NADI PPR Desa Tun Razak

NADI PPR Desa Tun Razak

Share

NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional)

02/10/2024

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera Puan/Tuan,

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, dengan sukacitanya ingin memaklumkan pihak kami (NB FOOD SPECIALIST CENTRE) menjalankan Kursus Latihan Pengendali secara ‘on-line’ & bersemuka.

Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Kursus Latihan Pengendali Makanan, boleh hubungi 018 377 4926 / 018 295 4926 atau email kepada [email protected].

Jemput untuk penduduk di kawasan sekitar sertai Kursus Pengendalian Makanan. Khususnya penduduk PPR Desa Tun Razak

Photos from NADI PPR Desa Tun Razak's post 02/10/2024

Kelas Mengeja telah dijalankan di Nadi kami. Kanak-kanak yang datang ini kami berikan masa untuk mereka belajar apabila setiap kali datang ke sini.

"Education is the passport to the future, for tomorrow belongs to those who prepare for it today." - Malcolm X





Photos from NADI PPR Desa Tun Razak's post 27/09/2024

Malam Cinta Rasul Bandar Tun Razak

Kami telah dijemput bersama dengan MCMC untuk bersama dalam memberi promosi berkenaan Nadi kepada penduduk setempat. Ini merupakan pengalaman yang sangat menarik kerana telah berinteraksi secara langsung bersama dengan pengunjung.

Semoga banyak lagi acara yang mendekatkan komuniti bersama Nadi.





Photos from NADI PPR Desa Tun Razak's post 27/09/2024

Di Nadi ini bukan sahaja berfungsi sebagai pusat komuniti setempat namun lebih daripada itu.

Kami sangat komited untuk menyediakan persekitaran yang selamat. Kanak-kanak ini memerlukan akses kepada teknologi untuk menjadikan mereka mampu beradaptasi dengan perkembangan teknologi semasa. Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan akses pendidikan.

Kami menanti kedatangan anda semua ke Nadi Kami





26/09/2024

Ini adalah ruang dalam bagi Nadi PPR Desa Tun Razak. Nadi ini adalah terbuka untuk kegunaan seisi masyarakat setempat.

Terdapat pelbagai perkhidmatan yang kami tawarkan antaranya adalah:

1. Wifi
2. Bilik Mesyuarat
3. Pemeriksaan Kesihatan
4. Laptop
5. Ruang Belajar
6. Printing, Binding, dan Laminate

Kami menanti kedatangan anda semua ke Nadi Kami





Photos from NADI PPR Desa Tun Razak's post 21/09/2024

Di NADI terdapat beberapa peraturan yang telah digariskan. Anda perlu mengikuti sepanjang berada di dalam NADI

Jika terdapat apa-apa pertanyaan anda boleh ajukan kepada 2 petugas berkenaan iaitu Encik Danial dan Encik Meor

Kami sangat mengalu-alukan kedatangan anda di sini





Photos from NADI PPR Desa Tun Razak's post 21/09/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi semua 🌻✨

Kami di Nadi PPR Desa Tun Razak telah beroperasi sejak daripada 17/9/2024. Jadi jika anda tidak pernah kenal atau dengar berkenaan Nadi. Ini adalah masanya untuk ada bersama kami. Terdapat 2 petugas yang akan membantu anda sepanjang berada di Nadi

Di sini 5 perkhidmatan pintar yang NADI sediakan.





Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


8, Jalan Lingkaran Tengah 2, Desa Tun Razak, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
56000