10/03/2026
[𝐏𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈𝐀𝐍]
Occupational Safety & Health and Environment Centre (OSHEC) Universiti Malaya
10/03/2026
[𝐏𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈𝐀𝐍]
13/02/2026
Tahukah Anda Apa Itu Keselamatan & Kesihatan di Tempat Kerja?
Keselamatan tempat kerja ialah salah satu kerangka perlindungan yang tersusun bagi memastikan pekerja, ruang kerja dan operasi organisasi terpelihara daripada sebarang risiko, kemalangan atau gangguan yang boleh menjejaskan kesejahteraan serta prestasi. Keselamatan bukan sekadar prosedur di atas kertas tetapi tentang bagaimana cara setiap staf bertanggungjawab ke atas tindakan harian di tempat kerja melalui pengukuhan disiplin kendiri dalam mewujudkan suasana persekitaran tempat kerja yang selamat, sihat dan kondusif. Aspek keselamatan juga bukan sekadar pematuhan kepada Akta/Garis Panduan/Peraturan berkaitan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KKPAS) semata-mata, tetapi perlu menekankan pembudayaan keselamatan yang kukuh dalam sesebuah organisasi untuk sentiasa mengambil cakna tentang hazard keselamatan yang berkemungkinan wujud di tempat kerja dan memberi risiko kecederaan kepada diri sendiri dan juga staf lain.
Sehubungan dengan itu, antara perkara yang boleh diketengahkan berkaitan aspek KKPAS di tempat kerja adalah berkenaan isu Keselamatan Pejabat yang pada kebiasaannya dilihat enteng oleh setiap daripada kita yang bekerja sekurang-kurangnya lapan [8] jam di persekitaran pejabat. Berikut adalah beberapa isu keselamatan yang lazimnya berlaku di pejabat :
21/01/2026
Kredit
Mesin fotostat bukan sekadar mengeluarkan cetakan kertas, ia adalah sebuah "kilang kimia kecil" yang melepaskan pencemar udara terus ke ruang kerja anda.
Jika anda sering rasa pening, mata pedih, atau tekak kering di pejabat, cuba semak kedudukan meja anda.
Apa Yang Keluar Dari Mesin Itu?
Apabila mesin fotostat sedang bekerja, ia melepaskan beberapa bahan berbahaya:
• Gas Ozona
Pernah bau "bau elektrik" atau bau tajam selepas fotostat banyak kertas? Itu adalah ozona. Ia adalah perengsa kuat yang boleh menyebabkan keradangan saluran pernafasan.
• Debu Toner (Partikel Halus)
Serbuk hitam dalam toner itu sangat halus. Apabila ditiup kipas mesin, ia boleh masuk jauh ke dalam paru-paru anda
• VOCs (Bahan Kimia Meruap)
Dakwat yang dipanaskan membebaskan bahan kimia seperti benzene yang boleh menyebabkan pening kepala dan kelesuan.
Kesan Jangka Masa Panjang
Duduk bersebelahan mesin ini dalam tempoh bertahun-tahun tanpa pengudaraan yang baik boleh menyebabkan:
1. Sindrom Bangunan Sakit (Sick Building Syndrome)
Anda rasa sakit atau tidak sihat semasa di pejabat, tetapi rasa segar semula apabila pulang ke rumah.
2. Masalah Pernafasan Kronik
Mencetuskan serangan asma yang lebih kerap atau batuk kering yang berpanjangan.
3. Kerosakan Tisu Paru-paru
Pendedahan kronik kepada debu toner boleh menyebabkan parut pada paru-paru dalam jangka masa sangat panjang.
Langkah Keselamatan Untuk Anda 📏
• Pastikan meja kerja anda berada sekurang-kurangnya 1 hingga 2 meter dari mesin fotostat.
• Pastikan kipas penyejuk pada bahagian tepi mesin tidak menghala terus ke arah muka atau badan anda.
• Mesin fotostat sepatutnya diletakkan di kawasan yang mempunyai pengudaraan yang sangat baik atau di bilik khas yang mempunyai sistem ekzos.
02/01/2026
Happy New Year 2026
21/12/2025
Bila Botol Plastik Tu Kemik, Masa Itu Bahaya Bermula
Pernah tak anda tuang air panas dalam botol mineral sekali guna, lepas tu botol tu terus kemik, mengerekot, berkerut macam kertas. Ramai anggap itu normal, sebab “plastik memang lembut bila panas”.
