17/04/2026
Dalam Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ), huruf pada nombor badan tu memang ada maksud tertentu yang berkait dengan kategori anggota:
RF (Rank and File)
* Maksud: Rank and File
* Digunakan untuk anggota pangkat rendah (konstabel hingga Sub Inspektor tertentu)
* Contoh: RF12345
* Maksudnya anggota biasa (bukan pegawai kanan), termasuk:
* Konstabel
* Lans Koperal
* Koperal
* Sarjan
* Sarjan Mejar
* Sub Inspektor
๐ Istilah ni asalnya dari sistem ketenteraan British, merujuk kepada anggota barisan hadapan (bukan pegawai).
โธป
G (Gazetted Officer)
* Maksud: Gazetted (pegawai yang diwartakan)
* Digunakan untuk pegawai kanan polis
* Contoh: G1234
* Biasanya melibatkan:
* Kump**an Pemerintah ( IGP & DIGP )
* Kump**an Pesuruhjaya ( CP, DCP, SAC, ACP )
* Kump**an Penguasa ( Supt , DSP, ASP, INSP )
๐ โGazettedโ maksudnya pegawai tu dilantik secara rasmi dan diwartakan kerajaan, ada kuasa tertentu di sisi undang-undang.
โโโ
'I' (Inspectorate)
Merujuk kepada Pegawai Kanan Tidak Diwartakan. Kump**an ini dikhaskan untuk pegawai berpangkat Inspektor Percubaan (P/Insp) dan Inspektor (Insp).
___________
๐ Polis Bantuan :
- Anggota biasa PB12345
- Pegawai G/PB12345
๐ Sukarelawan Polis :
- SP12345 ,
- Jawatan SP tidak tetap dan dibayar elaun mengikut jam bekerja.
- - -
ps : gambar sekadar hiasan
06/04/2026
Pengawal keselamatan ini terpaksa hadapi suhu mencecah 37 darjah celcius, panas terik, kering dan bahang. Jika hujan lebat p**a pasti tempias kuat bakal dihadapinya. Semua ini dilaukan mereka demi mencari sesuap nasi untuk diri, anak-anak dan keluarga.
Badan pengurusan perumahan dan syarikat kawalan keselamatan perlu pastikan kebajikan anggota terjaga. Anggota kawalan keselamatan juga terdedah kepada ketidakselesaan, kepanasan dan boleh diserang strok haba dalam kondisi suhu negara tidak menentu.
Pengawal keselamatan bukan robot dan bukan pekerjaan kelas ketiga. Kerjaya ini menjalankan amanah dan tanggungjawab memastikan persekitsran kondusif dan selamat kepada semua. Namun layanan diterima pengawal keselamatan seringkali tidak manusiawi.
Sesiapa yang melihat pekerja kawalan keselamatan dalam kondisi bahaya, tertindas dan diperlakukan macam haiwan sebagaimana gambar di bawah boleh kirimkan rakaman dan gambar serta detail lain seperti lokasi, nama tempat, tarikh dan syarikat (jika ada) ke Persatuan Penguatkuasaan Undang-Undang, Penyiasatan dan Keselamatan Malaysia di www.wasap.my/+601171197113 atau [email protected]
26/03/2026
Selamat Menyambut Hari Polis ke 219 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Semoga terus memperkasakan penguatkuasaan undang-undang dan keadilan kepada masyarakat.
Daripada : Persatuan Penguatkuasaan Undang-Undang, Penyiasatan dan Keselamatan Malaysia
20/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin kepada semua warga badan beruniform dan ahli akademik penguatkuasaan undang-undang, penyiasatan dan keselamatan yang menyambut lebaran di negara ini.
Daripada :
Prof. Madya Arie Dwi Andika
Presiden Persatuan Penguatkuasaan Undang-Undang, Penyiasatan & Keselamatan Malaysia (MALEISA)
serta seluruh warga MALEISA
19/02/2026
Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak kepada semua warga Penguatkuasaan Undang-Undang, Penyiasatan dan Keselamatan beragama Islam di Malaysia.
Semoga Ramadan kali ini memberi semangat kepada semua anggota Penguatkuasaan Undang-Undang, Penyiasatan dan Keselamatan menjalankan tugas dengan penuh semangat dan akauntabiliti dan menjadi kebajikan kepada diri.
