Restobawse Academy
Berkongsi info, tips & strategi bisnes makanan dari pakar industri berpengalaman lebih 25 tahun
(Shelby Limited Enterprise)
25/03/2025
OWNER KOYAK, STAF ASYIK BERHENTI KEJA.
Semalam aku gi moreh kat kedai member di shah alam. Baru je sampai tanya khabar terus dia bentak, “Kedai tak stabil la. 2 orang staf berhenti hari ni. Takleh harap betul!”
Lepas aku tanya 3 soalan ni baru dapat jawapan silapnya kat mana…
1/ Macam mana kau buat interview pekerja?
“Macam biasa lah, aku tanya penah keje kat mana, kepakaran dia, berapa gaji dia expect, bila boleh start keje etc” Ini klasik. Takde structure soalan masa time interview. Owner selalu tanya benda yang basic. Benda yg pekerja tu boleh goreng je. Lepas tu owner kedai akan membebel pasal restoran dia. Point interview ialah kita nak tau pasal calon tu, bukan dia nak tau pasal kita.
Tanya soalan subjektif yang perlukan dia untuk berfikir. Contoh:
* Apakah 3 kekuatan dan 3 kelemahan you?
* Cuba ceritakan cara you akan handle customer yang marah?
* Bagaimana hubungan you dengan boss dan staf lain di tempat keje lam?
Dari jawapan dia, baru kita akan tau mindset dan attitude calon tu dan samada dia sesuai utk keje dalam team ke tak.
2/ Kau ada bagi dia panduan bekerja atau SOP bertulis tak?
“Kita memang ada bagi training bila start keje. Tapi secara lisan la, bertulis tu takde” Saya bagi analogi. Bila kita beli benda kat Ikea, dorang akan bagi instruction manual utk kita pasang sendiri. Andai kata takde manual tu, boleh ke kita pasang ke perabut tu?
Jawapannya boleh, tapi benda yg ambil masa 20 minit bila ikut panduan akan jadi 3 jam bila takde.Keje tak efisien, banvak kesilapan, ada yang fed up, ada yang give up. Bina panduan dan SOP untuk senangkan keja dan buat training secara berkala utk upgrade kemahiran dorang.
3/ Macam mana kau bina relationship dengan pekerja?
“Mana ada masa bro nak bina relationship. Anyway dorang tu staf je kot, bukan sedara mara…” Bisnes restoran ni is a team game. Cuba main takraw sorang2. Kau la baling bola, kau la tekong. Memang tak ke mana. Sebagai owner kau leader team ni. Dan sebagai leader tugas dia ialah untuk motivate dan inspire.
Bukan nak suruh peluk cium dia macam family kita tapi sekadar ada respect antara satu sama lain. Manusia ni bila ada respect, bila ada silaturahim, insyallah dia tak benda yang tak baik kat kita.
Point tambahan: Jangan lupa jugak utk sediakan pakej keje yang berbaloi. Selain dari gaji kompetitif, kena bagi jugak benefit bekerja lain mcm kwsp, socso, medical, incentif, bonus harijadi etc (kena kreatif). Baru la staf syok bekerja dan tak lari.
21/02/2025
PELANGGAN PUAS HATI = PELANGGAN KEMBALI = UNTUNG MENINGKAT!! 🚀
Adakah perniagaan anda masih bergelut untuk menarik lebih banyak pelanggan? SOP yang baik bukan sekadar memudahkan kerja, tapi juga jadi rahsia untuk tingkatkan kepuasan pelanggan & keuntungan!
Pemilik restoran atau kafe, ini realitinya:
🍴 Makanan lambat dan tak konsisten, pelanggan marah.
🍴 Order berterabur, kos melambung dan profit takde
🍴 Staf kerja tanpa panduan, operasi kedai huru-hara
🍴 Semua benda kena buat sendiri!
Soalnya, sampai bila nak biarkan ni berlaku?
💡 Kunci rahsia restoran berjaya: SOP yang mantap!
