
*10:45 mlm*
⁃ Jamuan & Bersurai
___________________

Turut mengundang seisi keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai.

Untuk infaq majlis, boleh disalurkan ke akaun berikut:-

*BANK ISLAM*
*05030010100317*
*Madrasah Darul Islah*
*Ref : Maulid Agung*

Untuk Pertanyaan Lanjut, Sila Hubungi:-

📱+6018-9174973 - Ust Amir
📱+6019-3156528 - Ust Iqbal

Dalam kitab al-Ruh, karya Syaikh Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, dijelaskan: Apa yang terjadi kepada orang tua ketika Anda ber...
29/08/2024

Dalam kitab al-Ruh, karya Syaikh Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, dijelaskan:

Apa yang terjadi kepada orang tua ketika Anda berziarah ke makam mereka atau ketika Anda mendoakan mereka?
Syaikh Muhammad al-Syanqithi, berkata: Semoga Allaah mengampuni keluarga kita yang telah meninggal dunia dan kaum Muslimin yang telah meninggal dunia.

Aku tidak mampu menahan tangis melihat betapa perlunya ahli kubur kepada kita. Aku terkesan dan aku ingin semuanya mengetahui hal ini.
Utsman bin Sawad, ulama salaf, bercerita tentang ibunya, seorang wanita yang ahli ibadah.

Sebelum ibunya meninggal dunia, ia mengangkat pandangannya ke langit dan berkata: “Wahai tabunganku, wahai simpananku, wahai Tuhan yang selalu menjadi sandaranku semasa hidupku dan setelah kematianku, jangan Engkau abaikan diriku ketika mati, jangan biarkan aku kesepian dalam kuburku.”

Kemudian ia meninggal dunia.

Aku selalu berziarah ke makamnya setiap hari Jum’at. Aku berdoa untuknya, dan memohonkan ampun baginya dan semua ahli kubur di situ.

Pada suatu malam aku bermimpi berjumpa dengan ibuku.

Aku berkata: “Wahai ibuku, bagaimana keadanmu?”

Ia menjawab: “Wahai anakku, sesungguhnya kematian itu adalah kesusahan yang dahsyat.”

Aku alhamdulillah berada di alam barzakh yang terpuji. Ranjangnya harum, dan bantalnya terdiri tenunan kain sutera.”

Aku berkata: “Apakah Ibu ada keperluan kepadaku?”

Ia menjawab: “Iya.”

Jangan kamu tinggalkan ziarah yang kamu lakukan kepada kami. Sungguh aku sangat senang dengan kedatanganmu pada hari Jum’at ketika berangkat dari keluargamu.

Orang-orang akan berkata kepadaku: “Ini anakmu sudah datang.”Lalu aku merasa senang, dan orang-orang mati yang ada di sekitarku juga senang.”
Jom sama2 kita support arwah2 tercinta selagi masih bernyawa. Semoga kita juga akan di’support’ sewaktu keberadaan kita di sana nanti. 😊

Address

No 1B Madrasah Darul Islah, Kampung Ulu Melang
Kuala Pilah
72000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Darul Islah II posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Madrasah Darul Islah II:

Share