28/04/2026
Nak jadi wanita yang tenang — bukan sekadar nampak “busy”?
Ramai wanita hari ini tersepit antara dua dunia.
Kalau bekerja, kita diuji dengan: — mampu atau tidak kawal nafsu
— jaga solat di tengah kesibukan
— jaga ikhtilat
— elak tabarruj
— dan tetap utamakan suami serta anak-anak
Kalau jadi suri rumah p**a, ujiannya lain: — mampu rasa cukup (qanaah)
— mampu buang overthinking
— mampu kawal sangka-sangka
— mampu lapang dada dengan pandangan manusia
— dan mampu isi masa dengan sesuatu yang mendekatkan diri kepada Allah
Hakikatnya…
Kedua-duanya perlukan satu perkara yang sama:
“Mampu.”
Dan “mampu” itu bukan datang dari motivasi semata-mata.
Ia datang bila hati kita dibina dengan wahyu.
✨ Al-Quran & Sunnah bukan sekadar dibaca — tapi difahami, dihayati, dan diamalkan.
Di sinilah bermulanya perubahan sebenar.
Bukan tambah kerja.
Tapi tukar cara kita melihat hidup.
Bukan kejar produktiviti semata-mata.
Tapi cari barakah dalam setiap peranan kita sebagai wanita.
🌿 Suri Tadabbur, Suri Produktif 3.0
Tempat untuk kita belajar: — bagaimana tadabbur Al-Quran membina jiwa
— bagaimana wahyu bantu kita urus emosi & peranan
— bagaimana jadi wanita yang tenang walau hidup tak pernah sunyi dari “kerja”
💛 Dari sibuk → jadi bererti
💛 Dari penat → jadi bernilai
💛 Dari kosong → jadi penuh dengan tujuan
Mulakan dengan tadabbur.
Kemudian hidupkan dengan amal.
Jumpa di sana.
Berminat? Hubungi admin https://wa.me/01162570353
19/04/2026
E-book untuk share dengan anak nanti. Jangan lupa dapatkan buku latihan asmaul husna, boleh guna sekeluarga. Hubungi admin https://wa.me/601162570353
19/04/2026
Ready untuk kelas Jumaat malam ini.
Jangan lupa dapatkan buku latihan asmaul husna, boleh guna sekeluarga. Hubungi admin https://wa.me/601162570353
16/04/2026
Siri 3, Suri Tadabbur Suri Produktif. Hubungi admin https://wa.me/601162570353
09/04/2026
Siri Ibu Madrasah Pertama 1.0
Nota-notq parenting daripada Surah Al-Naba' - Siri 4
🤍1 Mei 2026, Jumaat, 12-1 tgh
Siang untuk Bergerak, Tujuh Langit Kukuh
Allah berfirman:
وَجَعَلْنَا النَّهَارَ مَعَاشًا
“Dan Kami jadikan siang untuk mencari rezeki.” (An-Naba’: 11)
وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعًا شِدَادًا
“Dan Kami bina di atas kamu tujuh langit yang kukuh.” (An-Naba’: 12)
Mak ayah, bayangkan:
Siang = masa anak bergerak, belajar, bermain, dan explore dunia.
Langit & alam = tanda kekuasaan Allah, kita belajar syukur & kagum dengan ciptaan-Nya.
💡 Tip parenting mudah:
Bantu anak ikut aturan Allah: siang aktif, malam tenang. Sambil itu, ajak mereka lihat langit, awan, bintang—ajar mereka takjub dengan ciptaan Allah.
Pesan ringkas:
“Bermain, belajar, bergerak pada siang. Tenang dan hargai alam yang Allah bina di atas kita.”
Ingin sertai? Hubungi https://wa.me/601162570353
08/04/2026
🌸 Parenting Dengan Asmaul Husna: Ar-Raḥmān & Ar-Raḥīm 🌸
Sebahagian ulama berpendapat, kasih sayang Allah ada dua lapisan:
Ar-Raḥmān → luas, untuk semua makhluk
Ar-Raḥīm → khusus untuk yang beriman
Tips parenting:
💛 Peluk & puji anak tanpa syarat (Ar-Raḥmān)
💛 Bimbing mereka berdoa & berakhlak baik (Ar-Raḥīm)
💛 Catat 3 rahmat Allah hari ini bersama anak
✨ Jadikan rumah cermin rahmat Allah – luas, adil, penuh kasih, dan membimbing iman anak-anak.
🗓 Tarikh & Masa: Jumaat, 24 April 2026 | 9.00 – 10.00 mlm
📍 Platform: Google Meet (Wanita sahaja)
📖 Nak join?
Dapatkan Buku Latihan Parenting Asmaul Husna dulu dan sertai aktiviti & modul eksklusif!
Hubungi admin https://wa.me/601162570353
01/04/2026
Kalau mak ayah nak baca suara anak-anak remaja, pergi ke Threads. Macam-macam ada. Yang sakit mental, yang nak bunuh diri, yang rasa kecewa dengan parents. Kalau tak faham anak, anak jenis tak nak speak-up, banyak simpan, kita akan silap judgement tingkah laku dia. Saya masih bawa anak ke clinical psychologist private. Memang mahal. 1 jam RM300-400. Kalau tak ada bajet, cuba Mentari, government punya. Oh ya, ada satu Threads semalam, ada anak frust sebab parents dia kata dia gagal. Sebenarnya, kena benihkan, tanam, pasak dalam jiwa/ qalb anak bahawa kejayaan sebenar adalah masuk syurga. SPM ini hanya urusan dunia/alat yang kita pilih untuk ke sana. Jangan kecewa dengan dunia dan jangan putus asa dengan rahmat Allah. Ini ada nota sikit. Didoakan bermanfaat.
27/12/2025
HOMESTAY TOWNHOUSE GROUNDFLOOR – BAJET @ Puncak Alam (LBS)
Sesuai untuk family yang bajet tak banyak, tapi ahli ramai sikit.
Kalau sewa hotel bajet, memang tak muat nak “sumbat” semua (>.