Bossku CryptoVerse

Bossku CryptoVerse

Share

Sharing latest blockchain technology and industries news.

30/04/2026

Michael Saylor "Saving" BTC?

Lihat gambar dibawah, jumlah BTC yang MSTR beli sejak Januari awal tahun 2026 hingga terkini. Yang rajin guna calculator untuk kira total 2026, boleh share di ruang komen total BTC yang MSTR dan borong ya.🀣Sekilas pandang, anggaran saya mungkin dalam +-135,000 ketul BTC dah MSTR beli sejak Januari 2026.

Dalam tempoh 4 bulan borong +-135,000 BTC atau sekitar 15% daripada total BTC milik MSTR, banyak tu.

Dengan BTC mining reward ketika ini iaitu 3.125/Block selepas halving 2024, jom kita kira berapa total supply BTC baru yang kena mining sejak Januari 2026.

Untuk yang tak tahu, BTC block production adalah sekitar 10 minit/block, 1 block dalamnya ada 3.125 BTC. Simple math, 1 jam=6 block, 1 hari=24 jam.

3.125x6x24=450.

So, current global daily mining rate adalah 450BTC/Day. Cincai anggap sebulan 30 hari, maka untuk Januari hingga April 2026, jumlah BTC baru yang masuk ke circulation adalah 450x30x4=54,000 BTC.

Januari-April 2026, new BTC supply adalah 54000. Januari-April 2026, jumlah BTC yang MSTR dah beli +-135,000 BTC. Boleh nampak jurang supply vs demand disitu?

Tanpa MSTR heavy buying BTC sejak Januari-April 2026, mungkin harga BTC adalah lebih parah berbanding ketika ini.

Nampaknya, kalau nak ada BTC rally, memang terpaksa tunggu hype FOMO dari retail juga la ya, sebab big player tu semua beli melalui OTC kan.🀣 Kesimp**annya, BTC boleh rally ke tak, bergantung kepada retail ada duit lebihan nak join the FOMO ke tak.🀣 Rasa-rasa rakyat seluruh dunia sekarang ni banyak duit ke nak pump BTC nak naik ke paras $100k atau new ATH?

Untuk ketika ini, saya trade altcoin saja ikut signal si Julius tu saja. Untuk BTC, saya masih dengan pendapat the bottom is not in yet. Yang tak tahu siapa Julius tu, boleh baca link posting dibawah.

2026 Pump&Dump Signal

https://www.facebook.com/share/p/18nF4j6s5v/

Penulisan sekadar pendapat peribadi. Not a buy/sell call. NFA.DYOR.

YOUR MONEY=YOUR RESPONSIBILITY.

Photos from Bossku CryptoVerse's post 25/04/2026

2026 Altcoin Pump&Dump Strategy

Antara sebab utama retail masuk "main" crypto adalah risk/reward yang sangat tinggi, setakat nak pump ROI 10-100x tu adalah benda biasa dalam dunia crypto.

Hakikatnya, gameplay altcoin kini dah jauh berubah.

2020-2021 altcoin season, tutup mata beli je apa-apa altcoin, confirm coin akan pump, sebab list jumlah altcoin masa tu masih sangat sikit.

Masuk tahun 2022-2024, jumlah altcoin makin bertambah. Altcoin projek kebanyakannya akan cari influencer/shiller untuk tujuan marketing. Masa 2022-2024, kebanyakan projek akan cari influencer dari US. Nama seperti BitBoy, Lady of Crypto, Crypto Rover, Carl the Moon, Alex Becker, dll, adalah antara influencer dari US yang banyak share altcoin yang pumping 10-100x. Tapi, seiring dengan penguatkuasaan regulator US, CZ dan SBF ditahan pihak berkuasa US, trend US influencer shill altcoin dah semakin kurang. Last big news influencer US shill sh*tcoin tu rasanya pasal Hawk Tuah Girl tu, tu pun dia kemudiannya disiasat oleh FBI dan SEC atas tuduhan ponzi pump&dump.

