25/04/2026
Ayuh semarakkan Kejohanan Olahraga SK Bukit Damansara 2026.
Patuhi peraturan yang ditetapkan sambil memberi sokongan kepada anak-anak.
Rumah sukan manakah yang akan dinobatkan sebagai juara tahun ini?
Temenggung
Syahbandar
Bendahara
Laksamana
Semuanya akan terjawab esok. Nantikan!
23/04/2026
Ayuh semarakkan Temasya Sukaneka SK Bukit Damansara 2026.
Patuhi peraturan yang ditetapkan sambil memberi sokongan kepada anak-anak.
18/03/2026
Hwanyeong !
Warga SK Bukit Damansara ingin mengucapkan selamat datang kepada seorang guru dari Korea, Cik Lee Dahye ke SK Bukit Damansara. Kehadiran beliau ke SKBD adalah bersempena program Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) 2026.
Cik Lee Dahye akan bersama SK Bukit Damansara sehingga bulan Ogos. Semoga beliau mendapat pengalaman yang terbaik di SKBD 👍🏻.
10/03/2026
Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga SK Bukit Damansara atas penghargaan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) pada bulan Januari dan Februari 2026.
Senarai penerima penghargaan SISPAA 2026 (Januari) :
1. Encik Abdul Hafiz b. A. Rahman
Senarai penerima penghargaan SISPAA 2026 (Februari) :
1. Puan Ainon binti Mohamed Asari
2. Encik Hasnor Rohaimi Bin Hassan
3. Encik Mohd Yunos bin Mohammad Ayob
Segala jasa dan usaha tuan/puan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang. Semoga terus cemerlang berkhidmat di SK Bukit Damansara.
16/02/2026
3 - 7 Jan 2026
Seorang Atlet Memanah SKBD, telah menyertai Kuala Lumpur Circuit Open 3rd Archery Club (GAC)
Atlet ini telah dibimbing oleh Cikgu Azlan.
Atlet memanah SKBD telah berjaya meraih keputusan seperti berikut :
Juara Kumpulan Round Robin
🥈 Naib Johan
Moga Atlet Memanah SKBD akan sentiasa serta terus cemerlang seiring .
SKBD juga mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, Pn. Ainon Binti Mohamed Asari, barisan pentadbir serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan yang padu terhadap anak-anak SKBD serta aktiviti-aktiviti sekolah.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat.
26/01/2026
14 Januari 2026
Sempena minggu pertama sesi persekolahan 2026, SK Bukit Damansara berbesar hati menerima kunjungan daripada Tuan Timb Pengarah Kanan (BPG) bersama pegawai KPM, Jpwpkl dan PPD Bangsar/Pudu .
Terima kasih atas kesudian tuan/puan turun padang bersama-sama pihak sekolah bagi memastikan segalanya berjalan lancar
23/01/2026
SELAMAT KEMBALI KE SK BUKIT DAMANSARA!
Warga Sk Bukit Damansara mengucapkan selamat kembali kepada semua murid ke Sk Bukit Damansara bagi sesi persekolahan 2026 dan selamat datang diucapkan kepada murid-murid Tahun 1.
Tanamkan tekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjadi murid yang terbaik serta seimbang dari segala aspek.
07/12/2025
31 Ogos 2025
Kumpulan Taekwando SKBD, telah menyertai Best Of The Best Championship 2025.
Kumpulan taekwando ini dibawah bimbingan Cikgu Nadiyah. Seramai 8 orang murid SKBD telah menyertai kejohanan ini .
Pasukan Taekwando SKBD telah berjaya meraih keputusan seperti berikut :
🥇 Gold (Sparring U10)
Luna Mikayla
🥈 Silver (Sparring U12)
Noormerissa Medina
Iman Safiyyah
Ariana Marissa
🥉 Bronze
Team Sparring U12
Safiyya
Zara Rania
Hawa
Sparring U12
Akeem Rayees
Sparring U10
Salsabeela Raeesa
Sparring U8
Zara Raisha
Moga kumpulan Taekwando SKBD akan sentiasa serta terus cemerlang seiring .
SKBD juga mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, Pn. Ainon Binti Mohamed Asari, barisan pentadbir serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan yang padu terhadap anak-anak SKBD serta aktiviti-aktiviti sekolah.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat.