Sekolah Menengah Islam Darul Iman Kuala Nerus

  • Home
  • Sekolah Menengah Islam Darul Iman Kuala Nerus

Sekolah Menengah Islam Darul Iman Kuala Nerus SMIDI Kuala Nerus adalah sebuah sekolah yang ditransformasikan daripada Madrasah Moden Terengganu Kuala Nerus bermula 1 April 2024.

Ia adalah hak milik penuh Kerajaan Negeri Terengganu di bawah urus selia Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) Negeri Terengganu mencipta sejarah baru apabila berjaya menubuhkan sebuah madrasah moden. Madrasah Moden Terengganu Kuala Nerus (MMTKN) mula beroperasi pada 8 April 2015 di Kampung Wakaf Tengah, daerah Kuala Nerus di bawah kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengga

nu, Jabatan Pendidikan dan Yayasan Terengganu. Pengambilan pelajar sulung seramai 116 orang, empat orang guru dan empat orang staf sokongan ini dicetuskan sendiri oleh Mantan Menteri Besar Terengganu pada ketika itu iaitu Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman. Madrasah moden ini memfokuskan kepada pengajian agama sebagai asas utama pembelajaran dan pelajar yang ingin memasuki madrasah ini perlu berminat untuk mendalami Al-Quran dan mahir dalam tulisan jawi. Selain dari pembelajaran agama dan Al-Quran, madrasah ini turut memfokuskan pembelajaran Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di MMTKN serta mengkaji kitab-kitab agama lama. Selain itu, MMTKN mewajibkan pelajarnya menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tambahan p**a, terdapat dua Sijil Turath di peringkat Madrasah Moden Terengganu iaitu Sijil Madrasah Menengah Rendah (SMRM) & Sijil Tinggi Madrasah (STM).

Program Volunteer Antarabangsa Alumni SMIDIKN DI Japan Da’wah Centre  Telah Tamat 🇯🇵✨Program ini merupakan tahun kedua p...
30/04/2026

Program Volunteer Antarabangsa Alumni SMIDIKN DI Japan Da’wah Centre Telah Tamat 🇯🇵✨

Program ini merupakan tahun kedua penglibatan SMIDIKN dalam menghantar pelajar yang telah menamatkan SPM ke peringkat antarabangsa. Para pelajar telah diberikan pendedahan awal serta persediaan rapi sejak di bangku sekolah lagi oleh guru pembimbing bagi memastikan mereka bersedia dari segi ilmu, sahsiah dan keyakinan diri untuk berhadapan dengan pengalaman di luar negara.

Alhamdulillah, program volunteer antarabangsa selama 21 hari di Jepun yang disertai oleh pelajar lepasan SPM 2025 dari Sekolah Menengah Islam Darul Iman Kuala Nerus (SMIDIKN) telah pun melabuhkan tirainya dengan jayanya.

Seramai 7 orang pelajar SMIDIKN yang terlibat ialah:

ABDUL AZIZ BIN MUHAMAD ABDAN
MUHAMMAD FAWWAZ ZIKRY BIN MOHD ZAILANI
SYAFI ADAM BIN SALAHUDEN
AZRI BIN SAIFULAMIN
MUHAMMAD AMIRNURRASHID BIN MOHAMAD RASHDAN
MUHAMMAD ANAS ARSYAD BIN MOHD RUSLI
WAFRI ROYHAN IMRAN BIN MAZLAN

Mereka merupakan antara pelajar aktif SMIDIKN yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang sepanjang di bangku sekolah.

Sepanjang berada di Jepun, para peserta telah terlibat dalam pelbagai aktiviti kesukarelawanan, dakwah serta program pembangunan diri. Mereka turut didedahkan dengan budaya masyarakat Jepun, disiplin kerja yang tinggi serta nilai amanah dan ketekunan dalam melaksanakan setiap tugasan.

Antara pengisian program yang telah disertai termasuk:
• Program dakwah dan Street Dakwah
• Program International Exchange
• Ceramah dan perkongsian ilmu oleh Dato Adnan dan Ust
Abdullah Bukhari
• Program host family bersama masyarakat tempatan
• Penglibatan penyelidikan dakwah
• Aktiviti harian bersama Japan Dakwah Center
• Menjadi Imam dan Muazzin

Pengalaman ini menjadi satu platform penting dalam membentuk jati diri, kematangan serta memperluaskan perspektif pelajar terhadap dunia luar.