Lepas tu, rasanya dah tiada nama besar dari US yang berani shill altcoin/memecoin/sh*tcoin dah. Influencer US sekarang pun kebanyakannya dah lebih banyak share pasal kesan makroekonomi/geopolitik/Fed interest rate/FOMC dll, lebih kurang macam influencer kat Malaysia ni juga la.🀣 Bila SC mula ketat, maka kita pun dah tak boleh ses**a hati macam dulu share projek 10x 20x 100x semua tu dah.🀣

Tapi, semua orang tahu, crypto terutamanya altcoin low cap dan altcoin projek baru ni adalah permainan pump&dump, jangan la nak tipu diri sendiri kononnya invest altcoin sebab use case/utility.🀣

Bila projek pump&dump, maka kena la ada influencer/shiller untuk marketing. Tapi, US Malaysia dll negara dah mula ketat dalam seliaan crypto. So, jerung/market maker pun mula la cari influencer dari negara yang masih kurang penguatkuasaan crypto, contohnya negara dari Afrika.

Setakat ini, antara influencer yang saya nampak memang "terbukti" ada kaitan dengan game pump&dump di Binance adalah Mr.Black(Julius), link FB dibawah.

Mr.Black(Julius)

https://www.facebook.com/share/1DPAYKzcLt/

Pendapat peribadi, Mr.Black ni "mungkin" ada link dengan whale/jerung/market maker Binance, sebab dia lebih fokus push altcoin Binance Alpha. Btw, kalau fikir logik pun, tak mustahil Binance mungkin ada bayar dia untuk promote projek altcoin Binance. Binance dll CEX semua bergantung kepada trading fee untuk profit, kalau semua orang jadi hodler pastu dana retail berpecah dalam berjuta-juta altcoin, maka trading volume/coin tentu akan rendah. Nak tak nak, kena ada juga market maker gerakkan chart. Bagaimana market maker nak gerakkan harga? Kena la shill pancing retail masuk game pump&dump mereka. Bila volume dah naik, chart dah gerak, maka seterusnya adalah game "kita tengok siapa yang akan terciduk".🀣 Lihat saja chart MYX COAI RIVER dll, dan yang terbaru RAVE tu, nampak sangat memang tu mainan market maker.

Nak gerakkan chart Altcoin ni sangat senang, marketcap rendah, coin supply p**a mungkin dimonopoli oleh sesetengah pihak, jerung/whale/market maker modal kecil pun dah boleh gerakkan chart dah. BTC ni p**a marketcap tinggi, pastu banyak big player, bukan senang nak gerakkan chart BTC. Untuk altcoin, memang market maker senang nak main, tapi untuk BTC, nak gerakkan chart tu perlukan modal yang sangat besar, market maker biasa seperti Binance memang tak akan mampu solo gerakkan chart BTC dengan ketara ya.

Btw, untuk altcoin pump&dump, tak perlu la nak sembang FA&TA ya, kita ikut PA(Pumpamental analisis)🀣. Saya perasan ada Sifu-Sifu dari Malaysia juga ada share coin idea dari page Mr.Black, pastu sembang konon ajar FA&TA.😬 Dulu, PA ni senang je, cari low cap altcoin, projek team/marketing kuat, partner kuat, ada sikit use case, ada kaitan dengan news, maka dah boleh cuba hold main pump&dump dah. Tapi, sekarang ni, jumlah altcoin memang dah terlalu banyak, nak tak nak, memang kita terpaksa ikut "info" dari orang yang "mungkin" ada kaitan dengan insider seperti Binance.

Boleh cuba godek FB Mr.Black tu, hampir semua altcoin dia share tu pumping. Dan CZ juga pernah reply komen/retweet Mr.Black ni. So, untuk yang sedang "lost" bagaimana altcoin pump&dump ni dimainkan, boleh la cuba follow FB dia. 🀣

Dunia crypto sentiasa berubah, jika nak selamat, maka hodl/invest BTC sahaja. Jika nak high risk high return, maka kena la "main" altcoin. 😬 Tapi tu je la, berjuta-juta altcoin dalam market tu, nak invest yang mana 1? Nak tak nak, memang kena ada "insider info" juga la kan?🀣

Btw, saya hanya share apa yang saya nampak dalam altcoin ketika ini, saya tak ajak main pump&dump ya. Untuk saya sendiri, sekarang ni kalau saya nak cari altcoin idea untuk trade fast game, memang saya godek page si Mr.Black ja.😬

Penulisan sekadar pendapat peribadi. Not a buy/sell call.

