Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu

Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu
Perpustakaan Negara Malaysia

06/08/2026

๐Ÿ“œ ๐‘ท๐‘ถ๐‘ซ๐‘ช๐‘จ๐‘บ๐‘ป ๐‘ด๐‘จ๐‘ต๐‘ผ๐‘บ๐‘ฒ๐‘น๐‘ฐ๐‘ท ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐’€๐‘ผ: ๐‘ฒ๐‘จ๐‘น๐’€๐‘จ-๐‘ฒ๐‘จ๐‘น๐’€๐‘จ ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ด๐’๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ญ๐‘จ๐‘ต๐‘บ๐‘ผ๐‘น๐‘ฐ: ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ท ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ด๐‘ฐ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘น๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ผ๐‘ญ๐‘ฐ ๐‘จ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ต๐‘ผ๐‘บ๐‘จ๐‘ต๐‘ป๐‘จ๐‘น๐‘จ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ณ๐‘ผ๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘จ๐’๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ด๐‘จ๐‘ต๐‘ผ๐‘บ๐‘ฒ๐‘น๐‘ฐ๐‘ท ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐’€๐‘ผ

Ayuh bersama-sama menyingkap pemikiran sufi agung Nusantara melalui khazanah manuskrip Melayu dalam Podcast Manuskrip Melayu bertajuk โ€œKarya-Karya Hamzah Fansuriโ€.

Perkongsian menarik ini akan disampaikan oleh YBrs. Dr. Yusri bin Mohamad Ramli, Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

๐Ÿ“… 11 ๐‘ถ๐’ˆ๐’๐’” 2026 (๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’”๐’‚)
โฐ 10.00 ๐’‘๐’‚๐’ˆ๐’Š โ€“ 12.00 ๐’•๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’‰ ๐’‰๐’‚๐’“๐’Š
๐Ÿ“บ ๐‘บ๐’Š๐’‚๐’“๐’‚๐’ ๐’๐’‚๐’๐’ˆ๐’”๐’–๐’๐’ˆ ๐’Ž๐’†๐’๐’†๐’“๐’–๐’”๐’Š ๐’€๐’๐’–๐‘ป๐’–๐’ƒ๐’† ๐‘ท๐‘ต๐‘ด ๐‘ป๐‘ฝ ๐‘ช๐’‰๐’‚๐’๐’๐’†๐’ https://www.youtube.com/live/qgaPmPG7EBU
๐Ÿ“œ ๐’†- ๐‘บ๐’Š๐’‹๐’Š๐’ ๐’‘๐’†๐’๐’š๐’†๐’“๐’•๐’‚๐’‚๐’ ๐’…๐’Š๐’”๐’†๐’…๐’Š๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐’Œ๐’†๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐’”๐’†๐’Ž๐’–๐’‚ ๐’‘๐’†๐’”๐’†๐’“๐’•๐’‚
๐Ÿ“š ๐‘ท๐’‚๐’Ž๐’†๐’“๐’‚๐’ ๐‘ต๐’‚๐’”๐’Œ๐’‰๐’‚๐’‰ ๐‘ฏ๐’‚๐’Ž๐’›๐’‚๐’‰ ๐‘ญ๐’‚๐’๐’”๐’–๐’“๐’Š turut berlangsung pada 3โ€“31 Ogos 2026 di aras 11, Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu

Jangan lepaskan peluang untuk mengenali dengan lebih mendalam karya, pemikiran dan sumbangan Hamzah Fansuri dalam perkembangan tradisi keilmuan serta tasawuf di Alam Melayu.

Koleksi manuskrip Melayu ini boleh dirujuk di Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu (PKMM), Aras 11, Menara PNM, Perpustakaan Negara Malaysia.
โœจ Khazanah ilmu warisan bangsa, terus dipelihara untuk generasi masa hadapan.





Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu mempunyai koleksi manuskrip Melayu sebanyak 5,405 sehingga tahun 2026. Antara bidang k...
22/07/2026

Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu mempunyai koleksi manuskrip Melayu sebanyak 5,405 sehingga tahun 2026. Antara bidang keagamaan yang terkini adalah koleksi kitab-kitab dalam bidang tasawuf. Kitab-kitab ini membincangkan ilmu tasawuf dan pelbagai aspek keimanan kepada Allah SWT, termasuk usaha mendekatkan diri kepada-Nya, penyucian jiwa dan hati, pengamalan sifat zuhud, pembentukan akhlak mulia serta panduan menjalani kehidupan berlandaskan ajaran Islam.

Manuskrip ini boleh dirujuk di Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu (PKMM), Aras 11, Menara PNM, Perpustakaan Negara Malaysia.

Untuk mengakses koleksi manuskrip Melayu dalam bentuk digital boleh layar pautan https://myrepositori.pnm.gov.my/

โœจ Khazanah ilmu warisan bangsa, terus dipelihara untuk generasi masa hadapan.





๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐–๐š๐œ๐š๐ง๐š ๐Œ๐š๐ง๐ฎ๐ฌ๐ค๐ซ๐ข๐ฉ ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ฒ๐ฎ ๐๐ข๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐ˆ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Œ๐š๐ง๐ฎ๐ฌ๐ค๐ซ๐ข๐ฉ ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ฒ๐ฎ: ๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ƒ๐ข๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ญPerpustaka...
14/07/2026

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐–๐š๐œ๐š๐ง๐š ๐Œ๐š๐ง๐ฎ๐ฌ๐ค๐ซ๐ข๐ฉ ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ฒ๐ฎ ๐๐ข๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐ˆ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Œ๐š๐ง๐ฎ๐ฌ๐ค๐ซ๐ข๐ฉ ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ฒ๐ฎ: ๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ƒ๐ข๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melalui Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu (PKMM) PNM telah menganjurkan Program Wacana Manuskrip Melayu Bilangan 1/2026: Ilustrasi Dalam Manuskrip Melayu: Warisan Yang Perlu Diangkat secara dalam talian pada 14 Julai 2026 (Selasa) jam 2.30 hingga 4.30 petang di platformYoutube PNM TV Channel pautan https://youtube.com/live/fALOH03ggc8?feature=share

Program wacana kali ini menampilkan YBrs. Dr. Farouk Yahya Mantan Penyelidik Bersekutu dari Jabatan Sejarah Seni dan Arkeologi, SOAS, Universiti London. Di sebalik helaian manuskrip Melayu, tersembunyi dunia visual yang penuh makna. Wacana kali ini dengan objektif:

(i) Mengupas dan menonjolkan kepentingan ilustrasi dalam manuskrip Melayu sebagai khazanah warisan budaya dan seni bangsa;

(ii) Menghuraikan peranan ilustrasi dalam menyampaikan pemikiran, kepercayaan dan kehidupan masyarakat Melayu tradisional; dan

(iii) Menggalakkan usaha pendokumentasian dan penyelidikan terhadap manuskrip Melayu yang masih belum diterokai.

Secara keseluruhannya, wacana ini telah menarik minat 721 peserta menyertai secara dalam talian. Peserta turut mengutarakan soalan demi soalan di akhir wacana.





Di sebalik helaian manuskrip Melayu, tersembunyi dunia visual yang penuh makna.Saksikan kupasan menarik dalam Wacana Man...
03/07/2026

Di sebalik helaian manuskrip Melayu, tersembunyi dunia visual yang penuh makna.

Saksikan kupasan menarik dalam Wacana Manuskrip Melayu Bil. 1/2026 bertajuk โ€œIlustrasi dalam Manuskrip Melayu: Warisan yang Perlu Diangkatโ€

๐Ÿ“… Tarikh: 14 Julai 2026 (Selasa)
โฐ Masa: 2.30 petang - 4.30 petang
๐Ÿ“– Penceramah: YBrs. Dr. Farouk Yahya
Mantan Penyelidik Bersekutu
Jabatan Sejarah Seni dan Arkeologi
School of Oriental and African Studies (SOAS), London, United Kingdom.

