Taska Perpaduan Taman Sri Rampai WPKL

Taska Perpaduan Taman Sri Rampai WPKL

Share

Operated on 2010. Use the PERMATA curriculum. Nurture young children with learning through play.

Photos from Taska Perpaduan Taman Sri Rampai WPKL's post 23/04/2026

PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT SEMPENA HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA 2026 DI TABIKA PERPADUAN DAN TASKA PERPADUAN

Program Jom Baca Bersama 10 Minit Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2026 ini diadakan secara serentak di semua Tabika Perpaduan dan Taska Perpaduan.

Tarikh : 23 April 20256(Khamis)
Masa : 11.00 - 11.10 pagi
Tempat : Taska Perpaduan Taman Sri Rampai















Photos from Taska Perpaduan Taman Sri Rampai WPKL's post 10/04/2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN HARI JADI KANAK -KANAK TASKA PERPADUAN TAMAN SRI RAMPAI

Tarikh : 10 April 2026 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Taska Perpaduan Taman Sri Rampai
Anjuran : Jawatankuasa Penyelaras Taska Perpaduan (JPTSP) Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Taska telah dilaksanakan dengan jaya dan meriahnnya.

Pelbagai aktiviti turut diakan dalam majlis ini antaranya aktiviti kolaj pelita kanak-kanak, pemberian duit raya daripada ibubapa dan pendidik, sambutan hari jadi, dan pakaian raya terbaik kanak-kanak taska.

Terima kasih diucapkan kepada semua Ajk JPSTSP ibubapa, pendidik dan pembantu pendidik yang bersama-sama untuk bekerjasama dalam menjayakan program ini. Tahniah buat semua.






Photos from Taska Perpaduan Taman Sri Rampai WPKL's post 13/03/2026

LAWATAN PERGIGIAN BIL. 1 TAHUN 2026 TSP TAMAN SRI RAMPAI

Tarikh : 13/03/2026
Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Taska Perpaduan Taman Sri Rampai

Pihak taska telah menerima lawatan daripada pihak Klinik Pergigian Setapak, Kuala Lumpur.

Perisian lawatan:
1) Ceramah pergigian untuk ibubapa
2) Sesi bercerita untuk kanak-kanak
3) Demontrasi cara menggosok gigi
4) Pemeriksaan gigi kanak-kanak

Didalam lawatan ini, kanak-kanak telah diberi tunjuk ajar cara menggosok gigi dengan betul.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Klinik Pergigian Setapak, dan ibubapa yang hadir bagi menjayakan lawatan pergigian ini.




06/03/2026

BERITA BAIK!!!📢📢📢📢

Permohonan kemasukan kanak-kanak ke Taska Perpaduan Taman Sri Rampai bagi tahun 2027 kini telah dibuka.

Sekiranya berminat , ibu bapa boleh muat turun informasi lanjut dan permohonan di link berikut membuat yg berminat boleh:

https://drive.google.com/file/d/10qoQKtNDQxGm-wkP19oEETOw56xfgZe3/view?usp=sharing

Borang yang telah lengkap diiisi beserta dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dihantar ke taska mengikut ketetapan berikut :

🗓️Hari : Isnin - Jumaat (kecuali cuti umum)
🕰️Waktu : 8.30 pagi -11.00 pagi / 3.00 petang -4.30 petang
📍Alamat : Taska Perpaduan Taman Sri Rampai
No 1, Jalan 84/26, Taman Sri Rampai, 53300 Setapak Kuala lumpur
🛑Tarikh tutup prrmohonan : 31 OGOS 2026

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi nombor 03-4143 1420 atau facebook messenger Taska Perpaduan Taman Sri Rampai WPKL

Terima kasih🤗🤗

Photos from Taska Perpaduan Taman Sri Rampai WPKL's post 12/01/2026

Selamat datang diucapkan buat kanak-kanak ke Taska Perpaduan Taman Sri Rampai bagi sesi persekolahan 2026!

Semoga setiap langkah kanak-kanak ke taska ini diberkati , dilimpahi kasih sayang dan semoga pengalaman pembelajaran awal disini menjadi asas yang baik untuk perkembangan mereka.



Photos from Taska Perpaduan Taman Sri Rampai WPKL's post 13/12/2025

KONVOKESYEN DAN PROGRAM PINTAR KREATIF TABIKA/TASKA PERPADUAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TAHUN 2025

Tarikh : 13 Disember 2025 (Sabtu)
Masa : 1.00 petang
Tempat : Dewan Tun Syed Nasir, Jalan Titiwangsa, Kuala Lumpur

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan sangat meriah. Majlis ini diadakan bagi meraikan dan menghargai kanak-kanak yang tabika dan taska yang telah berjaya menamatkan sesi persekolah bagi tahun 2025.

