PPKI SK Yaacob Latif 1

PPKI SK Yaacob Latif 1

Share

Laman Rasmi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Yaacob Latif 1

23/01/2026

PPKI SK Yaacob Latif 1 telah dikunjungi oleh 2 pegawai 3PK dari JPWPKL untuk menjalankan Program Prospek kepada guru-guru PPKI SK Yaacob Latif 1.

Semoga dengan kerjasama ini dapat membantu guru-guru berkaitan penggunaan bilik multi sensori kepada MBPK dengan lebih teratur dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

11/09/2025

Persembahan murid-murid PPKI SKYL1 dalam Pertandingan Nasyid, Selawat dan Qasidah SK Yaacob Latif 1 2025 bawah bimbingan Ustazah Norsiah & Cikgu Mohd Shazrin.

Tahniah & syabas diucapkan kepada murid-murid terlibat atas persembahan yang membanggakan.

🎥 Cikgu Nurhuda

22/08/2025

Assalamualaikum WBT

Dukacita dimaklumkan bahawa Cikgu Norsafizah binti Mohamad, guru Pendidikan Khas SK Yaacob Latif 1 telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat yang penuh berkat pukul 5 Pagi tadi.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah SWT, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan bersama para solihin.

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

Photos from PPKI SK Yaacob Latif 1's post 11/06/2025

KEJOHANAN MINI OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS DAERAH BANGSAR/PUDU 2025

Sekalung tahniah diucapkan kepada kontinjen PPKI SK Yaacob Latif 1 diatas kecemerlangan merangkul 2 Emas🥇, 1 Perak🥈dan 3 Gangsa🥉dan rasmi dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan Kategori Sekolah Rendah bagi Kejohanan Mini Olahraga Pendidikan Khas Daerah Bangsar/Pudu 2025 serta Peserta Lelaki Bawah 12 terbaik Kejohanan.

Dedikasi diberikan kepada semua guru terutamanya jurulatih utama cikgu yang bertungkus lumus dari awal tahun melaksanakan Program Jejak Juara SKYL1.

Tidak dilupakan juga kepada guru pengiring, PPM serta sokongan tanpa berbelah bagi yang diberikan oleh Ibu Bapa yang hadir memberikan sokongan.

TAHNIAH! 🏆

Keputusan Penuh:

Peserta Lelaki Bawah 12 Terbaik Kejohanan : Ilham

Emas🥇
1. 100M L12 - Aqeel
2. Lompat Jauh L12- Ilham

Perak 🥈
1. 100M L12- Ilham

Gangsa 🥉
1. 200M L12- Iskandar
2. Lontar Peluru L12- Faiz Naufal
3. Lompat Jauh L12- Aqeel

Photos from PPKI SK Yaacob Latif 1's post 21/04/2025

PROGRAM JEJAK JUARA PPKI SK YAACOB LATIF 1

PPKI SK Yaacob Latif 1 telah menjalankan Program Jejak Juara yang sebahagian daripada inisiatif latihan intensif sukan olahraga khusus buat murid-murid Pendidikan Khas.

Program ini merupakan platform pembangunan atlet PPKI yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat zon, negeri dan kebangsaan. Fokus latihan merangkumi acara larian, lontar peluru, dan lompat jauh — selari dengan keupayaan dan kebolehan individu murid.

Sepanjang sesi latihan, murid-murid didedahkan dengan teknik asas olahraga, disiplin sukan dan semangat kesukanan. Apa yang paling membanggakan ialah semangat juang yang ditunjukkan oleh para atlet walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dari segi fizikal dan emosi.

Program Jejak Juara bertujuan:
• Melatih murid PPKI secara berterusan dan sistematik
• Meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental
• Mendedahkan murid kepada suasana latihan seperti kejohanan sebenar
• Membangunkan keyakinan diri dan daya saing yang sihat

Setinggi-tinggi penghargaan buat:
• Jurulatih dan guru PPKI yang berdedikasi
• Sokongan pihak pentadbir dan ibu bapa
• Murid-murid yang bersemangat waja

Dengan usaha berterusan, kami percaya Juara tidak dilahirkan, tetapi dibentuk melalui latihan dan ketekunan. Jejak Juara bukan sekadar nama, tetapi satu perjalanan ke arah kecemerlangan!



Photos from PPKI SK Yaacob Latif 1's post 21/04/2025

Sambutan pelancaran Hari Kesedaran Autisme Sedunia oleh warga Sk Yaacob Latif Satu.

21/04/2025

Kami warga SKYL1 mengucapkan Selamat Hari Autisme Sedunia.

12/10/2024

Persembahan sorakan perbarisan Rumah Exora untuk Kejohanan Olahraga Tahunan SKYL1 2024 dengan bertemakan buah anggur.

Alhamdulillah Rumah Exora berjaya memenangi perbarisan terbaik bagi tahun 2024, mengekalkan kemenangan yang dicipta pada tahun lalu.

Tahniah kepada semua yang berkerja keras menjayakan.

