Smk taman keramat

Smk taman keramat

Share

web master: cikgu kamarul

Photos from Smk taman keramat's post 27/05/2014

Jadual kelas tambahan semasa cuti sekolah 2014. Kehadiran adalah wajin.

Photos from Smk taman keramat's post 22/05/2014

Majlis Bacaan Yasin di Pagi Jumaat. Walaupun cuaca mendung tetap dijalankan😃

Sambutan Hari Guru dan Majlis Perpisahan PK HEM Pn. Yuszah 2014 18/05/2014

Majlis ini diadakan pada 17 Mei 2014 di Kelab Darul Ehsan (KDE) Ampang. Majlis bertujuan meraikan hari guru dan persaraan Pn.Yuszah.

Kursus LADAP VLE Frog 2014 17/05/2014

Kursus Virtual Learning Environment (VLE) Frog telah diadakan pada 17 Mei 2014 di Dewan Amal, SMK Taman Keramat. Kursus ini telah disampaikan oleh JU ICT. Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru untuk membangunkan laman web pembelajaran secara atas talian (maya). Laman web yang disediakan oleh guru-guru boleh dikongsikan bersama seluruh warga sekolah bagi membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Mobile uploads 16/05/2014

Selamat Hari Guru 2014

24/04/2014

Assalam. Bersempena bulan sains dan matematik, kuiz sains akan diadakan secara atas talian (online) melalui laman web https://www.edmodo.com. Kepada murid-murid tingkatan 3 hingga 5 SMKTK yang berminat untuk menyertai kuiz tersebut, sila 'sign up' sebagai 'student' dahulu melalui laman web tersebut. Selepas itu, sila 'add' group '8j4bm9' untuk membolehkan cikgu Kamarul Hafiz untuk mengedarkan soalan kuiz tersebut kepada anda. Tarikh tutup penyertaan ialah pada hari Isnin ( 28 April 2014). Sebarang pertanyaan boleh terus PM saya. Terima kasih.

Edmodo | Where Learning Happens | Sign up, Sign In Edmodo provides a safe and easy way for your class to connect and collaborate, share content, and access homework, grades and school notices. Our goal is to help educators harness the power of social media to customize the classroom for each and every learner

Gambar guru dan staf terbaru 2014 16/04/2014
Mobile uploads 07/04/2014
07/04/2014

Assalamualaikum...
Kepada yang mempunyai anak atau saudara mara lepasan SPM yg ingin melanjutkan pengajian di peringkat diploma secara PERCUMA di Kolej Profesional MARA (KPM), sila isi permohonan di sini http://apponline.mara.gov.my/upimonline/
Syarat minima 3 kredit termasuk BI dan 2 subjek lain dan lulus Maths. Jika BI hanya lulus. ..masih boleh memohon utk buat kursus persediaan (pra diploma). Elaun bulanan RM300 diberikan. Yuran pengajian dibiayai sepenuhnya oleh MARA. Tidak perlu bayar balik selepas tamat belajar. Tarikh tutup permohonan online pada 18 April 2014.

Want your school to be the top-listed School/college?

Website