Physics4spm

Physics4spm

Share

Hampir 20 tahun pengalaman mengajar subjek fizik. Menyediakan perkhidmatan tuisyen untuk subjek fizik secara 'online' atau 'home tuition'.

Bagi perkhidmatan tuisyen ke rumah ia meliputi kawasan sekitar Wangsa Maju dan Taman Setiawangsa Kuala Lumpur. For those interested in Physics1 to 1 or private group tuition, the class will be held during the following period:

Monday- Friday ( 10am - 10.30pm)
Saturday-Sunday(8am - 10pm)
For more details, u can give Cikgu Ahmad a call at 0172877589.
-----------------------------------------------

24/01/2026

✍️Tips utk anak2 pelajar ting 4 yang baru nak mula belajar Fizik:
Untuk permulaan, mahirkan asas matematik seperti
👉Algebra (sangat2 penting)
👉mencari kecerunan graf,
👉 membuat persamaan graf linear dan nisbah.
Kalau asas matematik ke laut, nanti kamu akan mengeluh susahnya Fizik ni.
Penguasaan matematik sangat penting dalam Fizik.
Jika lemah dalam matematik, sedikit sebanyak ia menjejaskan peluang untuk cemerlang dalam Fizik.

03/01/2026
14/12/2025

Semalam sempat tengok filem animasi Papa Zola.

Anak lelaki yang darjah enam ajak sekali beberapa rakan menonton wayang bersama. Ia sempena “farewell” ke sekolah menengah berbeza.
Saya ada “zero expectation” terhadap filem ini..tujuan datang hanya ingin membeli jiwa anak-anak.

Namun tabik hormat kepada pihak 'producer', filem ini mampu menyentuh kalbu anak-anak kecil. Ketika babak yang menyentuh nurani, anak saya mengalirkan air mata, kawan-kawannya p**a ada yang menangis teresak-esak mengenangkan keikhlasan karaktor seorang Papa yang berjuang demi keluarga. Bahkan saya sendiri terasa sebak apabila menjiwai watak yang ditontonkan.

Filem ini berjaya membuat anak-anak sentiasa fokus.
Anak-anak menjiwai watak-watak yang ditonjolkan sehingga akhir.
Bayangkanlah jika producer seperti ini dilantik oleh Kementerian Pendidikan untuk hasilkan video animasi bagi subjek Sejarah, Sains, Matematik dan lain-lain, saya yakin ia mampu membuatkan anak-anak kita rasa ‘enjoy’ untuk belajar.
Akhir2 ini elemen keseronokkan untuk belajar ‘subjek killer’ seperti matematik dan sains semakin pudar.
Mungkin sudah tiba masa sentuhan kreatif producer pakar pembuat animasi seperti Sofyank/Les copaque/Monsta boleh diambil untuk kembalikan elemen keseronokkan pada anak-anak mendalami ilmu seperti Sains, Matematik dan Sejarah.

Photos from Physics4spm's post 04/12/2025

Alhamdulillah..selesai sudah kertas fizik SPM2025. So far, selepas exam para pelajar saya bagi feedback yang positif.
Lepas ni kita tumpu p**a untuk calon SPM2026. Jangan tunggu last minute baru nak pulun. Kalau nak belajar bab form 5 masa cuti ni pun boleh.
Pendaftaran kelas fizik 2026 telah dibuka. Kepada sesiapa yang berminat boleh wasap atau DM saya.

03/12/2025

Pejam celik, esok dah kertas SPM Fizik 2025… salah satu teknik nak buat ulangkaji akhir ialah dengan menguasai formula2 fizik itu sendiri..Maksud “menguasai formula’ ini ialah:
👉 Kenal pasti semua kuantiti Fizik pada formula yg diberi, Contoh P=nhf, apa ituP? n?, h? dan f?

👉 Ambil tahu formula yg tak disediakan. Contoh, formula daya apungan , F=???

👉 Melalui formula juga kita boleh menyatakan faktor2 yg mempengaruhi hukum atau sesuatu konsep Fizik.

👉 Kalau faham formula kita boleh buat hubungan antara kuantiti Fizik...cth: jika frekuensi bertambah, semakin tinggi nilai tenaga kuantum (E=hf)

Bila dah kuasai formula, akan rasa yakin untuk jawab soalan Fizik nanti. All the best untuk yang ambil kertas Fizik esok.

24/11/2025

All the best untuk semua calon SPM2025.

24/11/2025

Bila dah dekat SPM ni saya selalu suruh para pelajar banyak2 buat D.U.I.T.
(Doa.Usaha.Ikhtiar. Tawakkal)

19/11/2025

Ada pelajar yang risau lepas buat amali fizik..
👉"cikgu saya tersalah lukis graf"
👉"Saya tersalah tulis unit "..
Ada pelbagai keluhan 'careless mistake".. selalu dipesan berhati2 namun kadang2 ditakdirkan ia berlaku juga.
Nasihat saya mudah, fokus saja pada kertas seterusnya. Pastikan kesilapan mudah ini tidak berlaku dalam kertas 1 & 2.
Dulu ada pelajar saya tersalah lukis bentuk graf dan tersalah unit semasa amali, akhirnya bila result keluar masih dpt A atau A- ..
So pastikan kertas 2 dan kertas 1 anda pulun kasi perfect 🙂
Insha Allah masih ada harapan untuk cemerlang .
All the best for your SPM

01/11/2025

👉Baru lepas habis kelas online..ajar pelajar SBP form 4 di asrama.
☑️Ibunya buat last minute arrangement..
☑️Nak prepare untuk final exam katanya..
☑️Saya cadang gunakan masa yg ada utk bincang soalan KBAT
Sebab soalan KBAT SBP ni memang mencabar minda 😊

26/10/2025

📣 Ada ibu bapa tanya...
“Cikgu boleh ajar physics DLP ke?”
✅ Sudah semestinya!
Saya ada pelajar dari SJKC yang belajar Fizik dalam Bahasa Inggeris. Jadi, saya boleh ajar dalam BM atau English, ikut keselesaan anak anda.
🎓 Tak perlu risau—saya akan pastikan anak faham dengan jelas, sama ada dalam BI atau BM.
📲 Jika berminat nak cuba kelas saya boleh WhatsApp saja di: 017-287 7589

05/10/2025

Fizik itu akan jadi mudah kalau faham konsep2 asas.Cuba tanya anak kita, dia faham atau tidak?

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Kuala Lumpur
54200

Opening Hours

Monday 07:30 - 23:30
Tuesday 07:30 - 23:30
Wednesday 07:30 - 23:30
Thursday 07:30 - 23:30
Friday 07:30 - 23:30
Saturday 07:30 - 23:30
Sunday 07:30 - 22:30