02/01/2025
Muhammad Syuhairi Irman Bin Mohd Rozi
301609
Kesimpulan: Peranan Malaysia dan Kesan Peperangan Di Palestin
Peranan Malaysia:
Malaysia bersama pertubuhan bukan (NGO) tempatan telah menghantar lebih 5,000 tan bantuan ke Gaza melalui sempadan Rafah, yang memberi manfaat kepada jutaan rakyat Palestin. Selain itu, Malaysia juga bekerjasama erat dengan Pertubuhan Amal Hashemite Jordan (JHCO) dan Pusat Kanser Raja Hussein (KHCC), untuk merawat rakyat Palestin yang menghidap kanser. Terdapat 57 ‘air drops' yang ditaja oleh Kerajaan Malaysia telah berjaya dilaksanakan oleh Tentera Udara Jordan bagi menjayakan usaha ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 100 Kontena Malaysia Dari Kaherah ke Gaza itu yang diketuai Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang. Malaysia bertekad untuk membela nasib penduduk Gaza dan Palestin dalam apa jua keadaan malah kerajaan sentiasa menyusun serta menghulurkan bantuan di pelbagai peringkat membabitkan agensi dan organisasi seperti Mapim.
Kesan Peperangan Di palestin:
Umum menegtahui bahawa, serangan Israel ke atas Gaza mengakibatkan kemusnahan yang meluas, kehilangan nyawa yang tidak terhitung dan krisis kemanusiaan yang berpanjangan, menurut data terkini yang dikeluarkan oleh Forum Antarabangsa Palestin untuk Media. Di samping itu, Angka kematian daripada konflik ini amat mengerikan. Lebih 51,615 orang disahkan meninggal dunia atau hilang, termasuk 41,615 kematian yang merangkumi 16,859 kanak-kanak dan 11,429 wanita. Jelaslah bahawa, kesan perang ini bukan sahaja disebabkan oleh keganasan secara langsung, tetapi juga menyebabkan rakyat kebuluran dan kekurangan rawatan perubatan.
Kesimpulannya, Israel telah menyebabkan ramai penduduk di palestin terpaksa hidup dalam kesusahan demi mempertahankan negara dan agama mereka. Oleh sebab itu, semangat yang ditunjukkan oleh penduduk di Gaza perlu dicontohi oleh semua masyarakat dalam mempertahankan negara mereka daripada dijajah.
https://www.sinarharian.com.my/article/656185/berita/nasional/malaysia-hantar-100-kontena-bantuan-ke-gaza
https://www.sinarharian.com.my/article/689609/global/genap-setahun-perang-gaza-kemusnahan-kematian-dan-krisis-kemanusiaan
Genap setahun perang Gaza: Kemusnahan, kematian dan krisis kemanusiaan
KETIKA dunia memperingati tahun pertama perang di Gaza, statistik yang dikemukakan memberi gambaran pahit tentang betapa dahsyatnya kesan konflik terbabit...
01/01/2025
🔗 Muhammad Nor Hairi Rosli
🔗 301603
Perang Bosnia 1992 yang bermula dengan pengepungan tentera Serbia ke atas bandar ini dan menyebabkan lebih 100,000 orang terbunuh, meninggalkan kesan yang masih terasa hingga kini walaupun beberapa dekad berlalu. Kesatuan Eropah (EU) mengiktiraf kemerdekaan Slovenia dan Croatia pada 15 Januari 1992, namun memberi layanan berbeza terhadap Bosnia-Herzegovina dengan keperluan mengadakan referendum yang keputusannya, rakyat di wilayah bekas Yugoslavia mahukan kemerdekaan.
Serb Bosnia memboikot referendum itu dalam usaha menjadikannya tidak sah dengan alasan kekurangan penyertaan. Di sebalik segala rintangan dan kesukaran, Bosnia-Herzegovina mengisytiharkan kemerdekaan daripada Yugoslavia pada 1 Mac 1992. Beberapa hari selepas negara Balkan itu mencapai kemerdekaan, tentera Serbia mengepung Sarajevo pada 5 April. Pengepungan itu memulakan perang berdarah yang berterusan selama tiga setengah tahun dan meninggalkan tragedi besar dan kenangan yang masih menghantui hingga kini.
Serb menyasarkan kawasan majoriti Islam dengan matlamat untuk mengisytiharkan wilayah Serb Bosnia baharu yang bergabung dengan Serbia. Kira-kira 13,000 askar Serb berada di bukit sekitar Sarajevo dan mengepung bandar itu, menjadikan penduduk Sarajevo sebagai sasaran dengan menggunakan senjata berat dan ringan.
Walaupun Bosnia-Herzegovina menubuhkan pasukan tentera, namun tidak dapat memecahkan kepungan Serb kerana tidak mempunyai senjata dan peralatan yang mencukupi.
Kesan Peperangan
Pengiraan ke atas jumlah kematian akibat dari konflik ini tertakluk pada perdebatan yang terkait dengan politik yang kadang kala dimarakkan dengan unsur menjadi mangsa, daripada para elit daripada pelbagai kumpulan. Perbezaannya sebahagian diakibatkan oleh penggunaan definasi yang tidak konsisten oleh pihak yang boleh dianggap sebagai mangsa perang, di sebabkan penyelidikan hanya mengira jumlah korban di sebabkan kegiatan ketenteraan sementara penyelidikan lain memasukan mangsa-mangsa yangmati akibat kelaparan, kesejukan, penyakit atau keadaan-keadaan peperangan lain. Pengiraan yang lebih besar pada tempoh awal juga diakibatkan ramai mangsa yang terlibat merupakan seorang awam juga tentera di sebabkan koordinasi sistematik yang lemah semasa tempoh peperangan. Awalnya, jumlah kematian pada tahun 1994 dianggarkan sekitar 200,000 oleh Cherif Bassiouni, ketua suruhanjaya pakar PBB yang menyiasat jenayah perang.
Pengalaman berkhidmat di bumi berdarah Bosnia
JENAYAH perang yang berlaku di Bosnia-Herzegovina pernah menjadi perhatian dunia pada 1992 hingga 1995 yang mengorbankan ratusan ribu nyawa tidak berdosa....
30/12/2024
🔗 Muhammad Nor Hairi Rosli
🔗 301603
🔎 Myanmar dikenali sebagai sebuah negara yang bersifat multi-etnik dan pelbagai agama. Wujudnya masyarakat majmuk di negara Myanmar. Agama utama negara ini ialah agama Buddha iaitu Buddha Theravada. Penganut agama Islam merupakan golongan minoriti di negara tersebut. Faktor ini merupakan pemangkin tercetusnya pembasmian kaum Rohingya yang terdiri dari penganut Islam bermula pada tahun 2016.
🔎 Pembunuhan beramai-ramai ini dijalankan secara dua fasa secara tindakan keras. Pembunuhan dan siri penganiayaan berterusan terhadap orang Islam oleh tentera Burma telah berlaku dari Oktober 2016 hingga Januari 2017. Seterusnya, pembantaian ini diteruskan pada Ogos 2017 hingga ke saat ini.
🔎 Dikatakan isu ini timbul adalah kerana identiti masyarakat etnik Rohingya tidak diiktiraf oleh kerajaan Myanmar. Hal ini ditambah lagi, pemberontakan pihak komunis dan etnik menjadikan isu pembantaian etnik ini menjadi tigak begitu penting.
📍Kesan kepada rakyat
🖇️Menjadikan lebih 1Juta rakyat etnik Rohingya melarikan diri ke negara lain. Kebanyakan dari mereka telah melarikan diri ke negara Bangladesh sehinga mampu menjadikan kem pelarian terbesar di dunia.
🖇️Sebahagian besar dari baki tersebut akan pergi ke negara seperti India, Malaysia, Thailand dan bahagian Asia Tenggara yg lain.
🖇️Pihak barat telah menyatakan bahawa tindakan tentera Burma tersebut sebagai pembersihan etnik yg besar iaitu etnik Rohingya.