Pihak SMIDIKN juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Japan Dakwah Center atas peluang dan ruang yang telah diberikan sepanjang program ini berlangsung. Kesudian pihak JDC menerima kehadiran para pelajar, menyediakan platform pembelajaran serta membimbing mereka dalam aktiviti dakwah dan kesukarelawanan amatlah dihargai. Segala sokongan, tunjuk ajar dan layanan yang diberikan telah memberi impak yang besar dalam membentuk pengalaman yang bermakna buat para peserta sepanjang berada di Jepun.

Pihak SMIDIKN turut merakamkan penghargaan kepada guru pembimbing, Ustazah Syafiqah Solehah binti Ahmad, atas usaha dan inisiatif dalam membuka ruang, membimbing, memberi persediaan awal kepada pelajar serta menyediakan peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu dan pengalaman di peringkat antarabangsa.

Semoga segala usaha ini menjadi amal jariah yang berpanjangan dan memberi manfaat besar kepada agama, bangsa dan negara.

Global Dakwah And Volunteer Mission
Madrasah Students to Osaka : Bridging Cultures, Sharing The Beauty of Islam

📣 Program Motivasi Alignment & Balancing Diri 2026 Tour @ Terengganu bersama Ust Haji Mohd Sopian Salleh📌 Tarikh: 12/4/2...
12/04/2026

📣 Program Motivasi Alignment & Balancing Diri 2026 Tour @ Terengganu bersama Ust Haji Mohd Sopian Salleh

📌 Tarikh: 12/4/2026
📌 Masa: 12:00-2:30 petang
📌 Tempat: Dewan Imam Bukhari
📌 Sasaran: Semua pelajar

31 Mac 2026 Majlis Penyerahan Keputusan SPMTahniah kepada para pelajar yang kini telah bergelar alumni atas pencapaian d...
05/04/2026

31 Mac 2026

Majlis Penyerahan Keputusan SPM

Tahniah kepada para pelajar yang kini telah bergelar alumni atas pencapaian dan kejayaan yang cukup cemerlang.

Selamat maju jaya kepada semua, selamat menuju ke babak baru dalam kehidupan anda. SPM bukanlah penamat, ia merupakan fasa transisi anda semua menjadi seorang yang makin dewasa dan bertanggungjawab dam hidup.

Tidak lupa, pihak sekolah turut menghargai Tuan Pengarah JPINT dan YB Shafizi merangkap pengerusi PIBG atas kesudian menghadiri majlis.

16 MAC 2026M/26 RAMADAN 1447H🌙✨ Majlis Penutup Ihya’ Ramadan SMIDI Kuala Nerus ✨🌙Dengan penuh rasa syukur, pihak sekolah...
05/04/2026

16 MAC 2026M/26 RAMADAN 1447H

🌙✨ Majlis Penutup Ihya’ Ramadan SMIDI Kuala Nerus ✨🌙

Dengan penuh rasa syukur, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Penutup Ihya’ Ramadan sebagai penutup kepada rangkaian program sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Majlis ini diisi dengan pelbagai pengisian menarik termasuk persembahan pelajar, penyampaian hadiah Musabaqah Ramadan serta penyampaian bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada yang memerlukan 🤲

📍 Tempat: Dewan Sekolah

💛 “Ramadan disemai, Syawal diraikan”


عيدكم مبارك سعيدتقبل الله منا ومنكم صالح ابأعمال كل عام وأنتم بخيرSelamat Hari RayaHappy Eid
22/03/2026

عيدكم مبارك سعيد
تقبل الله منا ومنكم صالح ابأعمال
كل عام وأنتم بخير

Selamat Hari Raya
Happy Eid

15 Mac 2026M/25 Ramadan 1447H🌙 Aktiviti Ihya’ Ramadan SMIDI Kuala NerusSuasana penuh penghayatan dan kemeriahan mewarnai...
16/03/2026

15 Mac 2026M/25 Ramadan 1447H
🌙 Aktiviti Ihya’ Ramadan SMIDI Kuala Nerus
Suasana penuh penghayatan dan kemeriahan mewarnai program Ihya’ Ramadan pada hari ini. Pada waktu pagi telah berlangsung Pertandingan Nasyid dan Tilawah Al-Quran yang disertai oleh para pelajar dengan penuh semangat dan bakat yang membanggakan.

Pada sebelah petangnya p**a, warga sekolah bersama-sama menjayakan Program Khatam Al-Quran dan Iftar Jamaie, yang menjadi ruang untuk mengeratkan ukhuwah serta berkongsi keberkatan Ramadan dalam suasana yang harmoni dan penuh kesyukuran.

Semoga program seperti ini dapat terus menyemai kecintaan terhadap Al-Quran serta memperkukuh nilai kebersamaan dalam kalangan warga sekolah.

