SK Setiawangsa

SK Setiawangsa

Share

SK Setiawangsa is a high prestige goverment school

08/05/2026

🎾 *KEJOHANAN TENIS MSSWPKL 2026* 🎾

✨ *TAHNIAH WARGA SK SETIAWANGSA!* ✨

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada:

πŸ₯ˆ NAIB JOHAN KATEGORI PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN (U12)
🌟 *Fatheya El Hajar binti Mohamad Hakim (UM5)*

atas kejayaan cemerlang dalam Kejohanan Tenis MSSWPKL 2026.

Kejayaan ini sekali gus melayakkan beliau mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Kejohanan MSSM.

Semoga terus berjaya mengharumkan nama sekolah, daerah dan Wilayah Persekutuan di peringkat yang lebih tinggi. Teruskan berusaha dan semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Setiawangsa. πŸ’ͺ🎾



Photos from SK Setiawangsa's post 07/05/2026

Pada hari Khamis 7 Mei 2026, Panitia Pendidikan Islam & Surau As-Syafie SK Setiawangsa dengan kerjasama Masjid Muadz Bin Jabal dibawah program masjid From mosque to School telah berjaya mengadakan satu Ceramah yang bertajuk "Membina Karakter Rabbani, Melangkah dengan Akhlak Islami" khusus kepada murid- murid tahun 6 SK Setiawangsa.

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Murid menghayati nilai Rabbani dalam kehidupan seharian
2. Murid melangkah ke sekolah menengah rengan Akhlak Islami sebagai panduan menghadapi cabaran baharu
3. Murid menjadi contoh teladan kepada rakan sebaya melalui sikap positif dan akhlak mulia.
Penceramah jemputan kali ini Al-Fadhil Ustaz Haji Sabran Jamil bin Ab Razak. Beliau merupakan Panel Assalamualaikum TV Al-Hijrah dan seorang penceramah bebas.

Seramai 438 murid Tahun 6 dan 22 orang guru SK Setiawangsa telah mendapat banyak ilmu dan pengetahuan hasil daripada ceramah yang telah di sampaikan oleh beliau.

Semoga,ilmu yang dicurahkan ini dapat membentuk sahsiah murid yang lebih unggul.

07/05/2026

β™ŸοΈ Sesi Pemilihan Atlet Catur MSSM β™ŸοΈ

Telah berlangsung sesi pemilihan atlet catur MSSWPKL di SMK Wangsa Melawati.

Semoga Afiqah Ainaa (UPM6) terus bersemangat, fokus dan memberikan aksi terbaik sepanjang sesi pemilihan ini πŸ’ͺ✨
Semoga dipermudahkan segala urusan dan berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya β™ŸοΈπŸ†

Photos from SK Setiawangsa's post 06/05/2026

Hari ini telah berlangsung Aktiviti Kokurikulum Kelab dan Persatuan dengan penuh meriah πŸ˜ŠπŸ“š

Murid-murid menunjukkan semangat yang tinggi sepanjang menjalani pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Program ini bukan sahaja memberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman baharu, malah dapat memupuk nilai kepimpinan, kerjasama serta keyakinan diri dalam kalangan warga SKS.

Semoga setiap aktiviti yang dijalankan dapat terus melahirkan murid yang aktif, berdaya saing dan seimbang dalam pelbagai aspek ❀️✨

Photos from SK Setiawangsa's post 05/05/2026

β™ŸοΈπŸ† KEPUTUSAN KESELURUHAN KEJOHANAN CATUR MSSWPKL 2026 πŸ†β™ŸοΈ

Seramai 8 wakil SK Setiawangsa telah menyertai Kejohanan Catur MSSWPKL 2026 yang berlangsung dari 28 April hingga 5 Mei 2026.

Berikut merupakan pencapaian membanggakan wakil SK Setiawangsa yang mewakili Zon Keramat:

πŸ₯‡ Johan Berpasukan Perempuan
β™ŸοΈ Keramat B: Lana Aesya (UPM5)
β™ŸοΈ Keramat B: Afiqah Ainaa (UPM6)


πŸ₯ˆ Tempat Ke-2 Berpasukan Perempuan
β™ŸοΈ Keramat A: Hana Humaira (UKM6)

πŸ₯‰ Tempat Ke-3 Berpasukan Lelaki
β™ŸοΈ Keramat A: Nik Adeeb (UM4)
β™ŸοΈ Keramat A: Rizqi Azziyad (UM5)

πŸ† Pencapaian Individu:

β™ŸοΈ Individu P12 Perempuan
πŸ… Tempat Ke-9: Afiqah Ainaa (UPM6)

---------------------------------------

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua wakil SK Setiawangsa atas pencapaian cemerlang dalam Kejohanan Catur MSSWPKL 2026!

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih para pemain, semangat juang tinggi, sokongan padu guru-guru serta ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.