🖇️ PBB telah menyenaraikan Rohingya sebagai golongan masyarakat yang menerima penindasan paling buruk di dunia. Mereka seperti mengemis di negara lain utk menerima kewujudan dan berlindung dari pembantaian kerajaan sendiri.
🖇️Tempat tinggal dan harta telah dibakar dan dihapuskan sehingga bersih bagi menjayakan operasi besaran untuk menghalau etnik Rohingya ini.
📍 Cara mengatasi
🖇️ Masyarakat antarabangsa perlu memberi sokongan berterusan kepada golongan ini bagi menyuarakan hak kemanusian yang perlu diberi pada mereka.
🖇️ Organisasi besar seperti PBB perlu mendesak kerajaan Myanmar bagi mengubah dasar dan pendirian mereka bagi menyelesaikan konflik ini.
45,000 Rohingya larikan diri dari pertempuran di Myanmar - PBB | Berita Harian
GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa pertempuran semakin memuncak di negeri Rakhine, Myanmar yang dilanda konflik, sekali gus memaksa kira-kira 45,000 minoriti Rohingya melarikan diri.
25/12/2024
✔️Noor Fatin binti Che lah
✔️301621
https://www.sinarharian.com.my/article/701773/berita/cetusan/syria-perjuangan-pembebasan-dan-harapan
Sejak pemerintahan Hafez al-Assad hingga Bashar, rakyat Syria hidup dalam ketakutan, kehilangan hak asasi, dan menghadapi kezaliman yang tidak berperikemanusiaan. Revolusi yang bermula pada tahun 2011 merupakan seruan untuk kebebasan, keadilan, dan maruah. Selama bertahun-tahun, rakyat Syria berjuang tanpa henti meskipun diancam pengeboman, kelaparan, dan kehilangan orang tersayang, menunjukkan keberanian dan tekad mereka melawan kezaliman.
Pemerintahan Bashar al-Assad dikenali dengan kezaliman tanpa batas, di mana ribuan rakyat Syria yang tidak bersalah ditahan di penjara seperti Sadnaya dan diseksa dengan kejam. Banyak keluarga hidup dalam ketidakpastian mengenai nasib orang tersayang yang ditahan. Selepas pembebasan Syria, dunia mula mengetahui rahsia mengerikan rejim Assad, termasuk sel-sel bawah tanah yang gelap dan sempit digunakan untuk menahan dan menyeksa orang awam. Kesaksian mereka yang terselamat membongkar kekejaman yang melampaui imaginasi manusia – penderaan fizikal, psikologi, dan seksual yang mengubah hidup mangsa selama-lamanya.
Kejatuhan rejim Assad membuka lembaran baharu bagi Syria, memberikan harapan untuk masa depan yang lebih cerah. Namun, cabaran besar menanti dalam usaha membina semula negara, menyembuhkan luka-luka lama, dan memastikan keadilan ditegakkan bagi mangsa kezaliman. Masyarakat antarabangsa diharapkan dapat memainkan peranan penting dalam menyokong proses pemulihan dan pembinaan semula Syria.
Peperangan di Syria telah memberikan kesan yang amat besar dan melibatkan pelbagai aspek kehidupan rakyat dan juga negara. Hal ini termasuklah dari aspek :
☑️Kemanusiaan
Kehilangan Nyawa: Ratusan ribu rakyat Syria terbunuh, termasuk kanak-kanak dan wanita.
Pengungsian dan Pelarian: Lebih 13 juta rakyat Syria terpaksa melarikan diri, sama ada sebagai pelarian di luar negara atau terlantar di dalam negara.
Kehilangan Keluarga: Banyak keluarga kehilangan ahli keluarga akibat kematian, penahanan, atau kehilangan tanpa jejak.
☑️Ekonomi
Kemusnahan Infrastruktur: Kemudahan asas seperti sekolah, hospital, dan jalan raya musnah akibat pengeboman.
Kemiskinan Meluas: Ekonomi negara lumpuh, menyebabkan kemiskinan meluas dalam kalangan rakyat.
Kehilangan Pekerjaan: Kebanyakan rakyat kehilangan pekerjaan akibat kemusnahan sektor ekonomi.