Dengan SOP yang betul, anda boleh:
✅ Kawal kualiti & perkhidmatan tanpa perlu pantau setiap masa.
✅ Kurangkan kesilapan & tingkatkan kepuasan pelanggan.
✅ Latih staff baru dengan cepat – kerja terus jalan!
✅ Tingkatkan untung tanpa pening kepala!
📣 Kami akan tunjukkan CARANYA!
Bengkel Panduan Pembinaan SOP Restoran & Kafe ini direka khas untuk anda:
🔥 Langkah mudah untuk bina SOP yang PRAKTIKAL & POWER.
🔥 Contoh-contoh SOP khusus untuk industri F&B.
🔥 Tips rahsia yang digunakan restoran berjaya untuk automasikan operasi.
🔥 BONUS: Tips untuk tingkatkan sales 15%-20% serta-merta seawal bulan pertama!!
📅 Tarikh : 27 Februari 2025 (Khamis), 9am – 1pm
📍 Lokasi : Kuala Lumpur (sila hubungi kami)
💲 Yuran : RM250 / peserta
🚨 Slot terhad! Jangan biar restoran anda ketinggalan.
Jangan biarkan operasi tidak terurus halang potensi perniagaan anda. Daftar sekarang & lihat perbezaannya.
⚠️ PENTING: Bengkel ini hanya kepada pemilik restoran dan kafe yang serius untuk tingkatkan potensi bisnes mereka sahaja. ⚠️
👉 Klik link dibawah untuk pendaftaran dan info lanjut
https://forms.gle/x9dnGkbfabg15Q6X8
https://forms.gle/x9dnGkbfabg15Q6X8
https://forms.gle/x9dnGkbfabg15Q6X8
13/02/2025
OWNER RESTORAN BUANG RM10K-RM30K SETIAP BULAN SEBAB TAK BUAT BENDA PENTING NI ‼️
💡 Pernah rasa…
• Menu restoran anda tak “wow,” pelanggan kurang tertarik?
• Harga macam tak kena, untung entah ke mana?
• Kos makanan mencanak, tak tahu kat mana salahnya?
🛠️ Jangan Risau, Kami Ada Solusinya!
Kami bawakan Bengkel Pengurusan Menu Restoran KHAS untuk pemilik restoran & kafe yang nak tingkatkan keuntungan dan naikkan prestasi perniagaan mereka 🚀
🌟 Dalam bengkel ini, anda akan belajar:
✅ Cara cipta menu yang pikat hati pelanggan & naikkan jualan
✅ Teknik kira harga yang betul-betul untung (tanpa overprice atau underprice)
✅ Strategi kawal kos makanan supaya margin untung makin gemuk
✨ Kenapa Pengurusan Menu Penting?
Menu adalah “Senjata Utama” dalam perniagaan makanan. Dengan strategi menu yang tepat, anda bukan sahaja boleh menarik lebih ramai pelanggan, tapi juga mengawal kos dan memaksimumkan keuntungan!
📅 Tarikh : 19 Februari 2025 (Selasa), 9am – 3pm
📍 Lokasi : Kuala Lumpur (sila hubungi kami)
💲 Yuran : RM250
🔥 BONUS: EDISI KHAS BULAN RAMADAN 🔥
Kepada pemilik resto yang nak buat all-you-can-eat buffet pada bulan puasa ni kena jaga2. Silap letak harga, anda mungkin akan kerugian teruk. Macam mana nak kira kos makanan untuk letak harga jualan yang sesuai bagi Buffet Ramadan? Kami akan share teknik pengiraan yang betul, style hotel.
🚨 Jangan Pening & Jangan Tunggu Lagi!
Tempat adalah terhad – pastikan anda grab peluang ini SEKARANG! Klik link di bawah untuk daftar sesi bengkel:
👉 Klik >> https://forms.gle/7CmTo2XDBuZDu2rQ6
👉 Klik >> https://forms.gle/7CmTo2XDBuZDu2rQ6
👉 Klik >> https://forms.gle/7CmTo2XDBuZDu2rQ6
08/02/2025
99% owner kedai makan takut sangat nak naikkan / ejas harga produk dorang
1% yang berani, sales >RM200 juta setahun
Hari ni pegi jugak beli sebab harga CEO latte tak naik. Haha
It's all about good communication.
