SMITI Malaysia

SMITI Malaysia

Share

Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Malaysia

23/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 169,803 calon lepasan SPM dari 235,480 pemohon yang telah ditawarkan tempat ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) menerusi UPUOnline khususnya Alumni SMITI seluruh negara

​Berikut merupakan pecahan keseluruhan tawaran tempat bagi calon mengikut institusi pendidikan tinggi:

πŸ›οΈ Universiti Awam: 91,357 calon
βš™οΈ Politeknik: 60,947 calon
🏫 Kolej Komuniti: 15,844 calon
πŸ’Ό MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT): 1,655 calon

​Semoga langkah baharu ini membuka jalan menuju kejayaan yang lebih cemerlang. Selamat maju jaya buat semua bakal mahasiswa dan mahasiswi!

β€œπŒπžπ¦π›π’π§πš π†πžπ§πžπ«πšπ¬π’ 𝐈𝐬π₯𝐚𝐦 π‘πšπ›π›πšπ§π’β€



22/05/2026

BANTAH UEC : PERTAHANKAN DASAR PENDIDIKAN NEGARA MALAYSIA

β€œπŒπžπ¦π›π’π§πš π†πžπ§πžπ«πšπ¬π’ 𝐈𝐬π₯𝐚𝐦 π‘πšπ›π›πšπ§π’β€



22/05/2026

Jom INFAQ JUMAAT!

SMITI Malaysia membuka peluang kepada kalian untuk merebut pahala berganda di hari jumaat yang penuh keberkatan
dengan menghulurkan sumbangan infaq kepada Dana Pengurusan, Operasi dan Kebajikan SMITI Malaysia.

RM 1.00
RM 5.00
RM 10.00
RM 50.00
RM 100.00
RM 500.00
RM 1,000.00
dan pelbagai amaun kami terima, Alhamdulillah 🀲

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ψ₯ِذَا Ω…ΩŽΨ§Ψͺَ Ψ§Ω„Ψ₯ΩΩ†Ω’Ψ³ΩŽΨ§Ω†Ω Ψ§Ω†Ω’Ω‚ΩŽΨ·ΩŽΨΉΩŽ ΨΉΩŽΩ†Ω’Ω‡Ω ΨΉΩŽΩ…ΩŽΩ„ΩΩ‡Ω Ψ₯ΩΩ„Ψ§Ω‘ΩŽ مِنْ Ψ«ΩŽΩ„Ψ§ΩŽΨ«ΩŽΨ©Ω Ψ₯ΩΩ„Ψ§Ω‘ΩŽ مِنْ Ψ΅ΩŽΨ―ΩŽΩ‚ΩŽΨ©Ω جَارِيَةٍ Ψ£ΩŽΩˆΩ’ عِلْمٍ ΩŠΩΩ†Ω’Ψͺَفَعُ بِهِ Ψ£ΩŽΩˆΩ’ ΩˆΩŽΩ„ΩŽΨ―Ω Ψ΅ΩŽΨ§Ω„ΩΨ­Ω ΩŠΩŽΨ―Ω’ΨΉΩΩˆ Ω„ΩŽΩ‡Ω ‏

Maksudnya: β€œApabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

Terima kasih semua para dermawan. InsyaAllah besar manfaatnya buat kita semua!



Photos from SMITI Subang Bestari Sungai Buloh Selangor's post 22/05/2026

Terus mengorak langkah!

Photos from SMITI Al-Istiqamah, Ipoh, Perak's post 22/05/2026

Ceria sambut hari guru bersama!

Photos from SMITI Sains Bahrul Ulum, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.'s post 22/05/2026

Steady semua!

22/05/2026

Terbaik semuanya!

✨ SELAMAT BERCUTI PENGGAL 1 ✨

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat seluruh warga guru SMITI At-Taqwa atas segala pengorbanan, kesabaran dan komitmen yang dicurahkan sepanjang sesi persekolahan ini. Semoga cuti ini menjadi ruang untuk merehatkan minda, mengukuhkan ukhuwah dan kembali dengan semangat yang lebih segar demi mendidik generasi Rabbani. 🌿

πŸ“Œ Jadual Guru Berkhidmat Semasa Cuti Persekolahan:

πŸ—“οΈ 22 Mei 2026 (Jumaat)
Gotong-Royong Sambutan Hari Guru

πŸ—“οΈ 23 Mei 2026 (Sabtu)
Sambutan Hari Guru

πŸ—“οΈ 28 Mei 2026 (Khamis)
Korban SMITI At-Taqwa (Guru Lelaki)

