Akademi Darul Muhibbin - Program Consultant

Akademi Darul Muhibbin - Program Consultant

Share

Darul Muhibbin - Ke Arah Melahirkan Insan Rabbani http://www.dmuhibbin.com
https://twitter.com/Darul_Muhibbin

Akademi Darul Muhibbin adalah sebuah organisasi perundingan yang menawarkan program pendidikan, latihan, kursus, kelas intensif, dakwah kontemporari dan sebagainya.

Photos from Akademi Darul Muhibbin - Program Consultant's post 22/04/2026

InsyaAllah majlis Taalim Darul Muhibbin setiap Selasa malam dengan membaca kitab Ulama Melayu dan ulama arab sudah bermula.

Jemput datang semua ke Surau Nurul Ehsan Taman Desa Keramat

11/04/2026

InsyaAllah setelah kita menunaikan tanggungjawab puasa dan berterawih di bulan Ramadan, kemudian puasa 6 hari di bulan Syawal...
Mari sama-sama kita kembalikan semangat untuk menambah ilmu kemudian kita beramal dengan ilmu tersebut.

Jemput semua datang ke majlis Taalim Darul Muhibbin setiap Selasa malam Rabu di Surau Nurul Ehsan Taman Desa Keramat.

Photos from Akademi Darul Muhibbin - Program Consultant's post 02/02/2026

Penghargaan & Terima Kasih Pada Semua Yang Membantu
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم تسليما
Alhamdulillah puji syukur pada Allah سبحانه وتعالى yang telah mengizinkan kita adakan program kerjasama dengan pihak masjid jamek kl Sultan Abdul Samad. Kami dari Darul Muhibbin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya pihak VIP dari kalangan barisan umara' iaitu YB Senator Dr Zulkifli Hassan Menteri Jab Perdana Menteri, SS M***i Wilayah Persekutuan KL, Us Tn Fauwaz Fadhil Nor serta Tim M***i Tn Hj Jamali juga barisan ulama' wa bil khusus orang tua kami alhabib Ali Muhammad as-Saqqaf terutama ad-Daie ila Allah alhabib Ali Zainal Abidin alHamid, alhabib Nael Ali Ben Tahir semoga Allah سبحانه وتعالى merahmati kalian semua.
Tidak lupa juga penghargaan yang tinggi pada Ustaz Haris Imam Besar Masjid Jamek KL beserta imamnya Us Abdul Azim yang menyusun program dengan baik. Tidak lupa juga pada Ustaz Masridzi, Ustaz Faiq dan team unit amal Kem Perkid yg sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik hanya Allah سبحانه وتعالى shj yg layak mengganjariNya.
Kepada kump**an Qasidah ahbabul habib, ustaz Abdul Jabbar, Ustaz Hafiz yang menghiburkan hati dengan suara yg lunak dan merdu semoga Allah سبحانه وتعالى tambahkan lg nikmat pada kamu semua.
Sy Ahmad bin Shadan bersyukur kerana mempunyai pengkhidmat di kalangan dewasa lelaki & perempuan serta pelajar Darul Muhibbin yang tidak mampu sy sebut namanya satu persatu...
Ya Allah himpunkan kami nanti bersama para kekasihMu Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat nanti.
امين يارب العالمين

Photos from Akademi Darul Muhibbin - Program Consultant's post 31/01/2026

Program Forum 360°
Hubungan Institusi Agama Islam dan PDRM

Alhamdulillah program berjalan dengan baik dan lancar. InsyaAllah kami sedia membuat program kerjasama dengan mana-mana masjid dan pertubuhan kerajaan atau swasta.

Lokasi : Surau Jumaat ash-Syakirin Keramat Wangsa KL

31/01/2026

Mari kita hidupkan rumah dan masjid kita dengan Amalan Zikir dan Selawat.

Zikir Ratib alAttas, Ratib al-Haddad, al-Ma'thurat, majmu' ash-Syaarif.

Photos from Akademi Darul Muhibbin - Program Consultant's post 31/01/2026

InsyaAllah malam ini 31/1/26, jangan ketinggalan.

Photos from Akademi Darul Muhibbin - Program Consultant's post 23/11/2025

Alhamdulillah syukur pertemuan semalam dengan banyak para pendakwah dari bangsa Cina dan India.

Mereka adalah pendakwah yang bercakap tentang Islam kepada non muslim, turun ke rumah ibadat agama lain.

Mereka turun ke lapangan, ada yg telah mengislamkan seramai +-1000 orang di Sabah dan dalam negara.

Alfaqir ucapkan jutaan terima kasih yg menyokong dakwah alfaqir untuk kita meramah mesra p**a dengan selain bangsa kita. Ucapan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada pihak pengurusan Masjid Muaz Jabal Setiawangsa khususnya Dato' Sri Zakaria Buyong dan akhi Us Banny alBanjari. Khusus kepada team PERKID Datuk Keramat diketuai oleh Us Muhammad Suhaimi dan team, begitu juga pada Bro Shah Kirit selaku President Dakwah Unity Global dan Saudara Bro Hafiz dan team. Ucapan jutaan terima kasih juga pada semua barisan panel yg memberikan input ilmiah sejarah bangsa terutama Dr Ann Wan Seng dan uslub dakwah yg sangat baik oleh Bro Shah Kirit. Perkongsian pengalaman bersama muallaf oleh Ustaz Suhaimi sangat mengujakan para penonton. Diserikan lg dengan kehadiran bersama pendakwah gerakan syahadah Ustaz Fida'udin (anak almarhum Us Fadhli) dan Us Sufian, gerakan ini telah mengislamkan lebih kurang +-2000 orang di Sabah dan Malaysia.
Akhiran ucapan jutaan terima kasih pada semua pengkhidmat dan anak2 tahfiz Darul Muhibbin yg bersama alfaqir yang lemah ini di dalam menggerakkan dakwah Darul Muhibbin (Rumah Para Pencinta) 🥰.

Tulus ikhlas
احمد بن شهدان الحضرمي

21/10/2025

Darul Muhibbin Keramat Mencari Anak Ahli alQuran Sesi 2026

*Izinkan Kami Didik Anak Tuan/Puan*

*Maahad Tahfiz Darul Muhibbin Tmn Keramat*
▪️Hafazan alQuran
▪️Hafazan Hadis Nabi SAW
▪️Free Prog Kelas SPM
▪️Ngaji Fardhu Ain & Kitab
▪️Modul kemahiran TVET

https://Wasap.my/+60182555607/SalamDaftarTahfiz

Photos from Akademi Darul Muhibbin - Program Consultant's post 07/10/2025

Album Maulid Istimewa Rabi'
1. Ustaz Muhammad Darwish
2. Ustaz Syed Putra Haizam Shihabuddin

Photos from Akademi Darul Muhibbin - Program Consultant's post 30/08/2025

Tahniah dan Syabas Darul Muhibbin & Masjid Muaz Bin Jabal Setiawangsa.

Alhamdulillah program FORUM 360 berjalan dengan baik dan lancar.

2 panelis iaitu Tim M***i Wilayah, Tn Hj Jamali serta Tan Sri Ayob Khan Timbalan Ketua PDRM telah bersama dan menyampaikan nasihat dan ceramah kesedaran lebih - lebih lagi perkara yang berkaitan isu negara Malaysia yang dikaitkan dengan rasuah adalah musuh negara Malaysia khususnya pada orang politik, penguatkuan, jabatan2 kerajaan. Sekiranya perkara ini tidak dibendung akan lebih bahayalah negara Malaysia ini.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No 46-2, Jalan Dataran Wangsa, Wangsa Melawati
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00