☑️Sosial
Trauma Psikologi: Mangsa peperangan, termasuk kanak-kanak, mengalami trauma psikologi akibat pengalaman kezaliman dan kehilangan.
Perpecahan Komuniti: Perang menyebabkan ketegangan etnik dan mazhab, memecahbelahkan masyarakat.
Ketidakpastian Generasi Muda: Ramai kanak-kanak kehilangan akses kepada pendidikan, menyebabkan generasi muda menghadapi masa depan yang tidak menentu.
☑️Politik
Ketidakstabilan Politik: Peperangan berpanjangan menjadikan Syria sebuah negara gagal, dengan konflik berterusan antara kumpulan berbeza.
Campur Tangan Asing: Penglibatan kuasa luar seperti Rusia, Amerika Syarikat, dan Iran menjadikan konflik lebih kompleks dan sukar diselesaikan.
☑️Alam Sekitar
Kemusnahan Alam Sekitar: Pengeboman dan serangan senjata kimia menyebabkan kerosakan alam sekitar yang teruk, memusnahkan tanah pertanian dan mencemarkan sumber air.
Kesimpulan.
Peperangan di Syria telah meninggalkan kesan yang mendalam dan meluas. Pemulihan memerlukan usaha kolektif, baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa, untuk memulihkan keamanan, membina semula negara, dan memastikan keadilan bagi semua mangsa kezaliman.
Syria: Perjuangan, pembebasan dan harapan
KEJATUHAN rejim Bashar al-Assad menandakan berakhirnya lebih lima dekad pemerintahan zalim keluarga Assad, yang meninggalkan luka mendalam dalam sejarah...
25/12/2024
✔️Noor Fatin binti Che lah
✔️301621
Peperangan antara Israel dan Lebanon, terutamanya yang melibatkan Hizbullah, adalah isu yang kompleks yang mempunyai banyak aspek sejarah, politik, dan agama. Perang Lubnan 2006 juga dikenali sebagai PerangIsrael-Hezbollah 2006 dan di Lubnan sebagai Perang Julai dan di Israel sebagai Perang Lubnan Kedua (Ibrani: מלחמת לבנון השנייה , Milhemet Levanon HaShniya), adalah satu konflik bersenjata selama 34 hari di Lubnan dan utara Israel.
Awal pagi Selasa, Israel secara rasmi memulakan operasi darat di selatan Lubnan. Rejim Zionis menyatakan dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sosial X bahawa serangan yang dilakukan adalah terhad dan tertumpu kepada Hizbullah.
Konflik yang berlaku antara Israel dan Lebanon tidak berlaku secara kebetulan. Ini adalah hasil daripada konflik yang lebih besar antara Israel dan negara Arab. Hubungan antara Israel dan negara-negara Arab, termasuk Lebanon, telah terjejas oleh konflik dan konflik sejak penubuhan negara Israel pada tahun 1948. Dalam konteks ini, konflik Israel-Lebanon melibatkan lebih daripada hanya dua negara; ia juga melibatkan kepentingan pelbagai pihak, termasuk negara-negara besar di dunia dan kumpulan radikal seperti Hizbullah.
Kesan peperangan Israel-Lubnan terhadap penduduk awam, terutamanya di Lebanon, adalah satu aspek yang kerap dibincangkan. Serangan darat dan udara menyebabkan banyak kematian, kerosakan infrastruktur, dan krisis kemanusiaan yang berterusan. Penduduk awam biasanya menjadi mangsa utama kekejaman di medan peperangan, dengan wanita, kanak-kanak, dan orang tua yang paling terkesan.
Walaupun terdapat banyak kekejaman dan kegagalan, terdapat juga usaha perdamaian yang dilakukan oleh Israel dan Lebanon untuk mencapai penyelesaian damai. Walau bagaimanapun, dengan adanya pelbagai pihak yang mempunyai agenda yang berbeza, mencapai perdamaian yang menyeluruh adalah satu cabaran yang besar. Langkah ke arah perdamaian mungkin memerlukan komitmen daripada semua pihak, termasuk Israel, Lebanon, negara-negara Arab dan kuasa besar dunia.
