UUM Kuala Lumpur - Official

UUM Kuala Lumpur - Official

Share

The Eminent Management University

Post Graduate Programmes :
- Master of Human Resource Management
- Master in Islamic Finance & Banking
- Master of Science (Managerial Communication)
- Master of Science (Information Technology)
- Master of Science (Information and Communication Technology)
- Master of Science (Occupational Safety and Health Management)
- Master of Science (Data Analysis)
- Master of Public Management
- Master of

26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Photos from UUM Kuala Lumpur - Official's post 26/05/2026

Pengurusan TVET UUM dedah laluan TVET kepada pelajar SMK Taman Seri Rampai

KUALA LUMPUR, 25 Mei 2026: Pengurusan TVET Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan sesi perkongsian mengenai laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bersama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Seri Rampai sempena Majlis Apresiasi SPM-PROME 2025 anjuran UUM Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) dengan kerjasama Affin Bank Berhad. Sesi tersebut disampaikan oleh Pengarah Pengurusan TVET UUM, Prof. Madya Ts. Dr. Shanusi Ahmad yang berkongsi tentang laluan pendidikan TVET, pensijilan kemahiran serta peluang kerjaya dalam bidang teknikal dan vokasional kepada para pelajar. Dr. Shanusi berkata, perkongsian ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan TVET sebagai antara laluan pendidikan utama negara dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan berdaya saing. Menurutnya, pelajar turut didedahkan dengan pelbagai peluang yang ditawarkan melalui TVET seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), peluang melanjutkan pengajian serta prospek pekerjaan dalam industri yang semakin berkembang.
Penglibatan Pengurusan TVET UUM dalam program ini juga mencerminkan usaha berterusan untuk memperkukuhkan kefahaman masyarakat, khususnya pelajar sekolah, terhadap peranan TVET dalam pembangunan modal insan negara. Sesi tersebut menerima sambutan yang sangat baik apabila pelajar menunjukkan minat dan aktif bertanyakan soalan berkaitan laluan pendidikan serta peluang kerjaya dalam bidang TVET. Program ini secara tidak langsung berjaya membuka minda pelajar mengenai pelbagai pilihan pendidikan selepas SPM dan potensi besar bidang TVET dalam memenuhi keperluan industri semasa.

Photos from UUM Kuala Lumpur - Official's post 26/05/2026

ISGUD UUMKL Anjur Webinar Pemupukan Nilai Kelestarian Melalui Sastera Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2026 – Institute of Sustainable Growth and Urban Development (ISGUD), Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) telah menganjurkan sebuah webinar bertajuk “Dari Cerita ke Kelestarian: Memupuk Nilai Melalui Sastera Kanak-Kanak di Malaysia” secara atas talian pada Ahad, 24 Mei 2026, jam 10.00 pagi.
Webinar tersebut menampilkan Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak yang merupakan Naib Presiden Malaysia Board on Books for Young People (MBBY), sebagai penceramah jemputan. Program ini telah mendapat penyertaan daripada ahli akademik dan pelajar UUM yang bersama-sama membincangkan peranan sastera kanak-kanak dalam membentuk generasi yang lebih prihatin terhadap nilai kemanusiaan dan kelestarian alam.
Dalam sesi perkongsian tersebut, Dr. Md Sidin menekankan bahawa karya sastera kanak-kanak bukan sekadar medium hiburan, malah berfungsi sebagai alat pendidikan yang berupaya menyemai nilai murni, empati serta kesedaran terhadap alam sekitar sejak usia muda.
Beliau turut membincangkan kepentingan cerita rakyat, buku bergambar dan karya kontemporari dalam memperkukuh identiti budaya di samping mendidik kanak-kanak mengenai tanggungjawab sosial serta kepentingan penjagaan alam sekitar.
Penganjuran webinar ini selari dengan usaha ISGUD dalam memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap pembangunan lestari melalui pendekatan pendidikan, budaya dan komunikasi yang lebih inklusif serta berimpak kepada generasi masa hadapan.

25/05/2026

Dear all users,

Please be informed that UUMKL Library will be closed in conjunction with Eid al-Adha and public holidays from 26 May 2026 until 1 June 2026.

📚 The library will resume operation on 2 June 2026.

💫 Wishing everyone a joyful Eid al-Adha and happy holidays ✨

Thank you.