Ikhlas daripada :
Prof. Madya Arie Dwi Andika
Presiden Persatuan Penguatkuasaan Undang-Undang, Penyiasatan & Keselamatan Malaysia
Serta seluruh warga Persatuan Penguatkuasaan Undang-Undang, Penyiasatan & Keselamatan Malaysia
01/02/2026
Tahniah kepada Presiden Persatuan Penguatkuasaan Undang-Undang, Penyiasatan dan Keselamatan Malaysia Profesor Madya Arie Dwi Andika atas penganugerahan 'Profesor Madya' (Associate Professor) sempena Majlis Konvokesyen ke-13 International University College of Management and Sports - ICMS pada 31 Januari 2026 disaksikan oleh Pengerusi ICMS Yang Berbahagia Laksamana (B) Tan Sri Dato' Sri Mohd Anwar bin Haji Mohd Nor juga merupakan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Profesor Madya Arie Dwi Andika juga merupakan Presiden Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association.
Persatuan Penguatkuasaan Undang-Undang, Penyiasatan dan Keselamatan Malaysia akan kekal memperkasakan bidang Penguatkuasaan Undang-Undang, Penyiasatan dan Keselamatan dalam sistem akademik pengajian tinggi di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Master kepada masyarakat supaya bermanfaat terhadap Sistem Keadilan Jenayah di negara ini.
10/01/2026
Paspot dan kad pengenalan warga Malaysia baharu memiliki ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi dan berkualiti tinggi.
Sumber : Kementerian Dalam Negeri (KDN)
10/01/2026
๐๐จ๐ข๐ง ๐๐ฎ๐ซ ๐๐๐๐ข๐ง๐๐ซ: ๐๐จ๐จ๐ฌ๐ญ ๐๐จ๐ฎ๐ซ ๐๐๐ฐ ๐๐ง๐๐จ๐ซ๐๐๐ฆ๐๐ง๐ญ ๐๐๐ซ๐๐๐ซ ๐ฐ๐ข๐ญ๐ก ๐๐ฑ๐ฉ๐๐ซ๐ญ ๐๐ง๐ฌ๐ข๐ ๐ก๐ญ๐ฌ!
Title: ๐๐ก๐ ๐๐ฆ๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ๐๐ง๐๐ ๐จ๐ ๐๐จ๐ฆ๐ฉ๐๐ญ๐๐ง๐๐ ๐ข๐ง ๐ ๐๐๐ฐ ๐๐ง๐๐จ๐ซ๐๐๐ฆ๐๐ง๐ญ ๐๐๐ซ๐๐๐ซ
Date: ๐๐ ๐๐๐ง๐ฎ๐๐ซ๐ฒ ๐๐๐๐
Time: ๐๐:๐๐ ๐๐
Speaker: Associate Professor ๐๐ซ๐ข๐ ๐๐ฐ๐ข ๐๐ง๐๐ข๐ค๐
Associate Professor Arie Dwi Andika II is a seasoned expert in law enforcement, investigation, and security, currently serving as Chairman of the Malaysia Law Enforcement, Investigation and Security Association (MALEISA) and persue his Ph.D in Law at
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). This webinar will provide practical and career-focused insights into essential competencies, legal interpretation, and professional standards required in the law enforcement field.
๐๐๐ ๐ข๐ฌ๐ญ๐๐ซ ๐ง๐จ๐ฐ ๐ญ๐จ ๐ฌ๐๐๐ฎ๐ซ๐ ๐ฒ๐จ๐ฎ๐ซ ๐ฌ๐ฉ๐จ๐ญ ๐๐ง๐ ๐๐จ๐จ๐ฌ๐ญ ๐ฒ๐จ๐ฎ๐ซ ๐ฅ๐๐ฐ ๐๐ง๐๐จ๐ซ๐๐๐ฆ๐๐ง๐ญ ๐ฌ๐ค๐ข๐ฅ๐ฅ๐ฌ ๐ฐ๐ข๐ญ๐ก ๐ข๐ง๐ฌ๐ข๐ ๐ก๐ญ๐ฌ ๐๐ซ๐จ๐ฆ ๐๐ง ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ฒ ๐๐ฑ๐ฉ๐๐ซ๐ญ!
Clickโก๏ธ https://forms.gle/FdgivBsc9UiANXS36
Refer : https://www.facebook.com/share/17rHrFiqn8/?mibextid=wwXIfr International University College of Management and Sports - ICMS
01/01/2026
Salam Tahun Baharu 2026
Fokus tahun ini ๐
1. Penyelidikan
2. Penerbitan
3. Pendidikan
4. Latihan
5. Memperkasakan ilmu dan kerjaya penguatkuasaan undang-undang, penyiasatan dan keselamatan.
www.lawenforcement.com.my