13/04/2017
Assalammualaikum dan salam sejahtera. AtoLiz Publications telah menerbitkan sebuah novel baru yang berjudul KOLAM HATI DI MERSEYSIDE. Novel setebal 540 halaman ini adalah berkonsep inspirasi kelab bolasepak, cinta, pengorbanan dan kasih sayang keluarga yang digaul menjadi satu karya novel kreatif yang seronok dibaca. Berikut ialah maklumat yang perlu anda ketahui berkenaan novel ini :
TEMA
Bertemakan inspirasi kelab bolasepak, cinta dan kasih sayang keluarga.
KONSEP PENERBITAN
Ia berkonsepkan inspirasi kelab bolasepak terkemuka Liga Perdana Inggeris, LIVERPOOL FC, romantik dan sosial drama. Persoalan tentang kasih sayang dua orang anak yang berpisah mencari ibu bapa kandung yang berbeza latar belakang. Kisah melodrama yang amat menarik untuk dikupas dan pelbagai plot cerita.
OBJEKTIF PENERBITAN
Memberi satu panduan dan nasihat kepada pembaca berkenaan hubungan cinta yang harus dikaji latar belakangnya dan bagaimana dalam hidup ni kita sentiasa memerlukan pertolongan orang lain. Inspirasi semangat kelab bolasepak amat jarang ditonjolkan dalam bentuk bacaan novel. Penerbitan ini akan memberikan satu kelainan dengan jalan cerita yang merangkumi soal kasih sayang keluarga, jodoh, pendidikan dan jenayah sosial masyarakat.
RASIONAL PENERBITAN
Sebagai satu wadah menyampaikan tema inspirasi kelab bolasepak, cinta dan kemanusiaan kepada masyarakat.
Novel ini jika dibeli terus melalui admin AtoLiz Publications :
012 699 3482, anda hanya perlu membayar harga buku RM29.90 termasuk kos pos dan novel itu akan ditandatangani oleh penulisnya sendiri.
Kami juga dalam proses melantik beberapa wakil pengedar yang akan menjual novel ini. Perkara ini akan kami maklumkan setelah mendapat persetujuan bersama.
Ayuh, hubungi kami 012 699 3482 sekarang!