22/01/2025
SALES RESTORAN ADA, TAPI UNTUNG TAK NAMPAK?
💡 Pernah rasa…
• Menu restoran anda tak “wow,” pelanggan kurang tertarik?
• Harga macam tak kena, untung entah ke mana?
• Kos makanan mencanak, tak tahu kat mana salahnya?
🛠️ Jangan Risau, Kami Ada Solusinya!
Kami bawakan Bengkel Pengurusan Menu Restoran KHAS untuk pemilik restoran & kafe yang nak tingkatkan keuntungan dan naikkan prestasi perniagaan mereka 🚀
🌟 Dalam bengkel ini, anda akan belajar:
✅ Cara cipta menu yang pikat hati pelanggan & naikkan jualan
✅ Teknik kira harga yang betul-betul untung (tanpa overprice atau underprice)
✅ Strategi kawal kos makanan supaya margin untung makin gemuk
✨ Kenapa Pengurusan Menu Penting?
Menu adalah “Senjata Utama” dalam perniagaan makanan. Dengan strategi menu yang tepat, anda bukan sahaja boleh menarik lebih ramai pelanggan, tapi juga mengawal kos dan memaksimumkan keuntungan!
📅 Tarikh : 28 Januari 2025 (Selasa), 9am – 3pm
📍 Lokasi : Kuala Lumpur (sila hubungi kami)
💲 Yuran : RM250
🚨 Jangan Pening & Jangan Tunggu Lagi!
Tempat adalah terhad – pastikan anda grab peluang ini sekarang! Klik link di bawah untuk daftar sesi bengkel:
👉 Klik >> https://forms.gle/7CmTo2XDBuZDu2rQ6
🔥 Jadikan perniagaan makanan anda lebih mantap & untung besar mulai hari ini! 🔥
06/01/2025
RESTORAN ANDA PENJARA ANDA!
Mengusahakan restoran ataupun kafe sendiri memang impian ramai orang. Tapi sangat mudah untuk impian itu bertukar jadi mimpi ngeri.
Restoran anda mungkin sudah menjadi "penjara" hidup anda. Berikut adalah 5 petanda utama yang mungkin sedang berlaku tanpa anda sedari:
1. Staf Keluar Masuk Macam Pelanggan
Selang beberapa bulan mesti ada staf yang lari atau berhenti kerja. Sehingga menyebabkan anda sendiri terpaksa masuk untuk ‘cover’ kerja mereka sementara menunggu kemasukan staf baru. Bangun awal pagi, tutup kedai lewat malam, dan masih bawa kerja balik rumah. Jika ini rutin anda, itu petanda besar restoran anda sudah menguasai hidup anda.
2. Semua Keputusan Perlu Kelulusan Anda
Dari perkara besar seperti menu baru hinggalah sekecil memilih warna tisu, semuanya mesti melalui anda. Staf takut untuk buat keputusan sendiri, sebab dorang tahu anda takkan puas hati. Akhirnya, anda terpaksa buat semuanya sendiri.
3. Takut Kepada Perubahan
Setiap kali anda cuba serahkan tanggungjawab kepada staf, anda rasa tak yakin dorang mampu buat dengan betul. Staf cadang menu baru, harga baru, buat konten dan paid ads tapi anda takut nak buat. Jadi, anda kerap campur tangan atau buat semuanya sendiri. Hasilnya? Anda penat, staf anda pun bosan dan buat kerja macam zombie.
4. Restoran Tak Boleh Beroperasi Tanpa Anda
Anda cuba ambil cuti sehari, tapi restoran terus kelam-kabut. Ada saja masalah yang memerlukan anda datang untuk "selamatkan keadaan". Ini jelas menunjukkan bahawa anda adalah "sistem operasi" utama restoran anda.