๐Ÿ“ Platform: Dalam Talian dan PNM TV Channel (YouTube)
https://youtube.com/live/fALOH03ggc8?feature=share

Jangan lepaskan peluang menyelami pesona ilustrasi manuskrip Melayu - warisan lama yang terus berbicara kepada generasi hari ini

Koleksi manuskrip Melayu ini boleh dirujuk di Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu (PKMM), Aras 11, Menara PNM, Perpustakaan Negara Malaysia.
โœจ Khazanah ilmu warisan bangsa, terus dipelihara untuk generasi masa hadapan.




Di sebalik helaian manuskrip Melayu, tersembunyi dunia visual yang ...

Masyarakat Melayu dahulu kala telah lama didedahkan dengan ilmu daripada nenek moyang mereka. Pelbagai petua dan azimat ...
24/06/2026

Masyarakat Melayu dahulu kala telah lama didedahkan dengan ilmu daripada nenek moyang mereka. Pelbagai petua dan azimat telah diperturunkan dan dikongsikan dari generasi ke generasi seterusnya. Manuskrip berjudul Petua Naga, Petua Membina Rumah, Peredaran Naga merupakan di antara salah satu manuskrip Melayu yang sangat menarik kerana petua-petua yang dikongsikan antaranya petua bagaimana untuk menjinakkan gajah hutan, pemberian ubat kepada gajah yang tidak mahu tidur, petua menamakan anak mengikut hari kelahiran serta ubat untuk penyakit paru-paru. Naskhah ini ditulis di atas kertas kadbod tebal berwarna putih coklat yang masih keadaan baik.

Manuskrip ini boleh dirujuk di Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu (PKMM), Aras 11, Menara PNM, Perpustakaan Negara Malaysia.
โœจ Khazanah ilmu warisan bangsa, terus dipelihara untuk generasi masa hadapan.




Khutbah bukan sekadar medium penyampaian mesej kepada jemaah, malah berperanan memastikan nasihat dan panduan disampaika...
20/05/2026

Khutbah bukan sekadar medium penyampaian mesej kepada jemaah, malah berperanan memastikan nasihat dan panduan disampaikan secara teratur, menarik serta berkesan. Penyampaian yang baik mampu memberi keyakinan dan mendorong Jemaah menerima dan menghayati saranan yang disampaikan.

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menyimpan banyak koleksi berkaitan khutbah hari raya Aidiladha yang mengandungi teks khutbah dan doa-doa yang bersesuaian dengan sambutan Aidiladha sebagai panduan dan amalan umat Islam. Berikut dikongsikan 3 (tiga) manuskrip Melayu berkaitan khutbah hari raya Aidiladha dari koleksi PNM.

Manuskrip ini boleh dirujuk di Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu (PKMM), Aras 11, Menara PNM, Perpustakaan Negara Malaysia.

โœจ Khazanah ilmu warisan bangsa, terus dipelihara untuk generasi masa hadapan.




Naskhah manuskrip Melayu koleksi Perpustakaan Negara Malaysia bertajuk Hilayat Puteri Saadong Negeri Kelantan (MSS 5146)...
22/04/2026

Naskhah manuskrip Melayu koleksi Perpustakaan Negara Malaysia bertajuk Hilayat Puteri Saadong Negeri Kelantan (MSS 5146).

Manuskrip ini disalin oleh Daud Abdullah Samah di Selindung Bayu, Patani pada tahun 1835 dan mengisahkan mengenai Puteri Saadong yang cukup terkenal di negeri Kelantan.

Manuskrip ini boleh dirujuk di Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu (PKMM), Aras 11, Menara PNM, Perpustakaan Negara Malaysia.

โœจ Khazanah ilmu warisan bangsa, terus dipelihara untuk generasi masa hadapan.