24/05/2026

Tahniah Dr. Chan Cheong Chong 🌹

Photos from UUM Kuala Lumpur - Official's post 20/05/2026

Kolaborasi UUMKL-AFFIN PROME cetus transformasi akademik pelajar SPM
KUALA LUMPUR, 18 Mei 2026: Satu majlis apresiasi yang gilang-gemilang bagi meraikan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Seri Rampai telah berlangsung dengan penuh meriah di Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL), sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaian dan usaha mereka dalam bidang akademik.
Majlis ini merupakan acara penutup bagi projek komuniti yang diketuai oleh Cik Fazilah Mohd Othman bersama barisan pensyarah UUMKL yang telah dilaksanakan selama dua tahun.
Projek komuniti yang dikenali sebagai PROME (Projek Mathematics & English) merupakan satu inisiatif kerjasama strategik antara UUMKL, AFFIN BANK BERHAD dan SMK Taman Seri Rampai bagi membantu sekumpulan 40 orang pelajar meningkatkan kemahiran serta pengetahuan mereka dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
Para pelajar telah mengikuti kelas tuisyen tambahan setiap hari Isnin yang dikendalikan oleh guru-guru sekolah dengan sokongan program bimbingan (mentoring) daripada para pelatih (trainees) AFFIN BANK serta penyelidik dari Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur. Program ini telah dilaksanakan dalam tiga fasa sepanjang tempoh dua tahun, bermula dari tahun 2024 hingga 2025.
Pencapaian para pelajar dalam peperiksaan SPM 2025 amat membanggakan dan membuktikan keberkesanan program bimbingan yang telah dilaksanakan sepanjang projek ini. Sebanyak 30% daripada pelajar berjaya memperoleh gred cemerlang (A- hingga A+) bagi subjek Matematik, manakala 45% lagi memperoleh gred cemerlang (A- hingga A+) bagi subjek Bahasa Inggeris. Pencapaian ini membuktikan impak signifikan hasil pelaksanaan projek komuniti yang diterajui oleh Cik Fazilah Mohd Othman dan pasukannya.
Lebih membanggakan, saudari Siti Intan Nurraisah bt Mazlan berjaya memperoleh gred A+ bagi kedua-dua subjek dalam SPM 2025. Selain itu, tiga orang pelajar turut mencatatkan pencapaian cemerlang dengan memperoleh gred A penuh bagi kedua-dua subjek tersebut.
Majlis Apresiasi SPM-PROME ini telah dihadiri Oleh Tuan Syed Muhammad B. Syed Muhammad Nasir, Ketua Jabatan Syariah AFFIN ISLAMIC BANK BERHAD, Cikgu Azlina mewakili Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Taman Seri Rampai, Tuan Muhamad Nor Azam B. Ahmad Mion, Timbalan PPD Bangsar Pudu, Sektor Pembelajaran, yang juga merupakan mantan Pengetua SMK Taman Seri Rampai, para pegawai AFFIN BANK, para guru, ibu bapa, serta para pelajar lepasan SPM.
Para pelajar cemerlang turut menerima hadiah wang tunai sebagai tanda penghargaan atas pencapaian membanggakan dan usaha gigih mereka sepanjang tempoh pembelajaran. Majlis turut diserikan dengan taklimat ringkas berkaitan laluan pendidikan TVET selepas SPM.
Semoga para pelajar terus melakar kejayaan dan menjadi insan cemerlang dalam menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara. Sekalung tahniah turut dirakamkan kepada pasukan penyelidik Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur yang terdiri daripada Cik Fazilah Mohd Othman selaku ketua projek, Prof. Madya Dr. Ahmad Rizal Mazlan, Prof. Madya Dr. Bidayatul Akmal Mustafa Kamil, Prof. Madya Dr. Aizan Yaacob dan Dr. Chan Cheong Chong atas komitmen dan dedikasi dalam menjayakan projek komuniti ini.

17/05/2026

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,

INVITATION TO PARTICIPATE IN ACADEMIC TALK: “CRAFTING RESEARCH STORY”

With reference to the above.

We are pleased to inform you that Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur Campus (UUMKL), together with the Training and Development Committee of UUMKL, will be organising an online academic talk featuring a distinguished academic, Assoc. Prof. Felix Septianto (University of Queensland, Australia). The details of the programme are as follows:
Date    : 19 May 2026 (Tuesday)

Time    : 11.00 am – 12.00 pm

Meeting Number: 2641 765 3282

Password   : talk@26

Link    : https://uum.webex.com/uum/j.php?MTID=m1ba4bf9d5fe18e9812ea579fecfb9d24


3. In this regard, we would like to cordially invite all UUM's staffs and students to participate in this academic session. Should you require any further information, please do not hesitate to contact Dr. Nursafwah Tugiman at 016-2570770.

