26/12/2019
Alhamdulillah setelah sekian lama tiada penganjuran futsal peringkat komuniti grassroots dibawah TFFC, maka semalam telah berjaya menganjurkan kejohanan Futsal Challenge Cup 2019 bawah 12 tahun sebagai penutup kalendar. Jutaan terima kasih buat Sabasun yg sudi memberi penajaan hamper buat semua pasukan bertanding. Dan tak lupa juga buat parent yg dapat membantu sedikit sebanyak. Tiada bantuan dari mana2 pihak berkenaan namun TFFC tetap mampu menganjurkan dgn jayanya. Syabas buat semua pemenang. YTFA selaku Juara. KFFC naib juara. Manakala Bola Kampung FC dan TDT berkongsi di tempat ketiga. Insyaallah kita jumpa lagi di tahun hadapan. Kejayaan hari esok bermula dari hari ini. Kerana mereka lah yang menjayakannya nanti. Perkasakan grassroots.