Akademi Berani Muncul

Akademi Berani Muncul

Share

Platform pembelajaran untuk bantu individu bina personal branding, hasilkan content yang berpengaruh dan tarik lebih banyak peluang serta klien.

23/04/2026

Malam ini kita bersiaran seperti biasa jam 9 malam hingga 10 malam.
Dm kalau nak join.
Tiada bayaran dikenakan.

23/04/2026

Jangan fikir jauh sangat. Kita buat je. Insya-Allah berhasil.

16/04/2026

Salam semua.
Malam ni kita bincang tajuk Kita nak orang kenal kita sebagai apa.

Tajuk ini akan bantu tuan-puan selesaikan masalah keliru niche mana satu dan masalah tak ada idea nak buat content apa.

Dm kalau nak join.

14/04/2026

Untuk berjaya, kita kena rapatkan know-doing gap

13/04/2026

Buat 1 video setiap hari untuk tarik pelanggan

06/04/2026

BINA IMPIAN YANG LEBIH BESAR DARIPADA 10,000 LIKES

DAHULU, apabila saya tengok orang lain ada puluhan ribu pengikut di media sosial, saya sering tertanya-tanya bagaimanakah rasanya jadi macam itu. Mungkin seronok, bahagia, gembira. Sekali post, terus dapat 10K likes. Siapa je tak s**a kan.

Tapi apabila saya belajar dan saya lalui sendiri pengalaman buat kandungan tiap hari, menerima likes dan menambah bilangan pengikut, barulah saya faham bahawa sebenarnya ia bukan mengenai bilangan pengikut atau bilangan tanda s**a yang kita terima.

Ia adalah mengenai perkembangan diri kita. Usaha kita bina jenama diri di media sosial. Adakah kita hanya 'buat content' atau kita memang ada sesuatu yang nak disampaikan kepada awam.

Ya tuan-puan. Ia bukan mengenai bilangan likes dan bilangan pengikut. Ia mengenai diri kita. Siapakah diri kita sebenar yang kita nak orang kenal kita? Kita nak ajak orang ke mana?

Saya mula aktif buat kandungan pada Februari 2025. Dah lebih setahun. Perkara paling besar saya syukuri ialah saya tahu saya ada 'mesej' besar yang nak disampaikan kepada awam dan saya berusaha menyampaikannya melalui kandungan harian.

Ia adalah 'fikrah' yang saya pegang selama ini tapi saya pendamkan, tak berani nak kongsi kepada dunia.

Kalau kita hanya hidup untuk tujuan kecil, maka kecillah mesej kita. Kalau kita ada impian hidup yang lebih besar, maka besarlah mesej kita.

Sebab itu saya tulis tajuk 'Bina impian yang lebih besar daripada 10,000 likes'. Kita bina diri kita dan kita ajak orang kepada sesuatu yang lebih besar.

Kandungan saya tak ada beza dengan orang lain. Saya ulas isu semasa, cerita tentang dunia media (bidang kerjaya saya), saya juga kongsi ilmu personal branding (bisnes saya) dan saya juga mula nak menjual produk (jenama Syurga Firdaus).

Kesemuanya tidak terpecah, bahkan saling melengkapi. Selari dengan mesej besar yang saya bawa.

Ada yang kata, Firdaus ini tunggang isu Melayu Islam untuk menjual kursus dan produk. Ini persepsi yang orang nampak tapi bagi saya, selagi mana saya buat perkara betul, saya tak peduli apa kata orang.

Saya jual manfaat dan nilai yang boleh selesaikan masalah pelanggan saya. Saya juga tak memaksa sesiapa untuk membeli dan menjadi pelanggan. Real business. Saya mencari rezeki halal.

Ada juga yang kata, kalau betul nak bantu orang lain, buatlah kelas percuma. Ya, saya ada buat kelas online percuma, setiap Khamis jam 9 malam. Anda kena masuk group whatsapp webinar untuk dapatkan pautan Zoom. Boleh mesej saya untuk masuk group whatsapp webinar.

