21/06/2025
π "Anjing hanya menyerang jika diprovokasi" adalah satu mitos yang bercanggah dengan fakta.
Golongan apologis anjing liar cukup beriman dengan ayat tersebut sedangkan sudah berkali-kali manusia diserang, bahkan mati akibat anjing walaupun tanpa provokasi.
Anjing boleh dan memang menyerang tanpa provokasi kerana banyak sebab, antaranya:
𧬠Penyakit atau jangkitan (Rhabies)
π Sifat melindungi kawasan (Territorial)
πΎ Naluri memburu (seperti kejar pelari atau penunggang basikal)
Ataupun tanpa apa-apa sebab yang munasabah atau yang dapat dikenalpasti. Ya lah, nama pun binatang, kalau setiap tindakan mereka itu ada rasional dan hikmah, itu bukan binatang lagi dah.
πΆ Ada mangsa diserang ketika sedang tidur atau tidak buat apa-apa langsung.
Ya β bayi dalam buaian pun pernah diserang secara maut. Itu bukan provokasi.
π Laporan CDC (Sacks et al., Injury Prevention, 2000) menyatakan:
> βDalam banyak serangan anjing yang membawa maut, tiada provokasi dilaporkan dan mangsa sering kali adalah kanak-kanak atau bayi.β
Kajian veterinar lain juga mendapati:
β
Anjing boleh mengalami tekanan bertingkat hingga menyerang secara tiba-tiba.
β
Banyak gigitan berlaku tanpa sebarang provokasi.
- Anjing liar adalah binatang liar
- Binatang liar, tak kisah sama ada anjing ke, ular ke, harimau kumbang ke, mempunyai kemampuan untuk mencederakan manusia
- Oleh itu, tidak ada kasta istimewa antara binatang liar lain, mereka semua adalah ancaman kepada nyawa dan keselamatan awam.
Keratan akhbar yang saya kongsikan termasuklah kes di mana seekor anjing liar ceroboh masuk hospital, curi seorang bayi yang sedang tidur dan ratah bayi tersebut. Mana provokasi?
Lihat jugak kes seorang warga emas di Kunak yang mati dibaham sekumpulan anjing. Ini lagi jelas ada rakaman CCTV yang menunjukkan wanita tersebut tiba-tiba dikerumuni dan diserang sekumpulan anjing tanpa apa-apa provokasi.
Banyak lagi kes, tapi hakikatnya jelas.
Animals are called animals for a reason. If you don't understand that, you are dumber than animals.