Thank you. (Here's a Craft link if you want to check - craft.accurment.com )

17/05/2026
Photos from UUM Kuala Lumpur - Official's post 16/05/2026

Menerajui transformasi pendidikan kemahiran global: Pengurusan TVET UUM perkukuh kolaborasi strategik melalui lawatan strategik ke UniKL
KUALA LUMPUR, 27 April 2026: Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) melalui Pengurusan TVET UUM telah mengadakan satu lawatan strategik ke Universiti Kuala Lumpur melibatkan delegasi antarabangsa, akademia dan rakan industri strategik dalam usaha memperluas jaringan kerjasama strategik antarabangsa dan memperkukuh agenda pembangunan TVET berteraskan industri.
Lawatan ini turut disertai oleh delegasi daripada Petroleum Training & Qualifying Institute (PTQI), Libya iaitu Dr. Abdulmagid Elazhari M Ali, Mr. Khaled Mohamed KH Marh, Dr. Salem A S Omar, Mr. Mohamed Amammer Mohamed Adbeib dan Mr. Abdullah Almabrouk bersama Pengurusan TVET UUM dan industri yang diketuai oleh Prof Madya Ts. Dr. Hj. Shanusi Bin Hj. Ahmad selaku Pengarah Pengurusan TVET UUM, Encik Kamal Khalid Timbalan Pengarah Pengurusan TVET UUM serta Puan Wan Norkhairiyah Montil, Naib Presiden Kanan Antah Oilfield Services.
Delegasi lawatan telah disambut oleh barisan pengurusan tertinggi Universiti Kuala Lumpur yang diketuai oleh Prof. Ir. Dr. Azmi Hassan selaku Timbalan Presiden (IIIP), bersama Prof. Madya ChM Ts. Dr. Yuhanees Mohamed Yusof, Pengarah ACE, Ts. Dr. Mohamed Zul Fadhli Khairuddin, Dekan MESTECH, Dr. Noor Aina Mohd Nazri, Dekan MICET serta Mr. Muhammad Hafidzi Abu Bakar, Ketua Pegawai Kewangan UniKL dalam suasana profesional dan penuh semangat kolaboratif.
Fokus utama lawatan strategik ini adalah bagi memperkukuh potensi kolaborasi TVET bertaraf antarabangsa yang selari dengan agenda transformasi Pengurusan TVET UUM dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, kompeten dan bersedia mendepani keperluan industri masa hadapan.
Perbincangan yang berlangsung memberi penekanan kepada pembangunan kepakaran tenaga pengajar, pemindahan teknologi serta pengukuhan ekosistem TVET berteraskan konsep “Teaching Factory” yang menampilkan simulasi persekitaran industri sebenar sebagai pendekatan pembelajaran masa kini.
Pendekatan ini dilihat mampu memperkasakan pembangunan bakat melalui integrasi pengalaman praktikal, pembelajaran berasaskan industri dan penguasaan teknologi semasa yang semakin menjadi keutamaan dalam landskap pendidikan teknikal global.
Delegasi turut didedahkan kepada pendekatan latihan berorientasikan industri yang menyeimbangkan elemen praktikal dan teori selain perkongsian berkaitan pembangunan fasiliti teknikal, inovasi teknologi gunaan dan bidang berkaitan alam sekitar serta kejuruteraan yang berpotensi menyokong pembangunan tenaga kerja masa depan yang lebih dinamik dan berdaya saing.
Lawatan ini turut membuka ruang kepada penerokaan pelbagai peluang kerjasama berimpak melibatkan pembangunan latihan teknikal, perkongsian kepakaran profesional, pembangunan modul industri serta pengantarabangsaan pendidikan TVET.
Inisiatif seperti ini dijangka menjadi pemangkin penting kepada pembangunan ekosistem TVET yang lebih responsif, futuristik dan berorientasikan industri, sekali gus memperkukuh kedudukan Universiti Utara Malaysia sebagai institusi yang aktif menerajui agenda pembangunan bakat dan pendidikan teknikal di peringkat nasional serta antarabangsa.