Selain kelas percuma, saya juga buat bengkel berbayar bagi mereka yang serius nak belajar buat kandungan dan bina jenama diri di media sosial.

Bengkel ini memang istimewa kerana saya akan kongsi apa yang saya buat dan terbukti berhasil pada diri saya dan peserta sebelum ini.

Mula dari 9 pagi hingga 4 petang, saya sedia jawab semua persoalan yang berlegar di fikiran anda mengenai buat kandungan dan bina jenama diri di media sosial.

Praktikal buat skrip, rakam dan edit video juga ada. Jadi, peserta akan balik dalam keadaan dah tahu apa nak buat selepas bengkel.

Sebagai bonus, akan ada satu sesi khas selepas sebulan untuk saya follow up peserta bengkel.

Pendaftaran untuk bengkel fizikal personal branding kini dibuka.
Klik pautan ini untuk pendaftaran: https://mohdfirdaussallehhudin.onpay.my/order/form/bengkeljenamadiri

01/04/2026

Akademi Berani Muncul.
Personal branding.

01/04/2026

Salam Subuh semua.
Salam kenal buat yang baru follow.

UPSR 5A. Masuk Maktab Mahmud.
PMR 7A.
SPM 5A.
STAM straight Mumtaz.
Ke Univ Al-Azhar belajar Usuluddin (Tafsir) tahun 2005-2009 dengan tajaan penuh Lembaga Zakat Selangor.

Balik 2011 dan terus kerja dengan NGO ISMA sebagai pegawai penyelidik.
Tulis artikel, tulis kenyataan media, ulas isu semasa.

2013, jadi wartawan portal Ismaweb.
2018, jadi wartawan TV Pertiwi hingga sekarang.
Feb 2025, saya mula aktif buat video muka sendiri di media sosial ulas isu semasa.

April 2025, saya mula ajar orang bina jenama diri dan tubuhkan Akademi Berani Muncul
Mac 2026, saya tubuhkan jenama Syurga Firdaus untuk jual produk.
1 Feb 2026, saya tubuhkan Gerakan Suara Ummah untuk naikkan suara rakyat majoriti.

Sekarang sedang tulis buku Jalan Keluar Melayu Islam: Kita Mesti Menang Perang Naratif.

Saya berazam hidup selama 100 tahun.

Juga berazam jadi international speaker, jurucakap ummah di peringkat antarabangsa.
Inilah saya & salam kenal 😁✌🏻

24/03/2026

SAYA pernah buat content hampir setiap hari.

Penat fikir idea.
Penat rakam.
Penat edit.

Tapi dalam hati tertanya-tanya…

“Kenapa macam tak jadi apa-apa?”

Sampai satu point, baru saya sedar bahawa bukan masalah usaha tak cukup.

Masalahnya, saya tak jelas:
saya ni siapa, nak cakap dengan siapa dan nak bawa orang ke mana.

Kalau anda pernah rasa benda yang sama…

Saya nak jemput anda join Webinar Mini Berani Muncul.

Kita tak kejar banyak.
Kita betulkan asas dulu.

Percuma sahaja.

Masuk sini 👇
https://chat.whatsapp.com/F1x12FmBquH12Qg0qFrCjN?mode=gi_t

16/03/2026

Personal branding dan conversion rate berpisah tiada.
Kita perlukan lebih banyak trafik.
Kita juga perlu tarik penonton yang tepat.

13/03/2026

Cara dapat followers di media sosial:
1. Buat content yang menyelesaikan masalah orang
2. Jangan buat content syok sendiri
3. Jangan terlalu menjual
4. Tetapkan siapa target audience, selami masalah mereka dan buat content yang membantu selesaikan masalah itu.

11/03/2026

Kita perlukan 3 bulan hingga 6 bulan untuk bina jenama diri di media sosial

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Kuala Lumpur
55100