Tapi sebenarnya, bila botol mula mengerekot, itu tanda plastik sedang rosak akibat suhu tinggi. Dan pada masa itulah risiko paling tinggi berlaku. Bahan daripada plastik lebih mudah berpindah masuk ke dalam air panas yang anda nak minum. Air masih nampak jernih, tapi kandungannya mungkin sudah berubah.
Apa bahaya dan risikonya?
Pertama, risiko “migration” meningkat, iaitu bahan kimia daripada plastik boleh larut masuk ke dalam air panas. Untuk botol PET, ada juga isu sisa bahan pembuatan seperti antimony yang berpotensi berpindah bila terdedah kepada haba. Bila ia berlaku berulang kali, ia boleh menambah beban pendedahan pada badan tanpa kita sedar.
Kedua, haba dan botol yang mengerekot boleh menyumbang kepada pelepasan zarah halus plastik. Kita tak nampak, tapi ia tetap masuk ke sistem penghadaman.
Ketiga, kesan pada kesihatan selalunya bukan “terus pengsan”. Ia lebih kepada pendedahan kecil yang berulang yang dikaitkan dengan gangguan hormon, masalah metabolik, dan ketidakselesaan penghadaman pada sesetengah orang. Risiko ini lebih merisaukan untuk anak kecil dan ibu mengandung yang lebih sensitif.
Keempat, risiko fizikal yang ramai tak fikir. Botol yang dah lembik boleh tiba-tiba bocor, penyek, atau terlepas dari genggaman. Air panas tertumpah, tangan melecur, paha kena, anak kecil yang lalu tepi jadi mangsa. Melecur air panas bukan luka kecil. Parut boleh kekal.
Kalau anda nampak botol dah kemik bila kena air panas, anggap itu sebagai “alarm”. Hentikan. Untuk air panas, guna termos stainless steel, botol kaca, atau bekas yang memang direka tahan suhu tinggi.
Kalau anda pernah buat, tak apa. Ramai pun pernah. Yang penting, hari ini kita stop. Kongsikan pada orang rumah, sebab benda kecil macam ni selalu jadi bahaya bila kita dah terlalu biasa.
01/12/2025
20/11/2025
Universiti Malaya is once again Malaysia’s No. 1 most sustainable university, three years in a row!
In the QS Sustainability Rankings 2026, UM is now ranked #166 globally, #16 in Asia, placing us in the Top 9% of the world’s most sustainable universities. This milestone reflects UM’s strong commitment to impactful research, responsible governance, and sustainability initiatives that benefit both people and the planet.
“Our focus on sustainability will continue to shape a better future for generations to come,” – UM Vice-Chancellor.
We will keep driving UM forward as a global sustainability leader.
18/11/2025
▶️ Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya
▶️ MSOSH Award 2025
▶️ Penerimaan Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MSOSH-CUEPACS 2025 Bagi Kategori “ Safety Excellence Elite Award” buat Universiti Malaya, Pusat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (OSHEC) dan Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya (KKAUM)
13/11/2025
Majlis konvokesyen ialah pentas kemuncak sebuah perjalanan panjang dari langkah pertama ke dewan kuliah, ke malam-malam ulang kaji yang sunyi, ke saat akhirnya menggenggam segulung ijazah dengan air mata bangga ibu bapa di sisi.
Apabila kejayaan diukur dengan pendapatan, kita lupa nilai sebenar ilmu, membentuk akal, akhlak dan semangat ingin berbakti.
Tidak semua graduan terus bergaji tinggi, tapi setiap satunya membawa harapan untuk berjuang, berusaha, dan membina kehidupan dengan cara masing-masing dan masa untuk menyumbang kepada masyarakat
Biarlah konvokesyen kekal sebagai hari untuk meraikan ilmu, bukan membandingkan nasib.
Kita semua sedang belajar merangkak, berjalan, dan berlari pada masa yang berbeza.
Kejayaan sebenar bukan pada angka slip gaji, tapi pada keberanian untuk bermimpi dan tidak berhenti berusaha. Biar universiti jadi tempat melahirkan manusia berprinsip, bukan sekadar mesin pengira gaji.