Majlis konvokesyen diserikan dengan pelbagai persembahan daripada kanak-kanak tabika dan taska.

Bagi kanak-kanak TSP Taman Sri Rampai telah mempersembahkan Tarian India. Semua kanak-kanak 4 tahun yang terlibat dengan persembahan telah memberikan persembahan yang terbaik.

Tahniah diucapkan buat semua kanak-kanak 4 tahun yang telah berjaya menamatkan sesi persekolah tahun 2025 dengan jayanya.

Semoga terus berjaya dan terus melakar kejayaan di masa hadapan.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua ibubapa yang hadir dalam menjayakan majlis konvokesyen ini.






Photos from Taska Perpaduan Taman Sri Rampai WPKL's post 12/11/2025

LAWATAN DAN PEMERIKSAAN PERGIGIAN DARI KLINIK PERGIGIAN SETAPAK, KUALA LUMPUR BIL.2 TAHUN 2025

Tarikh : 12 November 2025 (RABU)
Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 PAGI
Tempat : Taska Perpaduan Taman Sri Rampai

Lawatan pergigian ini diadakan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak taska untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan gigi secara terus di taska.

Terima kasih diucapkan kepada doktor dan jururawat pergigian setapak yang telah hadir untuk lawatan dan pemeriksaan pergigian kepada kanak-kanak.






Photos from Taska Perpaduan Taman Sri Rampai WPKL's post 12/11/2025

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TSP TAMAN SRI RAMPAI KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SETAPAK,KUALA LUMPUR TAHUN 2025

Tarikh : 06 NOVEMBER 2025 (KHAMIS)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 TENGAHARI
Tempat : BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SETAPAK, KUALA LUMPUR

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya.Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk kanak-kanak taska, ibu dan bapa.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah :
1)Ceramah keselematan dan kebakaran
2)Drop and roll
3)Menaiki trak bomba
4)Demontrasi memadam api kebakaran

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada jawatankuasa pelaksana program yang terdiri daripada ibubapa kerana berjaya merancang dan melaksanakan program ini sepenuhnya.






Photos from Jabatan Perpaduan Negara Kuala Lumpur's post 10/10/2025
Photos from Taska Perpaduan Taman Sri Rampai WPKL's post 01/10/2025

KEMPEN JOM BACA 10 MINIT DI TASKA PERPADUAN TAHUN 2025

Tarikh : 01 Oktober 2025 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi hingga 11.10 pagi
Tempat : TSP Taman Sri Rampai

Pelaksanaan Kempen Membaca 10 Minit bersempena Karnival Baca Perdana 2025 ini telah melibatkan seramai 20 orang kanak-kanak TSP Taman Sri Rampai.

🌹Kempen ini bertujuan menggalakkan dan menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia

🌹Memperkukuh amalan membaca secara inklusif

🌹Memartabatkan pembacaan sebagai asas pembinaan negara banga, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.



Photos from Taska Perpaduan Taman Sri Rampai WPKL's post 04/09/2025

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TSP TAMAN SRI RAMPAI KE ZOO NEGARA TAHUN 2025

🗓️Tarikh : 04 September 2025 (Khamis)
⏰Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
🐯Tempat : Zoo Negara, Kuala Lumpur

🦓Program lawatan sambil belajar ke Zoo Negara ini merupakan salah satu program yang telah dirancang di dalam takwin tahunan taska bagi tahun 2025.

🐼Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada kanak2 taska untuk meneroka dan mengenali pelbagai jenis haiwan.

👀Selain itu, dengan aktiviti lawatan ini juga, kanak-kanak dapat meningkatkan kefahaman terhadap penggunaan deria dan penghayatan kepada persekitaran.

Semua kanak-kanak, pendidik, pembantu pendidik dan ibubapa/penjaga dapat melihat dan mengenali kehidupan pelbagai jenis haiwan dengan dibantu oleh "Kancil Ranger Tour" daripada pihak zoo negara serta dapat menyaksikan pertunjukan haiwan sebelum program berakhir.

🌹Terima kasih diucapkan kepada ajk jptsp yang menguruskan program lawatan sambil belajar kali ini.






Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

No 1 Jalan 84/26, Taman Sri Rampai
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00