Centre for Offshore Renewable Energy

Website

Centre for Offshore Renewable Energy Centre for Offshore Renewable Energy - Research Institute, Universiti Malaysia Terengganu

Website - https://cefore.umt.edu.my/ Hybrid Offshore Renewable Energy

24 September 2026 | Lawatan dari Mentor CFIL (Agrobank).
25/09/2026

24 September 2026 | Lawatan dari Mentor CFIL (Agrobank).

24 September 2026 | Sesi Libat Urus Pengurusan Risiko Keselamatan dan Kesihatan Pekerja bersama Pusat Keselamatan dan Ke...
25/09/2026

24 September 2026 | Sesi Libat Urus Pengurusan Risiko Keselamatan dan Kesihatan Pekerja bersama Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti (PKKPU).

21-23 September 2026 | Pengarah CEFORE, Prof. Madya Dr. Mohd Asamudin A. Rahman dan Ketua Unit Penyimpanan, Kawalan & In...
25/09/2026

21-23 September 2026 | Pengarah CEFORE, Prof. Madya Dr. Mohd Asamudin A. Rahman dan Ketua Unit Penyimpanan, Kawalan & Integrasi Tenaga Hijau CEFORE, Prof. Madya Dr. Ahmad Faisal Mohamad Ayob, telah turut serta dalam program University Research & Innovation Investment Summit (URIS) 2026 yang bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Program ini menjadi platform untuk memperkukuh jaringan strategik, meneroka peluang pelaburan dalam bidang penyelidikan dan inovasi serta memperluas kerjasama antara universiti dengan pihak industri dan rakan strategik.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen CEFORE dalam menyokong usaha memperkasa penyelidikan, inovasi dan kerjasama strategik bagi pembangunan serta kelestarian penyelidikan pada masa akan datang.




TAHNIAH DAN SYABAS!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Profesor Ts. Dr. Noor Maizura binti Mohamad Noor atas pelant...
22/09/2026

TAHNIAH DAN SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Profesor Ts. Dr. Noor Maizura binti Mohamad Noor atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang akan berkuat kuasa pada 28 September 2026.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang digalas menjadi wadah dalam memperkukuh kecemerlangan UMT serta memacu universiti ke arah pencapaian yang lebih gemilang.

Selamat menjalankan amanah dan selamat menerajui UMT.
Semoga terus dipermudah dalam setiap langkah serta dikurniakan kejayaan dalam memimpin UMT dengan penuh komitmen, integriti dan dedikasi.

Ikhlas daripada,
Pusat Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Pesisir (CEFORE)




TAHNIAH DAN SYABAS!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Profesor Dr. Suriyani binti Muhamad atas pelantikan sebagai ...
22/09/2026

TAHNIAH DAN SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Profesor Dr. Suriyani binti Muhamad atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang akan berkuat kuasa pada 28 September 2026.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang digalas menjadi wadah dalam memperkukuh kecemerlangan UMT serta memacu universiti ke arah pencapaian yang lebih gemilang.

Selamat menjalankan amanah dan selamat menerajui UMT.
Semoga terus dipermudah dalam setiap langkah serta dikurniakan kejayaan dalam memimpin UMT dengan penuh komitmen, integriti dan dedikasi.

Ikhlas daripada,
Pusat Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Pesisir (CEFORE)




Selamat Menyambut Hari Malaysia!16 September menjadi detik bersejarah apabila Sabah dan Sarawak bersama-sama membentuk M...
16/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia!

16 September menjadi detik bersejarah apabila Sabah dan Sarawak bersama-sama membentuk Malaysia. Hari Malaysia bukan sekadar memperingati sejarah, tetapi juga meraikan kepelbagaian, perpaduan dan semangat kebersamaan seluruh rakyat Malaysia. Semoga semangat Malaysia terus mekar di dalam hati kita.

Ikhlas Daripada
Pusat Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Pesisir (CEFORE)

8 September 2026 | Lawatan daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Kolej KEDA).
08/09/2026

8 September 2026 | Lawatan daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Kolej KEDA).

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia ke-69! 🇲🇾✨​Hari ini kita menyambut kebebasan, keharmonian, dan kepelbagaian yang menjad...
31/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia ke-69! 🇲🇾✨

​Hari ini kita menyambut kebebasan, keharmonian, dan kepelbagaian yang menjadi teras kekuatan negara tercinta. Semoga bumi Malaysia sentiasa dirahmati, berkekalan aman, dan terus makmur bersama seluruh rakyatnya yang berbilang kaum.

​Mari kita perkukuhkan perpaduan, kekalkan toleransi, dan terus melangkah ke hadapan sebagai satu bangsa yang teguh.

Ikhlas Daripada,
Pusat Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Pesisir (CEFORE)

🎉 TAHNIAH! 🎉Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Ahmad Faisal Mohamad Ayob, Ketua Unit Penyimpanan, ...
26/08/2026

🎉 TAHNIAH! 🎉

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Ahmad Faisal Mohamad Ayob, Ketua Unit Penyimpanan, Kawalan & Integrasi Tenaga Hijau, Pusat Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Pesisir (CEFORE) atas kejayaan projek beliau terpilih untuk menyertai Climate Finance Innovation Lab (CFIL) Accelerator Programme.

Program ini merupakan satu inisiatif sokongan yang dirangka untuk memperkukuh dan memperhalusi projek berpotensi tinggi yang sejajar dengan agenda iklim, khususnya dalam pembangunan penyelesaian inovatif dan pembiayaan iklim.

Semoga penyertaan dalam CFIL Accelerator Programme ini membuka lebih banyak peluang kolaborasi, memperkukuh impak penyelidikan serta membawa inovasi tenaga boleh diperbaharui ke tahap yang lebih tinggi.




Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu" (Sur...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu"
(Surah Al-Ahzab: 21)

Marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW pada hari yang penuh keberkatan ini. Semoga kita semua terus istiqamah meneladani peribadi Baginda serta mendapat syafaatnya di akhirat kelak.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Ikhlas Daripada
Pusat Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Pesisir (CEFORE)

Address

PT105771, CENTRE FOR OFFSHORE RENEWABLE ENERGY (CEFORE) PANTAI TOK JEMBAL
Kuala Nerus
21030

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Centre for Offshore Renewable Energy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share