Photos from PPKI SK Yaacob Latif 1's post 30/09/2024

ENGLISH SCAVENGER HUNT WITH LENOVO

Pada hari Sabtu, 28 September 2024 yang lalu, PPKI SK Yaacob Latif 1 telah menghantar sebanyak 3 pasukan ke English Scavenger Hunt With Lenovo peringkat kebangsaan bertempat di SK Taman Seri Rampai, Kuala Lumpur.

Pertandingan ini ditaja bersama oleh pihak Lenovo serta Soft Education! Foundation. Program ini mewajibkan penggunaan Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam kalangan para peserta.

Alhamdulillah, murid-murid PPKI SK Yaacob Latif 1 yang menyertai telah menunjukkan prestasi yang cemerlang di mana ketiga-tiga pasukan berjaya menamatkan cabaran sebagai pemenang sekaligus membawa pulang pingat gangsa, perak dan emas.

Berikut adalah keputusan penyertaan oleh murid-murid PPKI SKYL1:

Kategori PPKI Sekolah Rendah:

🥇Juara: Group 15
1. MUHAMMAD HARITH HARRAZ BIN MUHAMMAD AZHARI
2. AHMAD A***N HAZIQ BIN AHMAD SUKRI
3. JERUSHA CARALLYN A/P JAYADASS
4. MUHAMMAD FAIZ NAUFAL BIN MOHD FIRDAUS
5. MUHAMMAD IRFAN BIN MUHAMMAD IKHWAN

🥈Kedua: Group 16
1. MUHAMMAD ZIYAD DANISH BIN MUHAMMAD ZAKI
2. PUTRI NUR ALYA BATRISYIA BINTI ISMAIL
3. IMRAN NAEEM BIN MOHD SUHAIMI
4. MUHAMMAD HANEEF BIN HASMAHAFIZI
5. PHICHAET RATTANAKUL

🥉Ketiga: Group 17
1. MUHAMAD FARREL RIFQI BIN HASANUDDIN HAMDANI
2. ADAM ALFAKIH BIN ALA EBRAHIM ABOBAKR AL-FAKIH
3. AIMAN DANIEL BIN KHAIRULNIZAM
4. MUHAMMAD AMMAR FIRAS BIN MUHAMMAD FARID
5. AMMAR LUQMAN BIN MOHD ISMAIL

Tahniah dan syabas diucapkan!

Photos from PPKI SK Yaacob Latif 1's post 02/09/2024

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS MSSWPKL 2024

Pada 27 hingga 29 Ogos 2024 telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSWPKL bertempat di Stadium MSN, Bukit Jalil.

Seramai 4 orang murid dari PPKI SK Yaacob Latif 1 telah terpilih mewakili kontinjen Zon Pudu bagi kejohanan tersebut.

Keputusan penyertaan adalah seperti berikut:

4x100m lelaki 12 tahun:
🏅Penyertaan - Aqeel Ziqri bin Syaharolnizam

Lontar peluru perempuan 12 tahun:
🥉Ketiga - Nur Malikah binti Mahkota Haji

100m perempuan 12 tahun:
🥇Johan - Nur Izdihar binti Ibrahim (rekod baru kejohanan)

200m perempuan 12 tahun:
🥇 Johan - Nur Izdihar binti Ibrahim (rekod baru kejohanan)

Lompat jauh perempuan 12 tahun:
🥇Johan - Nur Izdihar binti Ibrahim (rekod baru kejohanan)

4x100m perempuan 12 tahun:
🥇Johan - Nur Izdihar binti Ibrahim (rekod baru kejohanan)

Nur Izdihar binti Ibrahim melengkapkan pencapaian gemilang dengan dinobatkan sebagai Olahragawati Perempuan 12 tahun bagi kejohanan kali ini.

Secara keseluruhan PPKI SK Yaacob Latif 1 berjaya menyumbangkan sebanyak 4 pingat emas dan 1 pingat gangsa kepada kontinjen Zon Pudu.

Tahniah diucapkan!

Photos from PPKI SK Yaacob Latif 1's post 30/08/2024

SAMBUTAN AMBANG BULAN KEBANGSAAN 2024

Tahniah kepada semua murid PPKI SK Yaacob Latif 1 yang telah hadir dan melibatkan diri dalam Sambutan Ambang Bulan Kebangsaan 2024 SK Yaacob Latif 1 pada hari ini.

Photos from PPKI SK Yaacob Latif 1's post 26/08/2024

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA

Pada 20 Ogos 2024 yang lalu seramai 2 orang murid PPKI SK Yaacob Latif 1 telah menyertai Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya bertempat di SJKC Tsun Jin.

Keputusan penyertaan adalah seperti berikut:

Acara mewarna tahap 1:
🥇Johan - Nur Amanda Danika binti Mohd Fazlie

Acara melukis poster tahap 2:
🥉 Tempat ketiga - Putri Nur Alya Batrisyia binti Ismail

Tahniah dan syabas diucapkan.

Want your school to be the top-listed School/college?

Website

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:00