Photos from SK Setiawangsa's post 03/05/2026

PERATUS KEHADIRAN MURID BULAN APRIL 2026

Tahniah dan syabas kepada semua murid, guru kelas dan ibu bapa atas usaha memastikan kehadiran murid ke sekolah bagi bulan April 2026. πŸ‘

Kehadiran yang konsisten adalah kunci kepada kejayaan dan pembentukan disiplin diri.

Jom kita tingkatkan lagiβ€”setiap hari hadir !!
πŸ“KPI SK SETIAWANGSA : 95.93%

Terima kasih.

UNIT HAL EHWAL MURID
SK Setiawangsa

Photos from SK Setiawangsa's post 30/04/2026

*KEJOHANAN TENIS MSSWPKL 2026*

Seramai 3 orang wakil SK Setiawangsa telah menyertai Kejohanan Tenis MSSWPKL yang telah berlangsung dari 27/4 hingga 30/4 2026 di Kompleks Tenis Titiwangsa,KL.

Mereka adalah :

1. Muhammad Harith Al Fateh bin Mohamad Hakim (UM6)
2. Fatheya El Hajar binti Mohamad Hakim (UM5)
3. Sarah Hannah binti Mohd Haflan (USM5)

Berikut adalah pencapaian atlet dari SK Setiawangsa:

✨ *NAIB JOHAN KATEGORI PEREMPUAN U12* ✨

- Fatheya El Hajar binti Mohamad Hakim (UM5)

Tahniah buat para pemenang Tenis SKS!

Photos from SK Setiawangsa's post 30/04/2026

πŸ“’ MAKLUMAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum Unit Beruniform telah pun berjaya dijalankan pada:

πŸ“… 29 April 2026
πŸ‘¦πŸ‘§ Melibatkan murid Tahun 3, 4, 5 dan 6

Alhamdulillah, aktiviti telah berlangsung dengan lancar dengan kerjasama semua murid yang terlibat.

Terima kasih kepada semua ibu bapa atas sokongan yang diberikan.

Photos from SK Setiawangsa's post 27/04/2026

Tahniah diucapkan kepada murid UPM 6, Izzah Zafeerah binti Mohd Firdaus, yang telah terpilih untuk menyertai Program Nadwah Kepimpinan Islam Generasi Madani Sekolah Rendah Zon 2 Peringkat Kebangsaan 2026.

Semoga penyertaan ini dapat memberi pendedahan yang bermakna serta membentuk jati diri kepimpinan yang cemerlang dalam diri beliau. Pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian ini dan mendoakan agar Izzah terus berjaya serta mengharumkan nama sekolah.


Photos from SK Setiawangsa's post 25/04/2026

πŸŽ–οΈ PROGRAM KURSUS & UJIAN LENCANA KEMAJUAN KERIS EMAS DAN LENCANA WAJIB (BERBASIKAL) πŸŽ–οΈ

Pada hari ini, 25 April 2026 (Sabtu) telah berlangsung Program Kursus & Ujian Lencana Kemajuan Keris Emas dan Lencana Wajib (Berbasikal) bertempat di SK Setiawangsa.

Program ini melibatkan penyertaan daripada 11 buah sekolah, iaitu:
1. SK Setiawangsa
2. SK AU Keramat
3. SK Wangsa Maju R10
4. SK Desa Tun Hussein Onn
5. SK Padang Tembak 1
6. SK Padang Tembak 2
7. SK Setapak
8. SK Setapak Indah
9. SK Fletcher
10. SK Kementah
11. SK Polis Depot

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program termasuk sesi taklimat, ujian lencana, aktiviti berpasukan serta pengukuhan kemahiran asas berbasikal dan kepanduan.

Diharapkan program ini dapat membentuk murid yang berdisiplin, berkemahiran serta berdaya saing selaras dengan semangat kepanduan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, guru pembimbing serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dengan cemerlang. πŸ‘βœ¨

Photos from SK Setiawangsa's post 25/04/2026

Alhamdulillah, Program Keris Emas & Ujian Basikal 2026 SK Setiawangsa telah berlangsung dengan jayanya hari ini! 🚲✨

Terima kasih kepada semua pemimpin pengakap, peserta, dan ibu bapa atas kerjasama serta komitmen yang diberikan sepanjang program ini.

Tahniah kepada para peserta yang telah menunjukkan semangat, disiplin dan usaha terbaik dalam melengkapkan ujian serta aktiviti yang dijalankan πŸ’ͺ

πŸ“Έ Gambar-gambar menarik sepanjang program ada di sini:
https://photos.app.goo.gl/w8D9Wzi8AxuBJK359

Semoga pengalaman hari ini menjadi kenangan bermakna dan terus menyemarakkan semangat kepengakapan dalam diri setiap peserta.

β€œBuat Sehabis Baik” πŸ”₯

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


SK Setiawangsa, Jalan Setiawangsa 13
Kuala Lumpur
54200