YOUR MONEY=YOUR RESPONSIBILITY

Photos from Bossku CryptoVerse's post 21/04/2026

Iran - Hormuz - Crypto Scam🀣

Terbaca news, dah ada kapal ditipu konon guna crypto bayar toll nak lalu Selat Hormuz, pastu diserang oleh Iran. Cannot brain, why so naive?🀣

Kalau operator kapal tu ada terbaca posting minggu lepas saya, confirm mereka tak akan terpedaya dengan scam semudah tu.😬 Boleh baca posting minggu lepas.

Hormuz BTC Payment - Hoax

https://www.facebook.com/share/p/1RCg86s55u/

Rasanya operator/kapten kapal tu BTC maxis kot.😬🀣. Nak sangat buktikan crypto adoption kat situ.

Apa-apa pun, krisis masih belum reda di Timur Tengah, semoga peace deal boleh dicapai secepat mungkin.

World peace=crypto rally.πŸš€

Photos from Bossku CryptoVerse's post 18/04/2026

2026 Crypto Gameplay

Trump/Iran:πŸ“‰
Trump/Iran:πŸ“ˆ
Trump/Iran:πŸ“‰
Trump/Iran:πŸ“ˆ

Welcome to Trumponomic 🀣

Btw, saya masih stay dengan pendapat dalam analisis posting minggu lepas, perlu adanya "guarantor" dalam peace deal antara Iran US. Berminat boleh baca posting link dibawah.

China as US - Iran Guarantor?

https://www.facebook.com/share/p/1Lm647xybM/

Apa-apa pun, kita harap peace deal akan tercapai. Kalau keadaan semakin tegang, kos sara hidup kita di Malaysia juga akan turut terkesan.

World peace=crypto rally.πŸš€πŸš€πŸš€

Photos from Bossku CryptoVerse's post 17/04/2026

World Peace - BTC Start Rally?

Good news dari Timur Tengah, BTC terus buat rally.

$80k incoming? Harap si rambut oren tak buat perangai dah la lepas ni.πŸ€”

Btw, gold dan silver juga ikut rally, oil dah mula dump.πŸ€”

Sampai mana sentimen positif akan berterusan? Sama-sama kita nantikan.πŸš€

Photos from Bossku CryptoVerse's post 17/04/2026

US vs China - The Real "Tokenomic" Battle

Untuk yang belum tahu apa itu AI "tokenomic", boleh cuba baca posting lepas dibawah.

What is AI Tokenomic

https://www.facebook.com/share/p/1BGSBh4BSv/

Lihat gambar dibawah. China kini dah mula mendahului US dalam penggunaan AI token. Dunia sekarang dah bergerak ke AI, kerja seharian boleh guna AI, perang pun dah mula guna AI, bahkan jenama kasut seperti Allbirds pun baru-baru ni tiba-tiba umum pivot ke AI. Applikasi AI negara mana yang paling banyak orang guna, maka negara tu la yang akan pegang ekonomi dunia masa depan.

So, persoalannya sekarang, sampai bila hype AI di stock market US sekarang ni akan terus hype? Company di US invest terlalu besar dalam AI, tapi kalau lihat "tokenomic" terkini, adakah modal dilabur tu sepadan dengan p**angan/profit yang dijana setakat ini? Company US invest lebih besar berbanding China dalam applikasi AI, tetapi keuntungan melalui AI tokenomic p**a menunjukkan syarikat China lagi untung banyak.

Jika keadaan earning tidak sepadan dengan modal dilabur berterusan, maka adakah AI hype/bubble di Wallstreet akan meletup?

Jika bubble meletup dan stock market heavy dump, adakah market crypto akan ikut dumping?πŸ€”

Pendapat peribadi, US stock market is due to big correction.

Tiada siapa yang boleh ramal masa depan, so melabur la dengan bertanggungjawab di zaman Trumponomic ini.🀑

Penulisan sekadar pendapat peribadi. NFA. DYOR.

