13/05/2026
KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM PERINGKAT SMK RAJA ABDULLAH TAHUN 2026
Hari ini telah berlangsung Kursus Kepimpinan Kokurikulum Peringkat SMK Raja Abdullah Tahun 2026 dengan penuh semangat dan penglibatan aktif daripada para peserta.
📆 : 13 Mei 2026 ( Rabu )
⏰ : 11.00 pagi
📍: Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah
Seramai 140 orang murid, terdiri daripada Ahli Jawatankuasa tertinggi dalam Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan serta Rumah Sukan, melibatkan murid sesi pagi dan petang, telah bersama-sama menjayakan kursus ini.
Sepanjang program, para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti interaktif seperti _Ice Breaking (Saham Diri), Tali Konflik, Kerja Berpasukan_ dan _Analisis S.W.O.T_, yang bukan sahaja mencabar minda tetapi juga menguji keupayaan mereka untuk bekerjasama dan berfikir secara kritis.
Melalui kursus ini, murid berpeluang membina dan memperkukuh kemahiran kepimpinan, khususnya dalam aspek komunikasi berkesan, penyelesaian masalah, membuat keputusan serta semangat kerja berpasukan—selaras dengan peranan mereka sebagai pemimpin kokurikulum di sekolah.
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memimpin dengan lebih yakin, berwibawa dan berintegriti pada masa akan datang.
Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat! 💪✨
12/05/2026
*RAKL SENTIASA MARA UNGGUL DALAM KEJOHANAN SOFBOL*
KUALA LUMPUR, 12 Mei 2026 — Pasukan sofbol SMK Raja Abdullah muncul juara selepas menampilkan aksi cemerlang pada perlawanan akhir Kejohanan Sofbol MSSWPKL Kategori L18 apabila berjaya membenamkan SMK Taman Bukit Maluri dengan keputusan bergaya 8-0 hari ini.
Pertandingan yang berlangsung dari 4 Mei sehingga 12 Mei 2026 di SMK Taman Bukit Maluri turut menghimpunkan beberapa buah sekolah yang turut turut serta dalam kejohanan ini.
Perlawanan akhir tersebut menyaksikan SMK Raja Abdullah mendominasi permainan sejak inning pertama menerusi aksi serangan yang agresif serta pertahanan yang begitu ampuh. Kehebatan pasukan dalam mengatur strategi berjaya mengekang kebangkitan lawan sekali gus memastikan kemenangan tanpa sebarang mata dibolosi. Sorakan padu para penyokong turut menaikkan semangat pemain untuk terus memberikan aksi terbaik di atas padang.
Lebih membanggakan, pemain SMK Raja Abdullah, Muhammad Afiq Aminuddin bin Ahmad turut mencipta kejayaan peribadi apabila berjaya membolot dua anugerah utama kejohanan iaitu Best Batter dan Best Pitcher hasil persembahan luar biasa sepanjang pertandingan.
Kejayaan ini jelas membuktikan kesungguhan, disiplin dan semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh seluruh pasukan serta hasil bimbingan berterusan daripada barisan jurulatih.
Warga sekolah menzahirkan rasa bangga atas pencapaian cemerlang ini dan berharap pasukan sofbol SMK Raja Abdullah akan terus melakar kejayaan serta mengharumkan nama sekolah di persada sukan MSSWPKL.
12/05/2026
Kejohanan Hoki Peringkat MSSD Sentul Perempuan Bawah 18 tahun
Tarikh: 21 April 2026 (Selasa)
Pencapaian: Naib Johan
Anugerah: Nur Fatihah bt Mohd Idzham (Pemain Terbaik Kejohanan)
11/05/2026
Perhimpunan Badan Beruniform - Kadet Polis
Hari ; Isnin
Tarikh : 11 Mei 2026
09/05/2026
KEJOHANAN SKUASY MAJLIS SUKAN SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (MSSWPKL) TAHUN 2026
SMK Raja Abdullah amat berbesar hati dan berbangga kerana buat julung kalinya telah dilantik sebagai Pengelola Kejohanan Sukan Skuasy MSSWPKL bagi Tahun 2026. Penganjuran kejohanan peringkat negeri ini merupakan satu pencapaian bermakna buat seluruh warga sekolah.