Konflik Israel-Lebanon adalah peringatan tentang kerumitan konflik di Timur Tengah, yang mempunyai sejarah yang panjang, matlamat politik yang berbeza, dan kesan kemanusiaan yang besar. Untuk mengakhiri peperangan, lebih daripada sekadar gencatan senjata diperlukan. Ia memerlukan penyelesaian diplomatik yang adil, berdasarkan hak asasi manusia, dan berfokuskan pada perdamaian yang berkekalan.
Israel mulakan serangan darat di Lubnan
BEIRUT - Israel secara rasmi telah memulakan operasi darat di selatan Lubnan, awal pagi Selasa. Dalam satu kenyataan disiarkan di laman sosial X, rejim...
11/12/2024
⚔️ Nurul Aliah Nabilah Binti Mohd Asri
⚔️ 302480
💡Kesimpulan: Peranan Malaysia dan Kesan Peristiwa Black Hawk Down
✍🏻 Peranan Malaysia:
Melalui penglibatannya dalam UNOSOM II, Malaysia memainkan peranan penting dalam misi keamanan PBB di Somalia. Semasa pertempuran sengit di Mogadishu, pasukan tentera Malaysia, terutamanya Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), menyertai operasi menyelamat dan menenangkan. Keberanian dan kecekapan pasukan Malaysia dalam menghadapi keadaan yang sangat berisiko, terutamanya selepas ditembak jatuh helikopter Black Hawk, menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi. Sebagai tambahan kepada meningkatkan reputasi tentera Malaysia di peringkat antarabangsa, penglibatan itu menunjukkan komitmen Malaysia terhadap keamanan global.
✍🏻 Kesan Peristiwa Black Hawk Down:
Peristiwa ini memberi kesan besar kepada beberapa pihak:
Insiden ini memperburukkan ketidakstabilan di Somalia, menyebabkan lebih banyak kematian dan merosakkan kepercayaan rakyat terhadap tentera antarabangsa.
Ia mengubah dasar luar negara Amerika Syarikat, terutamanya mengenai operasi ketenteraan di luar negara, dengan menjejaskan moral pasukan dan reputasi negara.
Ia memberi manfaat kepada Malaysia kerana ia menunjukkan pengiktirafan terhadap keberanian tentera negara dalam operasi antarabangsa, dan ia meningkatkan reputasi tentera Malaysia sebagai pasukan yang berkesan dan berani.
Peristiwa ini menimbulkan keraguan tentang keberkesanan misi keamanan PBB, yang membawa kepada penarikan pasukan dan penutupan misi UNOSOM II.
Secara keseluruhannya, Black Hawk Down menunjukkan betapa pentingnya kerjasama antarabangsa untuk menangani krisis antarabangsa dan betapa pentingnya perancangan dan komunikasi yang berkesan dalam operasi ketenteraan multinasional. Melalui peranan yang dimainkan, Malaysia menunjukkan bahawa ia komited dan berdedikasi kepada usaha keamanan dunia.
11/12/2024
⚔️ Nurul Aliah Nabilah Binti Mohd Asri
⚔️ 302480
💡Kesan Peristiwa Black Hawk Down
Peristiwa ini menunjukkan betapa serius konflik dalaman Somalia, di mana pihak militia sanggup menentang operasi antarabangsa. Selepas itu, Somalia masih berada dalam keadaan tidak stabil, dan perang saudara masih berterusan di sana.
1. Kesan kepada rakyat Somalia
✍🏻 Pertempuran itu membunuh ratusan orang awam, yang menunjukkan kos yang tinggi yang perlu dibayar akibat konflik bersenjata. Kepercayaan orang ramai terhadap pasukan antarabangsa juga merosot selepas peristiwa ini.
2. Kesan kepada Amerika Syarikat
✍🏻 Kehilangan nyawa dan moral:
Dalam kejadian itu, 19 askar Amerika terbunuh dan lebih 70 cedera. Moral tentera Amerika serta rakyatnya sangat terjejas oleh kehilangan ini.