Naskhah manuskrip Melayu koleksi Perpustakaan Negara Malaysia bertajuk Resipi Masakan Pulau Natuna (MSS 2832) menghimpun...
31/03/2026

Naskhah manuskrip Melayu koleksi Perpustakaan Negara Malaysia bertajuk Resipi Masakan Pulau Natuna (MSS 2832) menghimpunkan pelbagai resipi dan petua masakan tradisional.

Antara resipi yang terkandung termasuk nasi beriani, kurma, kari, dodol, tembusa dan seri kaya Campa.

Manuskrip ini boleh dirujuk di Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu (PKMM), Aras 11, Menara PNM, Perpustakaan Negara Malaysia.

โœจ Khazanah ilmu warisan bangsa, terus dipelihara untuk generasi masa hadapan.





Naskhah manuskrip Melayu koleksi Perpustakaan Negara Malaysia bertajuk Asrar al-din (MSS 2261 (C)) memperkatakan mengena...
25/02/2026

Naskhah manuskrip Melayu koleksi Perpustakaan Negara Malaysia bertajuk Asrar al-din (MSS 2261 (C)) memperkatakan mengenai usul agama Islam berkaitan dengan makrifat Allah SWT serta rukun Islam meliputi syahadah, solat, zakat, puasa, haji yang dikaitkan dengan syariat, tarikat dan hakikat. Antara lain mengupas mengenai maqam fana, martabat ahadiyah dan sebagainya.

Manuskrip ini boleh dirujuk di Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu (PKMM), Aras 11, Menara PNM, Perpustakaan Negara Malaysia.

โœจ Khazanah ilmu warisan bangsa, terus dipelihara untuk generasi masa hadapan.





Pertandingan Mewarna Seni Ragam Hias Mushaf Peringkat Kebangsaan, anjuran bersama Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu (PKM...
24/02/2026

Pertandingan Mewarna Seni Ragam Hias Mushaf Peringkat Kebangsaan, anjuran bersama Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu (PKMM), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM), Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersempena Bulan Ramadan 1447H/2026M.

Pertandingan ini disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan peserta layak untuk mendapat Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan kokurikulum (PAJSK).

โœ…Terdapat 3 kategori penyertaan iaitu:
Kategori A: 7-9 tahun
Kategori B: 10-12 tahun
Kategori C: 13-15 tahun

โœ…Kaedah Pertandingan:
Kategori A dan B: Atas Talian
Kategori C: Secara Bersemuka

โœ…Tempoh Pendaftaran Penyertaan:
24 Februari sehingga 14 Mac 2026

โœ…Tarikh akhir penghantaran hasil mewarna :
14 Mac 2026

โœ…Tarikh Penjurian Kategori A dan B:
16 Mac 2026

โœ…Hadiah Utama:
Pemenang Tempat Pertama Kategori A & B:
RM400 berserta Sijil Pemenang
Pemenang Tempat Kedua Kategori A & B:
RM300 berserta Sijil Pemenang
Pemenang Tempat Ketiga Kategori A & B:
RM200 berserta Sijil Pemenang
Sagu hati Tempat Keempat sehingga Kelapan Kategori A & B:
RM100 beserta Sijil Pemenang

Pemenang Tempat Pertama Kategori C:
RM600 berserta Sijil Pemenang
Pemenang Tempat Kedua Kategori C:
RM500 berserta Sijil Pemenang
Pemenang Tempat Ketiga Kategori C:
RM400 berserta Sijil Pemenang
Sagu hati Tempat Keempat sehingga Kelapan Kategori C:
RM150 beserta Sijil Pemenang

โœ…Jom mendaftar dengan mengimbas kod QR disediakan atau klik pada pautan yang tertera di bawah ini.
https://forms.gle/d4ZJEUBUENLMHWXy8

Untuk maklumat lanjut boleh emelkan kepada:
[email protected] atau di talian: 03-8921 4166

Address

Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Aras 11, Menara PNM, Perpustakaan Negara
Kuala Lumpur
50572

Telephone

0326871854

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category