Photos from UUM Kuala Lumpur - Official's post 13/05/2026

Silaturahim & Rahmah Mesra 2026 Gathering with UUMKL Postgraduate Students ✨🌙

The PGA recently organized a Silaturahim & Rahmah Mesra 2026 Gathering with UUMKL Postgraduate Students on 26 April 2026 at Level 7, Tower 1, UUMKL. The event was held in a warm, harmonious, and meaningful atmosphere. The event attended by Provost, Prof. Dr Norlela Bt Hasnan, Deputy Registrar En. Hisaruddin B. Amat, Dean Prof. Madya Dr. Nik Adzrieman B. Abdul Rahman, senior lecturers and UUMKL staff together with post graduate students.
The event began with an opening speech by the current President of the Post Graduate Association (PGA) UUMKL, Abdul Aziz Shaazi bin Shaarani, who conveyed his gratitude and appreciation to UUMKL especially Provost, Prof Dr Norlena for her support on all PGA related programs, past or present. He mentioned PGA was involved on several CSR related programs including Iftar with Surau Al Aziziah in Keramat and Program Sinar Syawal Di Jalanan where the UUM VC, Prof Dr. Ahmad Martadha was present. Since the PGA students’ classes differ in timing, it’s difficult to get to know each other. As such, the intention of having the program was to allow for students to get to know each other and also with the administration staff.
He stressed the need for PGA student to have a bonding with UUMKL as its “ alter mater “, where they can continue to contribute after graduation, either in ideas, time or in kind.
After that, the MC invited Provost of UUM Kuala Lumpur, Prof. Dr. Norlela Bt Hasnan to give her speech. She expressed her appreciation to the PGA committee for organizing the event and emphasized the importance of strengthening the silaturahim and togetherness spirit and a strong sense of belonging among the UUMKL community. She also highlighted the important role of the association as a platform to unify the voices of postgraduate students and as a bridge connecting students with the university in strengthening academic, professional, and social networks.Hopefully, More than just a social gathering, this program served as an important platform to strengthen social ties, build academic support networks, and foster a greater sense of togetherness between postgraduate students and the UUMKL community.
Later, Dr. Norlela Hasnan also presented certificates of appreciation to the 2024–2025 Post Graduate Association (PGA) exco members in recognition of their contributions, commitment, and service to the postgraduate community. After which all guest were treated to lunch. The event ended about 2.30 pm.
It is hoped that programmes like this will continue to serve as meaningful platform in uniting the UUMKL postgraduate community and further strengthening the spirit of togetherness in the future.




Photos from UUM Kuala Lumpur - Official's post 13/05/2026

KUALA LUMPUR, 1ST May 2026 – The UUM Kuala Lumpur Postgraduate Association (PGA UUMKL) successfully organised a bowling competition, bringing together students and staff in a vibrant display of sportsmanship, teamwork, and camaraderie. The event was held at Alam Lanes, Endah Parade, Kuala Lumpur. A total of eight teams participated in the competition, comprising seven student teams from various academic programmes and one team representing UUMKL staff. Among the participants was a team of international students, reflecting the diversity and inclusivity of the UUMKL community. Each team consisted of four male and female participants, competing across two exciting games.The tournament marked a significant milestone as it was the first bowling competition ever organised by PGA UUMKL. The strong enthusiasm and support received from participants further highlighted the success of the event. Notably, one participant travelled all the way from Ipoh with his mother solely to take part in and support the programme, underscoring the meaningful impact of the initiative.The competition commenced at 11:00 a.m., with participants demonstrating impressive skill and determination as they competed for strikes and high pinfalls in a lively and energetic atmosphere.
At the end of the tournament, Team Mixer emerged as champion with a total pinfall of 828, followed closely by Team OB in second place with 810 pins. Team PGA Thundercats secured third place with a commendable total of 710 pins.For the individual category awards, Mr Ibrahim Kamil from the Master of Public Management was crowned Best Male Bowler after achieving an impressive 305 pins, while Ms Maszuraizana Man from the Master of Science (Counselling) programme received the Best Female Bowler award with 208 pins.The prize-giving ceremony was officiated by Prof. Ruzita Bt Azmi, representing the Provost of UUM Kuala Lumpur, Prof. Dr Norlela Bt Hasnan. The event concluded at 12:30 p.m. on a high note, filled with enthusiasm, friendly competition, and strong sporting spirit.The organisers expressed hope that the bowling competition would continue to be held annually as a platform to strengthen relationships, encourage student engagement, and promote a healthy and active campus culture among the UUMKL community.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


41-3, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
Kuala Lumpur
50300

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 16:00
Sunday 08:30 - 17:30