YOUR MONEY=YOUR RESPONSIBILITY.

Photos from Bossku CryptoVerse's post 16/04/2026

2nd Round Iran-US Talks

Chart BTC masih sideway, menunggu news seterusnya dari Iran-US talks?

Minyak di pump station negara kita pun dah mula turun harga semalam, adakah krisis Timur Tengah dah mula reda?πŸ€”

Adakah BTC akan rally ke paras $80k atau dump semula bawah $70k? Sama-sama kita tunggu next Iran-US talks macam mana nanti.

Semoga krisis Timur Tengah akan semakin reda. World peaceπŸš€πŸš€πŸš€

Photos from Bossku CryptoVerse's post 12/04/2026

US Hormuz Blockade - BTC Dump Incoming?

Tepat jam 6am, sesi future trading US bermula, chart BTC terus jatuh. Lihat chart dibawah.

Kita tunggu malam ni Spot market US p**a macam mana, adakah Spot trader juga akan mula dumping BTC?

Macam biasa, BTC dump atau pump semua ikut news si rambut oyen.🀑 Kita tengok adakah US betul-betul akan mula sekat kapal di Selat Hormuz seperti yang Trump "ugut" tu ke tak.

Kalau betul US mula sekat kapal di Selat Hormuz, maka situasi mungkin boleh melarat lebih jauh. Kapal China India Jepun dll kuasa besar yang lalu situ, US akan tahan semua suruh patah balik ke? Kapal India Jepun Korea EU dll yang memang macai US rasanya memang tak akan berani lawan US, negara kecil seperti Malaysia pun memang terpaksa anguk je la kot. Setakat menyuarakan bantahan di UN pastu keluar kenyataan akhbar kondem perbuatan US, rasanya buang masa je kot, US tak kisah pun.

So, kita tengok apa China akan buat lepas ini, dan kita tunggu apa tindak-balas Iran.

Makin banyak uncertainty, maka akan makin senang la BTC untuk dump. Untuk saya, saya masih wait&see saja dulu, saya ada pasang buy order BTC sekitar $57-59k. Biar terlepas kapal, janji jangan floating buy high. 😁

Market rewards patience. Sabar, benda boleh buy cheap, kenapa nak paksa buy high?

Penulisan sekadar pendapat peribadi. NFA. DYOR.

YOUR MONEY=YOUR RESPONSIBILY.

Photos from Bossku CryptoVerse's post 11/04/2026

Hormuz BTC Toll - Hoax🀑🀑

Nampak banyak orang share kononnya Iran akan terima BTC sebagai bayaran toll Selat Hormuz. Betul ke info ni?

Cuba fikir logik, berbaloi ke Iran kenakan toll guna BTC?

Kalau saya Iran, saya tak akan terima BTC atau USD sebagai bayaran toll. Jom analisis.

Lihat chart dibawah, matawang Iran Rial, junam teruk kan? Daripada terima BTC atau USD sebagai toll, baik Iran "paksa" bayaran toll dalam Rial kan? Boleh push naik semula demand/nilai Rial supaya cash(Rial) yang rakyat Iran hold tu pun auto akan bernilai semula kan?

Pastu, cuba fikir. BTC ni kan "traceable". Jika Iran nak salur dana "perang" bagi sekutu Hamas/Hezbollah/Houthi dll, atau nak beli "senjata rahsia" dengan China Russia Korea Utara, takkan nak guna BTC yang traceable? So, collect BTC melalui toll banyak-banyak tapi tak "dapat" guna, apa guna kan?

Pastu Iran ni kan sedang kena sanction oleh US dan dunia barat, contoh, contoh ya, Iran nak beli beras dengan Malaysia guna BTC, Malaysia berani ke nak jual beras kepada Iran kalau US kata tak boleh? Kalau bayar guna BTC, US kan boleh tahu? Kalau beli beras guna medium payment lain, kan lebih senang nak elak dihidu oleh US? So, apa rasional untuk Iran nak collect banyak-banyak BTC?

Pastu, Russia China dan banyak bantu Iran, daripada Iran bantu push nilai BTC dan USD, baik Iran bantu Russia China push demand Ruble dan Yuan kan?