✍🏻 Dasar luar Amerika berubah:
Selepas peristiwa ini, Amerika Syarikat mengubah cara mereka melaksanakan misi keamanan. Kebimbangan tentang kehilangan nyawa dan kegagalan misi membawa kepada pertimbangan semula operasi secara unilateral atau campur tangan bersenjata di negara asing.
✍🏻 Penghinaan antarabangsa:
Gambar askar Amerika yang diseret di jalanan Mogadishu menjadi perhatian global. Ia meletakkan reputasi ketenteraan Amerika Syarikat di bawah tekanan yang ketara.
3. Kesan kepada Malaysia
✍🏻 Pengiktirafan keberanian:
Pasukan tentera Malaysia, terutamanya Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa kerana keberanian mereka. Peranan Malaysia di Somalia menunjukkan bahawa ia boleh memainkan peranan penting dalam usaha keamanan global.
✍🏻 Meningkatkan reputasi tentera Malaysia:
Selepas kejadian ini, tentera Malaysia diiktiraf sebagai kumpulan yang mahir dan boleh bertindak dalam keadaan berisiko tinggi.
✍🏻 Pengajaran operasi ketenteraan:
Terdapat banyak pelajaran yang dipelajari oleh tentera Malaysia daripada peristiwa ini semasa terlibat dalam operasi multinasional, termasuk kepentingan perancangan strategik, komunikasi antara pasukan, dan adaptasi kepada medan perang yang rumit.
4. Kesan kepada Operasi Keamanan PBB
✍🏻 Impak kepada UNOSOM II:
PBB berada di bawah tekanan akibat kegagalan operasi ini. Ia menimbulkan persoalan tentang keupayaan usaha keamanan antarabangsa, terutamanya dalam situasi konflik yang rumit seperti di Somalia.
✍🏻 Penarikan pasukan antarabangsa:
Beberapa negara menarik balik pasukan mereka dari Somalia selepas kejadian itu. Misi UNOSOM II gagal mencapai matlamatnya pada 1995.
5. Pengaruh kepada Industri Hiburan dan Media
✍🏻 Filem dan dokumentari:
Film Black Hawk Down (2001) menggambarkan peristiwa dramatik ini. Filem ini lebih banyak menggambarkan perspektif Amerika, tetapi ia juga mengingatkan orang ramai tentang hakikat peperangan.
6. Kesan Global dan Pengajaran
✍🏻 Kepentingan kerjasama antarabangsa:
Situasi ini menunjukkan betapa pentingnya pasukan multinasional bekerjasama dengan baik untuk memastikan operasi berjalan dengan baik.
✍🏻 Penggunaan teknologi dalam peperangan:
Kejatuhan helikopter Black Hawk mendorong inovasi sistem keselamatan udara kerana ia menunjukkan kelemahan teknologi pertahanan kontemporari.
11/12/2024
⚔️ Nurul Aliah Nabilah Binti Mohd Asri
⚔️ 302480
✍🏻 Latar Belakang Black Hawk Down
Peristiwa "Black Hawk Down" merujuk kepada peristiwa tragis yang berlaku di Mogadishu, Somalia, pada 3 dan 4 Oktober 1993. Ia melibatkan Operation Gothic Serpent, operasi ketenteraan yang bertujuan untuk menangkap Mohamed Farrah Aidid, pemimpin militia Somalia. Operasi itu dilaksanakan oleh pasukan elit Amerika Syarikat, termasuk Rangers dan Delta Force, tetapi berakhir dengan pertempuran sengit apabila militia Somalia menebak jatuh dua helikopter Black Hawk.
Kira-kira 19 askar Amerika terkorban dan lebih 70 cedera dalam pertempuran ini. Dianggarkan ratusan orang terkorban di Somalia, termasuk orang awam.
✍🏻 Penglibatan Malaysia
Melalui penglibatannya dalam misi UNOSOM II (United Nations Operation in Somalia II), Malaysia memainkan peranan penting dalam proses mencapai keamanan di Somalia. Tujuan misi adalah untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan negara yang terjejas akibat perang saudara
Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) adalah sebahagian daripada pasukan keselamatan PBB di Somalia semasa insiden Black Hawk Down. Selepas helikopter Black Hawk ditembak jatuh, mereka ditugaskan untuk membantu pasukan Amerika Syarikat menyelamatkan askar yang terperangkap.
