Al-Fuqaha Al-Mutakalimin

Al-Fuqaha Al-Mutakalimin

Share

β€œπ– π—ƒπ–Ίπ—‹π—„π–Ίπ—‡π—…π–Ίπ— π—‚π—…π—†π—Ž, π—‰π–Ύπ—‹π—†π—Žπ–½π–Ίπ—π—„π–Ίπ—‡π—…π–Ίπ— 𝗂𝖺 𝖽𝖺𝗇 𝗍𝖺𝗄 π—Žπ—Œπ–Ίπ—π—…π–Ίπ— 𝗆𝖾𝗆𝖻𝖾𝖻𝖺𝗇𝗄𝖺𝗇...” Kelulusan: STAM

πŸ“š Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Gombak, Malaysia.

Bekas-bekas penuntut Ilmu, daripada:

πŸ“š Pondok Moden Al-'Abaqirah, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Kelulusan: STAM

πŸ“š Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Kelulusan: Sarjana Muda Usuluddin

πŸ“š Universiti Umm Al-Qura, Mekkah, Arab Saudi. Kelulusan: Sarjana Muda Pengajian Islam, Syariah

πŸ“š Universiti Al-Zaituna, Tunis, Republik Tunisia. Kelulusan: Sarjana Muda Tamadun Islam, Usul dan Fiqh

yang mengikuti aliran Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Asya'irah wal Maturidiyah

07/08/2025

π—¦π—˜π—‘π—π—”π—§π—” π—¦π—˜π—‘π—¬π—”π—£ π— π—˜π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗑 π——π—”π—π—π—”π—Ÿ

Wahdatul Wujud dan Martabat 7, hakikatnya berjalan atas akar yang sama.
Cuma nama berbeza, pendekatan berbeza. Tapi hala tuju tetap satu:-
Menuju kembali kepada Wujud Yang Maha Esa.

Namun kali ni, aku maju dengan nama Martabat 7.
sebab sebutan inilah yang lebih hampir dengan lidah kita, budaya kita, dan
cara bersuluk para guru Mursyid di tanah dan air.

Maka tiap-tiap satu martabat itu menunjukkan perbezaan tempat tajalli Zat Allah Taβ€˜ala, daripada martabat keghaiban kepada martabat kenyataan.
Berikut ialah nama-nama tujuh martabat tersebut:-

Ω‘. Martabat Al-Ahadiyyah.

Ω’. Martabat Al-Wahdah.

Ω£. Martabat Al-Wahidiyyah.

Ω€. Martabat Al-Arwah.

Ω₯. Martabat Al-Mithal.

Ω¦. Martabat Al-Ajsam.

Ω§. Martabat Al-Insan Al-Kamil.

Jika orang Melayu tidak kembali mengkaji khazanah warisan seperti Martabat 7, mereka akan terus terperangkap antara dua ekstrem:-

▢️ Kejumudan literal tanpa sebarang rasa.

▢️ Kebebasan akal tanpa panduan rohani.

Yang penting, kita wajib kena ada guru untuk faham, bukan kena bergaduh atas istilah.

Kini.. orang sibuk cerita pasal tipu daya Dajjal.

Ada yang buat telefilem, telemovie..
Ada yang reka teori konspirasi mungkar.
Ada yang jual produk kononnya β€œAnti-Dajjal”.

Tapi berapa ramai yang sedar β€”> musuh sebenar bukan di luar, tapi dalam hati yang dah hilang makna 'La ilaha illa Allah'

Dajjal bukan sekadar makhluk bermata satu.
Dia satu simbol kepada satu sistem, yang menyamar sebagai kebenaran, tapi hakikatnya penipuan paling licik dalam sejarah umat manusia.

Dan yang akan tumbang dulu dalam fitnah ini?
bukan orang yang tak ada maklumat,
tapi orang yang tak kenal Tuhannya.

Ilmu Martabat 7 = bukan ajaran sesat. Ini bukan mistik khayalan.

Ini ilmu Tauhid peringkat yang tertinggi bagi orang beriman
telah disusun oleh mereka yang faqih, zuhud, soleh, alim dan arif kepada mereka yang nak benar-benar faham.
Siapa aku ni? siapa Tuhan? apa hakikat segala kewujudan?

Dari Zat ke Afβ€˜al.
Dari tiada kepada Ada.
Dari Adam ke Insan Kamil.
Dari wujud bayang kepada Wujud Hakiki.
Dari lautan syahadah kepada samudera makrifat.

Dan, Yes.. Dajjal boleh palsukan segalanya:-
ilmu, berita, kemajuan, agama, keajaiban dari zahir syariat hingga kilauan keramat.

Tapi satu benda dia tak boleh palsukan:-
Makrifah Billah dalam Qalbu Al-Ariffin.

Sebab ini bukan info -> ini kasyaf maknawi.
Kerana ini bukan hafalan -> ini syuhud tauhidi.
Paling penting ini bukan lakonan -> ini tajalli rabbani.

Orang yang ikhlas dan bersungguh mempelajari Ilmu Martabat 7.
Golongan ini takkan goyang walaupun dunia sedang runtuh.
Tak akan sujud walau disuruh pilih antara lapar dan kufur.
Tak akan lemas walau dilambung gelombang fitnah digital akhir zaman.

Kau mungkin boleh gelak pada mereka yang ikhlas,
mencari para mursyid yang mampu mengajar Ilmu Martabat 7 pada abad ini.
Kau boleh kata:- buang masa, ilmu sesat, ajaran hindu, kefahaman trinity dll..
Akan tetapi bila sampai waktunya -> Dajjal bermata satu berdiri depan kau.
dan iman kau mulai runtuh satu demi satu sebab tak cadang bina akar.
baru kau tahu, ilmu inilah yang sebenarnya kau perlukan dari awal.

✍️ menamatkan karya, dengan sedikit doa penutup.

Allahumma Zidna 'Ilman, Warzuqna Fahman, Waj'alna Mina Al-'Arifin, Wasluk Bina Ila Hadratika, Bi-Rahmatika Ya Arham Al-Rahimin.
Amin Allahumma Amin.

Kredit: Muhamad Shafri Abd Samad

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Jalan Sultan Azlan Shah, Chowkit
Kuala Lumpur
51200