Nak ekonomi negara kuat dan stabil, maka kekuatan dan kestabilan matawang negara itu sendiri kena kuat. So, apa rasional Iran nak push BTC/crypto/USD yang semuanya merupakan dollarization agent? Baik Iran push matawangnya Rial itu kan?

Mungkin ada yang akan terfikir "bagaimana kalau ada kapal yang tak mahu guna Rial dan hanya prefer untuk bayar guna BTC atau USD?" Jawapan sempoi Iran boleh bagi " Kapal anta nak lalu ke tak, itu anta punya s**a la, yang ana tahu, ana hanya terima Rial". Kapal dah tersekat masih banyak songeh. 🀣 Sama kes macam bila Russia kena tendang keluar dari SWIFT dulu, nak beli minyak/gas Russia, boleh je tapi guna Ruble atau Yuan je la, India tu dulu pun selamber Russia "paksa" bayar guna Yuan, buat apa nak terhegeh-hegeh minta bayaran dalam USD/BTC untuk push demand matawang US kan?

Btw, cakap banyak tak guna. Lihat gambar dibawah, keputusan Parlimen Iran kata toll mesti dalam Rial, atau matawang digital yang di-developed bersama Iran. 🀣 Tiada pun perkataan BTC dalam repot Parlimen Iran dan media rasmi Iran. Btw, Ada ke crypto yang developed by Iran? Pendapat peribadi, digital currency yang dimaksudkan oleh Parlimen Iran mungkin adalah stablecoin berasaskan Rial yang akan launch/control by Gov Iran. Stablecoin Rial yang run on blockchain, payment process jadi lebih senang untuk Iran dan pembayar toll nanti. Selain stablecoin Rial, stablecoin Yuan dan stablecoin Omani Rial(matawang Oman)yang launched by Iran juga tidak mustahil menjadi digital currency yang diterima oleh Iran nanti. Iran kan ada kata Iran-Oman akan sama-sama jaga toll Selat Hormuz nanti.

So, dari mana hoax kata Iran akan terima BTC untuk toll Selat Hormuz? Macam biasa, BTC maxis ni selalunya asal nampak digital currency, maka semua mereka akan auto hype-kan jadi BTC untuk push naratif BTC is accepted world wide dan kononnya BTC ni penting. Padahal benda boleh fikir logik dan rasional kelebihan dan kekurangan jika Iran guna BTC vs currency lain.

Setakat yang saya tahu, bayaran toll Yuan melalui Kun Lun Bank guna payment platform China CIPS sahaja yang telah diterima oleh Iran. Untuk yang tak tahu, CIPS ni alternatif untuk SWIFT. SWIFT ni payment settlement layer oleh US, CIPS ni p**a payment settlement layer oleh China. SWIFT tu digelar sebagai "Financial nuclear weapon". Kenapa financial nuclear weapon? Sebab USD ni world reserve currency, nak beli minyak/gas semua kena guna USD(Petrodollar). Kalau tak boleh guna USD, ertinya tak dapat beli minyak/gas. Tanpa minyak/gas, ekonomi/industri sesuatu negara akan hancur. Russia Iran kan dah kena tendang keluar dari SWIFT, so, mereks guna CIPS untuk cross border payment settlement.

Kesimp**an, dalam dunia internet magic money BTC, DONT TRUST - BUT ALWAYS VERIFY IT YOURSELF.

Penulisan sekadar pendapat peribadi. NFA. DYOR.

Photos from Bossku CryptoVerse's post 11/04/2026

Iran-US Talks Will Fail - Waiting for China?

Seluruh dunia sedang tunggu keputusan meeting antara Iran dan US hari ini, market crypto juga sedang sideway menunggu keputusan high profile meeting di Islamabab Pakistan.

Pendapat peribadi, tak akan ada keputusan yang "nyata". Point yang US nak, Iran tak akan dapat fullfill. Point yang Iran nak, sama juga US tak akan dapat fullfill.