5. Kerja, Kerja, Kerja!
Anda dan staf anda tiada masa untuk keluarga, hobi, atau sekadar berehat. Kawan-kawan pun dah berhenti ajak keluar sebab mereka tahu anda "sibuk". Anda rasa restoran ini adalah hidup anda, tapi sebenarnya anda telah kehilangan hidup yang lain.
BAGAIMANA NAK KELUAR DARI PENJARA NI?
Kalau anda rasa terkena dengan petanda-petanda di atas, jangan risau! Masih ada cara untuk bebas daripada belenggu ini:
1. Latih dan Percayai Staf
Anda Luangkan masa untuk melatih staf supaya mereka boleh berdikari. Beri mereka peluang untuk buat keputusan sendiri dan tunjukkan keyakinan anda terhadap kemampuan mereka.
2. Delegasi Tugas
Anda bukan superman atau wonder woman. Bahagikan tugas kepada orang lain. Fokus pada perkara yang hanya anda boleh lakukan, dan serahkan selebihnya kepada staf.
3. Gunakan Teknologi
Manfaatkan sistem point-of-sale (POS) moden yang anda boleh monitor dari luar, wujudkan SOP pekerja dan sistem pembelian dan pengurusan stok untuk memudahkan operasi harian.
4. Tetapkan Masa Kerja Yang Jelas
Disiplinkan diri untuk tidak berada di kedai dari pagi hingga ke malam. Tetapkan masa kerja yang fleksibel tetapi teratur, supaya anda ada masa untuk diri sendiri dan keluarga. Elakkan juga perah masa staf anda. Jadualkan kerja 8 jam sehari, 5 hari seminggu je macam orang lain. Dorang pun manusia, bukan robot dan perlukan masa untuk recharge dan recover.
5. Ambil Cuti Dengan Sengaja
Rancang cuti dan pastikan anda tinggalkan tanggungjawab kepada pasukan anda. Mungkin agak sukar pada permulaan tapi dengan latihan secukup nya, restoran anda tak akan runtuh kalau anda hilang sekejap.
01/01/2025
31/12/2024
⚠️ DAH 2025, RESTORAN MASIH TAKDE SOP?? ⚠️
RESTORAN TANPA SOP = MASALAH TANPA HENTI!
Pemilik restoran atau kafe, ini realitinya:
🍴 Makanan lambat, pelanggan marah.
🍴 Order berterabur, kos melambung.
🍴 Anda penat uruskan segalanya sendiri!
Soalnya, sampai bila nak biarkan ni berlaku?
💡 Kunci rahsia restoran berjaya: SOP yang mantap!
Dengan SOP yang betul, anda boleh:
✅ Kawal kualiti & perkhidmatan tanpa perlu pantau setiap masa.
✅ Kurangkan kesilapan & tingkatkan kepuasan pelanggan.
✅ Latih staff baru dengan cepat – kerja terus jalan!
✅ Tingkatkan untung tanpa pening kepala!
📣 Kami akan tunjukkan CARANYA!
Bengkel Panduan Pembinaan SOP Restoran & Kafe ini direka khas untuk anda:
🔥 Langkah mudah untuk bina SOP yang PRAKTIKAL & POWER.
🔥 Contoh-contoh SOP khusus untuk industri F&B.
🔥 Tips rahsia yang digunakan restoran berjaya untuk automasikan operasi.
📅 Tarikh : 7 Januari 2025 (Selasa), 9am – 1pm
📍 Lokasi : Kuala Lumpur (sila hubungi kami)
💲 Yuran : RM250 sahaja
🚨 Slot terhad! Jangan biar restoran anda ketinggalan.
👉 Klik https://forms.gle/x9dnGkbfabg15Q6X8 untuk pendaftaran dan info lanjut
💬 “Restoran tanpa SOP umpama masakan tanpa resipi – haru-biru jadinya!”
https://forms.gle/x9dnGkbfabg15Q6X8
Click here to claim your Sponsored Listing.