πŸ—“οΈ 3 – 4 Jun 2026 (Rabu – Khamis)
Kursus Guru

πŸ—“οΈ 5 Jun 2026 (Jumaat)
Jalan-Jalan Kuala Lumpur

β€œGuru bukan sekadar pendidik di hadapan kelas, tetapi pembina jiwa, penggerak ummah dan pencetus masa depan.” 🌟

Terima kasih atas dedikasi antum yang tidak pernah lelah. Semoga setiap langkah dan pengorbanan para guru menjadi saham akhirat yang berkekalan. 🀍

22/05/2026

π’π€π‹π€πŒ π‰π”πŒπ€π€π“

Al-Tirmizi dan Ibnu Majah meriwayatkan hadis daripada Al-Nahhas Bin Qahm, daripada Qatadah, daripada Ibnu Al-Musayyab , daripada Abu Hurairah, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda,

Ω…ΩŽΨ§ مِن Ψ£ΩŽΩŠΩ‘ΩŽΨ§Ω…Ω Ω…Ω† Ψ£ΩŠΨ§Ω… Ψ§Ω„Ψ―Ω‘ΩŒΩ†Ω’ΩŠΨ§ΩŽ Ψ£ΩŽΨ­ΩŽΨ¨Ω‘Ω Ψ₯ΩΩ„Ω‰ΩŽ اللهِ Ψ£ΩŽΩ†Ω’ يُΨͺΩŽΨΉΩŽΨ¨Ω‘Ψ―ΩŽ Ω„Ω‡ ΩΩŠΩ‡Ψ§ Ω…Ω† Ψ£ΩŠΨ§Ω… Ψ§Ω„ΨΉΩŽΨ΄Ω’Ψ±ΩΨŒ ΩŠΩŽΨΉΩ’Ψ―ΩΩ„Ω Ψ΅ΩΩŠΨ§Ω…Ω كُلُّ ΩŠΩŽΩˆΩ’Ω…Ω Ω…ΩΩ†Ω’Ω‡ΩŽΨ§ Ψ¨ΩΨ΅ΩΩŠΩŽΨ§Ω…Ω Ψ³ΩŽΩ†ΩŽΨ©Ω ΩˆΩŽΩ‚ΩΩŠΩŽΨ§Ω…Ω كُلُّ Ω„ΩŽΩŠΩ„Ψ©Ω Ω…ΩΩ†Ω’Ω‡ΩŽΨ§ Ψ¨Ω‚ΩŠΨ§Ω… Ω„ΩŠΩ„Ψ© Ψ§Ω„Ω‚ΩŽΨ―Ω’Ψ±Ω

Maksudnya : "Tiada hari-hari yang paling disukai oleh Allah untuk seseorang melakukkan ibdah kepada-Nya selain 10 hari dalam Zulhijjah. Puasa setiap harinya menyamai puasa setahun, dan qiamullail setiap malamnya menyamai qiamullail pada malam Al-Qadr."

Riwayat al-Tirmizi (758), Ibnu Majah (1728)

Jom perbanyakkan amalan pada bulan Zulhijjah dengan melakukan amalan sunat.

β€œπŒπžπ¦π›π’π§πš π†πžπ§πžπ«πšπ¬π’ 𝐈𝐬π₯𝐚𝐦 π‘πšπ›π›πšπ§π’β€





fans

21/05/2026

Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengejar waktu, sampai terlupa siapa yang pernah mengorbankan seluruh hidupnya untuk membesarkan kita.

Dari dalam kandungan, berjaga malam, menyuap makan, memandikan, menjaga ketika sakit, semuanya dilakukan tanpa meminta balasan. Tetapi bila kita dewasa, kadang-kadang sepatah β€œah” pun mudah terlepas hanya kerana penat atau tergesa-gesa.

Islam mengajar kita supaya menjaga tutur kata dan menghormati mereka walau dalam keadaan apa sekalipun. Kerana akhlak seorang anak kepada ibu bapanya adalah cerminan hati dan imannya.

"Maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'Ah', dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." β€” Petikan Surah Al-Isra’ : 23

Semoga kita semua menjadi anak yang lebih lembut hati, lebih sabar, dan tidak terlambat menghargai insan yang paling banyak berkorban dalam hidup kita. 🀍

Kredit :



Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Kuala Lumpur