Untuk saya, part paling kritikal rasanya adalah pasal guarantor. Iran nak guarantee tidak akan ada lagi serangan oleh Esreil atau US keatas Iran lepas ni, Iran nak permanent peace, bukan sekadar temporary ceasefire. So, persoalan paling kritikal, siapa yang boleh guarantee Esreil dan US tak akan mungkir janji lepas ni? Setakat janji atas kertas Esreil dan US tu, confim Iran tak akan percaya kan? Disini perlunya ada pihak ketiga untuk guarantee Esreil dan US tak akan mungkir janji.

Agak-agak, negara mana yang layak untuk jadi guarantor? Negara yang cukup kuat dari segi ekonomi dan ketenteraan untuk mampu "tahan" US dan Esreil daripada mungkir janji? Negara guarantor mestilah yang boleh memberi ancaman kepada pihak Esreil dan US jika mereka masuk perang secara langsung.

UN, ni dari dulu tiada fungsi.😬EU, yang ni Trump dah cakap paper tiger, pastu Iran pun confirm tak akan percaya geng barat ni akan jadi guarantor yang adil. Russia, ni kira rakan sekutu Iran, cukup kuat dari segi ketenteraan, tapi ekonomi Russia sendiri sedang parah, ditambah lagi dengan Russia sedang sangkut dengan kemelut di Ukraine. India, Jepun, Pakistan, dll, ni semua tak cukup "kuat" untuk tahan US. So, siapa lagi? China.πŸ€” Hanya China sahaja yang layak jadi guarantor yang mampu "tahan" Esreil dan US daripada mungkir janji.

Tapi, adakah China akan masuk jadi guarantor secara "percuma"?πŸ€” Kalau China jadi guarantor, mesti China akan bagi T&C dia p**a kan? Adakah US akan terima T&C China nanti?

So, fikir-fikir punya fikir, saya tetap tak menaruh harapan tinggi pada peace talk kali ini. Pendapat peribadi, war akan bersambung sehingga la US-Iran-China akan dapat capai kata setuju antara T&C mereka masing-masing.

Kesimp**an? Saya target crypto akan dump lagi lepas ni. Apa-apa pun, saya harap analisis saya kali ini salah.😁 Semoga US-Iran akan dapat settle dan capai peace deal kali ini, no more war.

World peace=crypto pump. Dan yang paling penting, jika peace deal tercapai, maka dunia mungkin akan terselamat daripada krisis minyak/tenaga yang mana ada kemungkinan akan melarat menjadi krisis makanan/inflasi dll.

Crypto ini game internet magic money pump&dump ikut news, sentimen market, liquidity, dan Trumponomic. So, pastikan kita peka dengan perkembangan makroekonomi dan geopolitik dunia yang terkini.

Seluruh dunia berdebar-debar, candle BTC tu lagi nervous la kot, sedang pasrah menunggu news nak pump atau dump.🀣🀣

Sama-sama kita tunggu news malam ni. World peace.πŸš€πŸš€πŸš€πŸš€πŸš€πŸš€

Photos from Bossku CryptoVerse's post 10/04/2026

CPI vs War News - Dump or Pump?

Data CPI US terbaru dah keluar(3.3%), lebih rendah daripada expectation(3.4%), tapi jauh lebih tinggi berbanding CPI bulan lepas(2.4%). Lihat gambar dibawah.

Pendek kata, kenaikan minyak dunia dah memberi kesan kepada inflasi di US. Inflasi naik, maka Fed akan susah nak turunkan interest rate.

Tetapi, yang menariknya, market crypto nampak tak terkesan sangat dengan data CPI, malah news PCE semalam pun market tak react banyak sangat.

Ertinya, market sekarang ni fokus kepada 1 benda sahaja, iaitu news Iran-US.πŸ€” Benda logik ya, Fed tu biarpun turunkan interest rate ketika ini, tapi kalau dunia masuk WW3, rasa-rasa market akan pump sebab Fed turunkan interest rate atau market akan dump sebab WW3?

Kesimp**an, untuk ketika ini, kita fokus news geopolitik di Timur Tengah dulu la kot.πŸ€”

Harap akan ada good news dari Islamabab malam ini.

World peace=crypto rally. War=crypto dump.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuala Lumpur
41200