*Walaupun hari ini cuti, semangat para guru kami tidak pernah bercuti.*
Di saat ramai meluangkan masa untuk berehat bersama keluarga, guru-guru kami tetap memilih untuk hadir, mengajar, membimbing dan memastikan ilmu terus disampaikan kepada para pelajar.
Mungkin bagi sesetengah orang, ini hanyalah sebuah kelas tambahan. Namun di sebalik kelas yang berlangsung, ada pengorbanan masa, tenaga, komitmen dan kasih sayang seorang pendidik yang sentiasa mahu melihat anak didiknya berjaya.
Terima kasih buat semua guru yang tidak pernah jemu mendidik, tidak pernah berkira masa, dan sentiasa meletakkan amanah pendidikan di hadapan.
Semoga setiap langkah, setiap penat lelah, setiap ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Maahad Tahfiz Nur Hikmah
๐ณ๐ปโโ๏ธ๐ง๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ธ๐ถ & ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฒ๐บ๐ฝ๐๐ฎ๐ป
๐ซ ๐๐๐ฟ๐ฎ๐บ๐ฎ & ๐ง๐ฎ๐ต๐ณ๐ถ๐ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ฎ๐ป
๐ ๐๐น-๐พ๐๐ฟ๐ฎ๐ป, ๐๐ธ๐ฎ๐ฑ๐ฒ๐บ๐ถ๐ธ, ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ฟ๐ฎ๐ฏ,๐๐ถ๐๐ฎ๐ฏ & ๐๐๐ฆ๐ง ๐ง๐ฅ๐๐๐ ๐ฆ๐ฃ๐
๐ฒ Pendaftaran Pelajar Sesi 2026 ๐๐ป
MAAHAD TAHFIZ NUR HIKMAH ADALAH BERDEKATAN DENGAN STATION TERAKHIR LRT GOMBAK.
Sanah helwah guru kami โค๏ธ
Terima kasih jadi insan yang tak pernah jemu membimbing. Terima kasih sebab sentiasa sabar melayan kerenah kami. Semoga Allah balas segala kebaikan cikgu.
Selepas banyak kali plan takut tak menjadi untuk tagline cikgu "capybara dan kuromi", finally we made it.
Al-khawarizmi sayang cikgu roby! ๐ธ
๐๐ฏ๐ ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฑ๐ถ๐ด๐ฎ๐ป๐๐ถ, ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ฝ ๐๐๐๐ต ๐ฑ๐ถ ๐ต๐ฎ๐๐ถ โค๏ธ
โSurga itu di bawah telapak kaki ibuโ
(HR. Ahmad, Nasaโi, Ibnu Majah)
Surat Luqman Ayat 14:
โDan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapamu dimana ibumu telah mengandungkan mu dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah.
(QS. Luqman: 14)
SPM bab transformasi merangkumi translasi, putaran dan pantulan serta pembesaran. Alhamdulillah selesai untuk tunjuk ajar format SPM.
MashaAllah, tenang sangat bila dapat berselawat bersama anak-anak MATNUH. Momen macam ni yang buat hati rasa damai.
Semoga anak-anak ini terus membesar dalam keberkatan dan cinta kepada Rasulullah ๏ทบ ๐ค
Alhamdulillah, suasana yang cukup tenang dan mendamaikan apabila ruang dipenuhi dengan alunan bacaan Al-Quran. Setiap ayat yang dibaca bukan sekadar dilafazkan di bibir, tetapi mudah-mudahan meresap ke dalam hati, menjadi asbab ketenangan jiwa dan mendekatkan kita kepada Allah.
Di tengah kesibukan dunia, momen sebegini mengingatkan kita bahawa ketenangan yang sebenar sentiasa ada pada kalam-Nya. Semoga setiap huruf yang dibaca menjadi pahala, setiap ayat yang dihayati menjadi pedoman, dan setiap masa yang diluangkan bersama Al-Quran menjadi bekalan untuk kehidupan dunia dan akhirat.
Moga Allah istiqamahkan hati kita semua untuk sentiasa mencintai, membaca, memahami dan mengamalkan isi Al-Quran ๐ค
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Address
Maahad Tahfiz Nur Hikmah, Lot 2330-1-18, Jalan 8 Kampung Tengah Tambahan KM10, Gombak Setia
Kuala Lumpur
53100