✍🏻 Keberanian Kakitangan Askar Malaysia
Ketika menjalankan misi menyelamat, askar Malaysia menunjukkan keberanian yang luar biasa. Mereka bertempur di kawasan yang berbahaya kerana serangan hendap dan tembakan bertubi-tubi yang dilakukan oleh militia Somalia. Walaupun menghadapi kesukaran logistik dan tahap risiko yang tinggi, operasi menyelamat ini berjaya mengeluarkan beberapa askar Amerika yang terperangkap.
✍🏻 Pengiktirafan Dunia
Amerika Syarikat dan negara lain memuji keberanian dan dedikasi askar Malaysia. Keberanian mereka dalam melaksanakan tugas di medan perang yang sangat mencabar diiktiraf.
✍🏻 Pengajaran daripada Peristiwa
Insiden Black Hawk Down menjadikan kerjasama antarabangsa penting untuk mencapai keamanan. Ia juga menunjukkan bahawa pasukan tentera Malaysia mempunyai profesionalisme dan keberanian yang luar biasa dalam keadaan yang mendesak.
https://www.bharian.com.my/amp/bhplus-old/2015/10/92407/black-hawk-down-kami-tembak-hingga-bangunan-runtuh
13/11/2024
𝐍𝐨𝐫𝐚𝐳𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐈𝐛𝐧𝐮
𝟑𝟎𝟏𝟔𝟐𝟗
https://www.sinarharian.com.my/article/102150/berita/nasional/peristiwa-lahad-datu-sejarah-hitam-malaysia
Artikel ini membincangkan Peristiwa Lahad Datu yang berlaku pada tahun 2013, di mana sekumpulan pengganas Sulu menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah. Insiden ini dianggap sebagai sejarah hitam bagi Malaysia kerana ramai perwira negara gugur dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara.
Kumpulan pengganas yang menggelar diri mereka sebagai '𝐴𝑠𝑘𝑎𝑟 𝐷𝑖𝑟𝑎𝑗𝑎 𝐾𝑒𝑠𝑢𝑙𝑡𝑎𝑛𝑎𝑛 𝑆𝑢𝑙𝑢 𝑑𝑎𝑛 𝐵𝑜𝑟𝑛𝑒𝑜 𝑈𝑡𝑎𝑟𝑎' mendarat di Lahad Datu pada 11 Februari 2013, dengan tujuan menuntut Sabah sebagai wilayah Kesultanan Sulu. Pencerobohan ini mencetuskan konflik bersenjata antara pengganas dan pasukan keselamatan Malaysia, yang mengakibatkan kematian dan kecederaan di kalangan anggota polis dan tentera.
Peristiwa Lahad Datu memberi kesan yang mendalam kepada rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah. Berikut adalah beberapa kesan utama:
𝟏. 𝐊𝐞𝐭𝐚𝐤𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧: Penduduk di kawasan terjejas mengalami ketakutan dan kebimbangan yang tinggi akibat pencerobohan dan pertempuran bersenjata. Ramai yang terpaksa meninggalkan rumah mereka untuk mencari perlindungan.
𝟐. 𝐊𝐞𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐲𝐚𝐰𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐝𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧: Insiden ini mengakibatkan kematian dan kecederaan di kalangan anggota keselamatan dan orang awam. Ini meninggalkan kesan emosi yang mendalam kepada keluarga mangsa.
𝟑. 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧: Peristiwa ini meningkatkan kesedaran tentang pentingnya keselamatan dan pertahanan negara. Ia juga membawa kepada penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) untuk memperkukuhkan keselamatan di kawasan tersebut.