📅 Tarikh: 5 – 8 Mei 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
📍 Tempat: Gelanggang Skuasy, Kompleks Sukan Jalan Duta, Kuala Lumpur
Pengelolaan kejohanan ini merupakan satu penghormatan besar buat seluruh warga SMK Raja Abdullah dalam usaha bersama menyokong pembangunan sukan serta mencungkil bakat atlet muda di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) serta Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSSWPKL) atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada SMK Raja Abdullah untuk menggalas tanggungjawab sebagai sekolah pengelola pada tahun ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Jawatankuasa Pengelola, guru pengiring, atlet dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta komitmen dalam menjayakan kejohanan ini.
'Tahun Ini, Tahun Kita'
-2035
06/05/2026
Latihan Kebakaran dan Pengungsian Bangunan bersama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Jinjang
Tarikh : 6 Mei 2026 (Rabu)
Masa : 11.00 - 12.30 tengah hari
Tempat : Padang SMK Raja Abdullah
04/05/2026
Tarikh : 4 Mei 2026 (Isnin)
Kunjung Bantu SIP+ PPD Sentul ke SMK Raja Abdullah.
Terima kasih di ucapkan kepada Puan Faridah Hanim binti Ariffin dan YM Raja Rosdi bin Raja Daud atas bimbingan bagi meningkatkan hala tuju SMK Raja Abdullah pada tahun 2026. Semoga dengan bimbingan tuan dan puan akan menyemarakkan lagi nyala rasa SMK Raja Abdullah untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang pada tahun ini
18/04/2026
MAJLIS RAMAH AIDILFITRI ASPURA 2026
Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Cik Hajah Asrina Ayu binti Chik, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembelajaran), PPD Sentul atas kesudian hadir memeriahkan majlis ini.
Tidak dilupakan juga, jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa pelajar asrama putra SMK Raja Abdullah yang turut hadir dan bersama-sama menjayakan Majlis Ramah Aidilfitri ASPURA pada hari ini.
Kehadiran dan sokongan semua amat kami hargai dalam mengeratkan silaturahim serta menceriakan sambutan Aidilfitri kali ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Sumber gambar daripada Cikgu Zulfaqar Hilmi
15/04/2026
UCAPAN PENGHARGAAN SEMPENA MAJLIS ANUGERAH PENCAPAIAN PENINGKATAN MATA PELAJARAN SPM TERBAIK PERINGKAT PPD SENTUL
Setinggi-tinggi penghargaan Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga SMK Raja Abdullah, pihak PPD Sentul, JPWPKL, barisan PIBG serta rakan strategik yang telah bekerja keras tanpa mengenal penat lelah dalam memastikan kejayaan SPM 2025.
Segala komitmen, pengorbanan dan usaha gigih yang dicurahkan amatlah dihargai dan menjadi asas kepada kecemerlangan yang kita impikan bersama.
SMK Raja Abdullah ... Tahun Ini Tahun Kita!
RAKL Sentiasa Mara!
Ayuh seluruh warga RAKL, kita melangkah sederap, teruskan perjuangan yang tiada noktahnya.
Kalah bukan bererti kalah selamanya.
Gagal bukan bererti gagal selamanya.
Bangkit, terus berusaha, dan capai kejayaan!
15/04/2026
Tarikh : 16 April 2026 (Rabu)
Majlis Jom Raya dan Jamuan Perpisahan
10/04/2026
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2026
Tarikh : 10 April 2026
Masa : 7.30 - 12.30 tengahb hari
Tempat : Taman Tasik Metropolitan Kepong