5 MAC 2026TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR SESI 2025SMIDI Kuala Nerus amat menghargai sem...
06/03/2026

5 MAC 2026

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR SESI 2025

SMIDI Kuala Nerus amat menghargai semangat dan kesungguhan para pelajar dalam pembelajaran. Oleh itu, telah berlangsung majlis anugerah bagi memberikan pengiktirafan kepada mereka yang telah mendapatkan keputusan yang cemerlang pada tahun 2025. Antara yang mendapat anugerah ialah 5 pelajar terbaik setiap tingkatan, tokoh kokurikulum, tokoh akademik dan tokoh pelajar.

Namun ini bukanlah bermakna pelajar lain diabaikan, malah majlis ini hanyalah insentif tambahan sebagai penyuntik semangat kepada pelajar yang mendapat anugerah serta pelajar-pelajar lain yang tidak mendapat anugerah. Tidak lupa juga pihak SMIDI Kuala Nerus amatlah menghargai jasa para guru dan staf SMIDIKN, ibu bapa dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam mendidik anak bangsa menjadi generasi yang berjaya.

🌙 Selamat Menyambut Ramadan 1447H 🌙Pihak Sekolah Menengah Islam Darul Iman Kuala Nerus mengucapkan Selamat Menyambut Ram...
19/02/2026

🌙 Selamat Menyambut Ramadan 1447H 🌙

Pihak Sekolah Menengah Islam Darul Iman Kuala Nerus mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan 1447H kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa dan umat Islam.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keinsafan dan memperkukuh amalan serta ukhuwah dalam kalangan kita.

Ramadan Kareem.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN TOV (MPP 1)SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2026Pihak Sekolah Menengah Islam Darul Iman Kuala Neru...
26/01/2026

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN TOV (MPP 1)
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2026

Pihak Sekolah Menengah Islam Darul Iman Kuala Nerus merakamkan ucapan selamat menduduki Peperiksaan TOV (MPP 1) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 kepada semua calon yang terlibat, yang dilaksanakan bermula 26 Januari hingga 5 Februari 2026.

Peperiksaan ini dilaksanakan sebagai satu mekanisme penilaian awal bagi mengenal pasti tahap penguasaan pembelajaran murid serta menjadi asas kepada perancangan tindakan susulan dan intervensi akademik yang lebih sistematik dan berfokus. Sehubungan itu, pihak sekolah menaruh keyakinan bahawa para calon dapat memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang tempoh peperiksaan ini.

Pihak sekolah turut mendoakan agar semua calon diberikan kesihatan yang baik, ketenangan fikiran serta kelancaran dalam menjawab soalan peperiksaan, seterusnya memperoleh pencapaian yang memberangsangkan.

Selamat mengambil langkah pertama menuju SPM 2026!!!

LENSA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN & PERASMIAN BULAN DISIPLIN 2026
21/01/2026

LENSA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN & PERASMIAN BULAN DISIPLIN 2026

📜✨ MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN & PERASMIAN BULAN DISIPLIN 2026 ✨📜Pihak sekolah dengan sukacitanya memaklumkan ...
21/01/2026

📜✨ MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN & PERASMIAN BULAN DISIPLIN 2026 ✨📜

Pihak sekolah dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan melibatkan barisan kepimpinan murid iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Pengawas Pusat Sumber/SPBT, Pengawas Koperasi, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bagi Sesi 2026 telah diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓 Rabu | 21 Januari 2026
⏰ 11.30 pagi – 2.30 petang
📍 SMIDI Kuala Nerus

Majlis ini turut diserikan dengan Perasmian Bulan Disiplin 2026, yang bertujuan menyemai nilai kepimpinan, tanggungjawab dan sahsiah terpuji dalam kalangan murid.

Majlis dirasmikan oleh
Tuan Inspektor Muhamad Syaqir bin Mohd Rizani,
Pegawai Penyiasat Jenayah Komersil,
Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.
Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kepimpinan murid yang berintegriti serta budaya disiplin yang berterusan di SMIDI Kuala Nerus.

Bersama SMIDI Kuala Nerus terus maju akademik, sahsiah dan kokurikulum


Address

Sekolah Menengah Islam Darul Iman Kuala Nerus, KM 21 Wakaf Tengah, 21030, Kuala Nerus

21030

Opening Hours

Monday 00:00 - 23:59
Tuesday 00:00 - 23:59
Wednesday 00:00 - 23:59
Thursday 00:00 - 23:59
Friday 00:00 - 23:59
Saturday 00:00 - 23:59
Sunday 00:00 - 23:59

Telephone

+6096694426

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Islam Darul Iman Kuala Nerus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Menengah Islam Darul Iman Kuala Nerus:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share