𝟒. 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭: Insiden ini juga menjadi pengajaran tentang pentingnya perpaduan dan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia. Ia mengingatkan rakyat tentang perlunya bersatu padu dalam menghadapi ancaman luar
Semasa Peristiwa Lahad Datu, pihak berkuasa Malaysia mengambil beberapa langkah penting untuk menangani situasi tersebut:
𝟏. 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐭𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧: Pasukan keselamatan Malaysia melancarkan Ops Daulat pada 5 Mac 2013 untuk mengusir pengganas dari Kampung Tanduo. Operasi ini melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bekerjasama untuk menumpaskan penceroboh.
𝟐. 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐥: Sebelum operasi ketenteraan dilancarkan, kerajaan Malaysia cuba menyelesaikan konflik melalui perundingan. Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyatakan bahawa kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara aman.
𝟑. 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐄𝐒𝐒𝐂𝐎𝐌: Selepas insiden tersebut, kerajaan menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) untuk memperkukuhkan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah. ESSCOM bertujuan untuk mencegah sebarang pencerobohan di masa hadapan dan memastikan keselamatan penduduk.
𝟒. 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚𝐚𝐧: Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan pengganas yang bertahan di Lahad Datu. Ini adalah usaha untuk mengurangkan ketegangan dan menyelesaikan konflik secara damai.
12/11/2024
𝗡𝗼𝗿𝗮𝘇𝗹𝗶𝗻𝗮 𝗜𝗯𝗻𝘂
𝟯𝟬𝟭𝟲𝟮𝟵
📊 Kesan Peperangan Terhadap Masyarakat dan Pembangunan🌍
Peperangan bukan sahaja membawa kemusnahan fizikal tetapi juga memberi impak besar kepada masyarakat dan pembangunan sesebuah negara.
1) 𝐊𝐞𝐦𝐮𝐬𝐧𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐟𝐫𝐚𝐬𝐭𝐫𝐮𝐤𝐭𝐮𝐫: Peperangan sering menyebabkan kemusnahan besar kepada infrastruktur seperti jalan raya, bangunan, dan kemudahan awam. Ini mengakibatkan kos pembaikan yang tinggi dan melambatkan proses pembangunan.
2) 𝐊𝐫𝐢𝐬𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚𝐚𝐧: Peperangan menyebabkan kehilangan nyawa dan kecederaan kepada orang ramai. Selain itu juga, mengakibatkan perpindahan penduduk secara besar-besaran, yang membawa kepada krisis pelarian dan masalah sosial yang kompleks
3) 𝐊𝐞𝐬𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢: Peperangan mengganggu aktiviti ekonomi, menyebabkan kemerosotan ekonomi dan peningkatan kadar kemiskinan. Sumber kewangan yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan terpaksa dialihkan untuk tujuan ketenteraan dan pemulihan pasca perang.
4) 𝐈𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐏𝐬𝐢𝐤𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢: Peperangan meninggalkan kesan psikologi yang mendalam kepada mangsa, termasuk trauma, tekanan, dan gangguan mental. Ini memerlukan sokongan psikososial yang berterusan untuk membantu mangsa pulih.
5) 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤: Peperangan boleh membawa kepada perubahan besar dalam struktur sosial dan politik sesebuah negara serta mencetuskan revolusi dan pembentukan negara baru.
12/11/2024
𝗡𝗼𝗿𝗮𝘇𝗹𝗶𝗻𝗮 𝗜𝗯𝗻𝘂
𝟯𝟬𝟭𝟲𝟮𝟵
🌍12 Perang dengan Korban Terbanyak dalam Sejarah🌍
Artikel ini membincangkan peperangan yang menyebabkan jumlah korban jiwa yang sangat tinggi sepanjang sejarah. Berikut adalah ringkasan padat mengenai beberapa perang tersebut:
Perang Kongo Kedua (1998-2003): Menyebabkan 5.4 juta kematian, termasuk akibat penyakit dan kelaparan.
Perang Napoleon (1803-1815): Mengakibatkan antara 3.5 hingga 6 juta kematian.
Perang Tiga Puluh Tahun (1618-1648): Konflik agama di Eropah Tengah yang menyebabkan 8 juta kematian.
Artikel ini juga menyenaraikan perang-perang lain yang turut menyumbang kepada jumlah korban yang besar dalam sejarah dunia.