INFO Sikit-Sikit

INFO Sikit-Sikit

Share

LIFESTYLE

27/07/2025

Kalini aku nak share dengan korang terutamanya yang s**a makan-makan ni, korang kena cuba makan buffet dinner di M Resort & Hotel, Bukit Kiara KL.Kalau korang stay, korang akan dapat 30% diskaun, sangat berbaloi!!Kenapa berbaloi? Sebab ada lobster yang kalau korang makan kat restoran luar hotel, mau 3-4 ratus.Jadi buffet ni sangatlah berbaloi untuk korang celebrate apa-apa event dengan insan istimewa, kadang-kadang bukan selalu belanja makan lebih sikit kaaann đŸ«° đŸ€—

29/06/2025

Kubur Berbau Wangi?

1. Al-Quran dan keberkatannya.

Semua bersepakat al-quran akan menjadi pembela, peneman di alam kubur dan hari kiamat. Sesiapa sahaja boleh menjadi ahli alquran, wlupun ia bukanlah lahir dari sistem tahfiz seperti kita fahami. Namun sekiranya seseorang itu benar-benar ikhlas dan konsisten bersama alquran, membacanya, mempelajarinya, cuba menghafaznya, menyampaikannya dan menjadikan quran sebagai rujukan di dalam kehidupannya, maka insha Allah dia termasuk dalam ciri-ciri ahli alquran

2. Tulisan tangan al-quran (Tahriri)

Al-quran ditulis ayat demi ayat, adalah satu rutin harian bagi pelajar tahfiz, ia dinamakan sebagai tahriri. Perkara ini bukan sesuatu yang baru atau “terlalu istimewa”.

3. Kubur berbau wangi.

S**a mahupun tidak, setuju mahupun tidak, bau wangi yang mungkin datang dari kubur, bukanlah perkara yang boleh menyelamatkan kita di akhirat.
Mencium, mengambil tanah kubur tidak akan selamatkan kita di akhirat kelak. Paling selamat, kita tidak menerima sepenuhnya dan tidak menolak sepenuhnya, tetapi kunci utamanya ialah kita mesti BERSEDERHANA dalam semua keadaan dan ketika, kerana akhirnya, hanya Allah SWT yang benar-benar tahu akan nasib setiap makhlukNya. Cukuplah mendoakan buat si mati. Tiru amalan soleh beliau, tidak cukup berasa sedih semata-mata.

4. Talbis iblis (belitan iblis)

Antara kaedah yang para ulama ajar ialah menutup jalan-jalan yg blh bawa ke syirik. Maka, jika kita tahu atau menyaksikan sendiri mungkin sesuatu peristiwa yang “istimewa”, cukuplah sekadar ia menjadi pedoman dan ingatan buat diri sendiri dan orang terdekat untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik, bukannya utk disebarkan umum tanpa kawalan dan peringatan, lebih-lebih zaman teknologi yang menakutkan ini, tiada tapisan melainkan dengan ilmu yang sahih dan iman yang lurus.

Iblis makhluk dan musuh kita yang amat licik. Ia mungkin datang membelit dalam bentuk yang disangka baik dan ibadah, namun hakikatnya ia adalah tipudaya iblis untuk menarik manusia perlahan-lahan ke lembah khurafat dan seterusnya pintu syirik.

Cium tahriri, mencium tanah, membawa tanah kubur pulang dan seumpamanya, bibit-bibit inilah yang digemari iblis dan gerombolannya.

Maka, jalan yang paling selamat untuk kita pulang berjumpa dengan Allah, ialah membersihkan akidah dan kepercayaan kita dari segala bentuk khurafat, syirik dan inovasi di dalam agama.

Lihatlah amalan almarhumah Nurly, iaitu beliau berdamping dan melazimi al-quran, menjaga pakaiannya sesuai dengan seorang muslimah.

Malangnya berapa ramai yang sanggup melazimi al-quran tanpa meninggalkannya walau sehari?

Sebaliknya ramai yang rajin pergi cium tahririnya, ambil tanah kubur dan mengganggu keluarganya yang memerlukan masa rehat!!

Lihatlah amalan soleh beliau, bukan bau wangi semata-mata!





09/06/2025

Sebuah kisah “korban” di musim korban.

Tidak ada yang mampu membaca baris terakhir di hujung riwayat.

Namun kita sentiasa mengajar hati ini untuk beriman dengan setiap takdir yang Dia lakarkan.

Nabi berpesan melalui sahabatnya, Anas Bin Malik Radhiyallahu ‘anhu namanya,

“Sabar itu adalah pada pukulan yang pertama”. (Bukhari&Muslim)

Sebelum tibanya pukulan-pukulan yang menanti kita di setiap penjuru kehidupan ini, Nabi yang kita rindui telah meninggalkan ubat-ubatan untuk kita rawat kesan dari pukulan itu.

Semoga Tuhan yang menciptakan kita dan mereka, Tuhan yang mencipta kehidupan dan kematian, mencurahkan rahmat kepada semua pelajar yang telah kembali kepada tanah.



09/06/2025

Sayu hati melihat keratan video di bawah, “junior” kelihatan seolah “kebingungan” melihat “senior” mereka.

Ada satu adab yang saban tahun sebahagian pihak penganjur korban mungkin terlepas pandang. Sedangkan adab ini menggambarkan keindahan syariat islam di dalam proses ibadah korban.

Apakah adab itu? Ada di dalam video.



Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur