18/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ DR. RADZIAH BINTI MOHD DANI, A.M (M), ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐
Pensyarah Kanan DH12 (M) Jabatan Perdagangan, Politeknik Muadzam Shah, Dr Radziah Binti Mohd Dani, telah dilantik sebagai Pakar Instruksional Politeknik dan Kolej Komuniti (PILOT) bagi tempoh Mei 2026 hingga Mei 2029 selepas berjaya menamatkan Program Latihan Kepimpinan Instruksional Politeknik dan Kolej Komuniti 2026 yang berlangsung pada 14 Mei 2026 di The Pearl Kuala Lumpur.
Majlis penutup program telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Turut hadir ialah YBrs. En. Zaidi bin Othman, Pengarah Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital (BIPD), JPPKK.
Program anjuran BIPD, JPPKK itu menghimpunkan seramai 36 pensyarah PolyCC yang dilantik sebagai Pakar Instruksional PolyCC 2026 buat julung kalinya dalam usaha memperkasa budaya pengajaran dan pembelajaran berkualiti di institusi masing-masing.
Sepanjang program, peserta mengikuti pelbagai sesi latihan bersama pakar daripada UKM, TVET Consultant, PMJB, P*S dan PNS yang memberi fokus kepada kepimpinan instruksional TVET, pedagogi berasaskan OBE, transformasi digital dan AI dalam PdP, penyelarasan kurikulum bersama industri serta inovasi pengajaran dan pembelajaran.
Penubuhan PILOT bertujuan melahirkan pemimpin instruksional yang berperanan sebagai mentor, pemudah cara dan ejen perubahan dalam memperkukuh pedagogi, inovasi PdP, integrasi teknologi digital serta budaya perkongsian ilmu di PolyCC.
Majlis turut menyaksikan pelancaran eBook Playbook Learning Effective yang memberi penekanan kepada pendekatan Interactive Form, Technology-Based dan Industry-Based bagi menyokong pembelajaran aktif, penggunaan teknologi dan AI serta pembelajaran autentik berasaskan industri.
Semoga pelantikan ini terus menjadi pemangkin kecemerlangan kepimpinan instruksional dan memperkukuh ekosistem pendidikan TVET yang progresif, inovatif serta berimpak tinggi.
Selamat menjalankan amanah!
30/04/2026
๐TAHNIAH! SOLARINA BAG MEMENANGI GOLD AWARD ๐ฅ๐
Tahniah kepada inovasi Solarina Bag telah berjaya merangkul GOLD AWARD dalam kategori Young Innovation di platform berprestij SOCIOINNOVATION 2026. ๐
Kemenangan ini membuktikan bahawa inovasi bukan sekadar ciptaan, tetapi satu usaha yang memberi impak sosial yang nyata.
Selaras dengan aspirasi SOCIOINNOVATION 2026 , Solarina Bag mengetengahkan solusi yang:
โจ Menyokong pembangunan lestari
โจ Memberi manfaat kepada komuniti
โจ Menggabungkan inovasi dengan nilai kemanusiaan
SOCIOINNOVATION 2026 menghimpunkan inovator dari seluruh negara untuk menghasilkan penyelesaian kepada cabaran masyarakat โ dan Solarina Bag telah membuktikan bahawa inovasi anak muda mampu mencipta perubahan yang bermakna ๐ก
Teruskan melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang! ๐
28/04/2026
TAHNIAH PELAJAR DPM2A PMS RAIH PINGAT GANGSA DI PERINGKAT ANTARABANGSA ๐
โจ
Tahniah diucapkan kepada pelajar Diploma Pengajian Perniagaan (DPM2A), Politeknik Muadzam Shah atas kejayaan membanggakan meraih Pingat Gangsa (Bronze Medal) bagi kategori Tertiary (Online) menerusi projek โQUIZ ZEPโ Pengajian Islam dalam International Invention, Innovation and Design Competition 2026 (Hybrid Mode). ๐
โจ
Pertandingan berprestij ini dianjurkan oleh Kolej Vokasional Tanah Merah dengan kerjasama Digit360 dan Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, melibatkan penyertaan daripada pelbagai institusi pendidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Pasukan ini dianggotai oleh Nur Athirah Husna binti Asrul Nizam, Nurul Natasya binti Rosli, Nurul Ain Zulaikha binti Shahrun Nizam, Rasyidah binti Sabarudin dan Catriona Nur Eriesya binti Abdul Fattah di bawah bimbingan pensyarah penyelia Ustaz Mohammad Hafeez bin Md Ramli serta penasihat Ustaz Badrul Hakimi bin Mohd Bastamam dan Ustaz Mohd Firdous bin Mohd Halin.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen tinggi, semangat kerja berpasukan serta keupayaan pelajar DPM2A dalam menghasilkan inovasi berkualiti dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Pengajian Islam. Ia juga membuktikan bahawa pelajar PMS mampu bersaing di peringkat antarabangsa serta menyumbang kepada pembangunan inovasi pendidikan berteraskan nilai Islam.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pelajar untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan inovasi.
Syabas dan tahniah! ๐
27/04/2026
โจ ๐ง๐๐๐ก๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐ฃ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ โจ
Jabatan Perdagangan (JP), Politeknik Muadzam Shah (PMS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada dua warga JP yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025:
๐ Pn Haniza Kandar
๐ En Syaifulradzman Shaifuddin
Pengiktirafan ini membuktikan komitmen, dedikasi serta profesionalisme tinggi yang ditunjukkan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga JP untuk mengekalkan kecemerlangan, memperkukuh prestasi serta menyumbang kepada kegemilangan institusi.
โจ Tahniah dan semoga terus cemerlang! โจ
24/04/2026
๐ข ๐๐ ๐๐ก๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ข๐ก๐ข๐ ๐ ๐ฆ๐ข๐ฆ๐๐๐
Pensyarah Kanan Perakaunan Politeknik Muadzam Shah (PMS), Dr. Radziah Mohd Dani telah menerbitkan sebuah artikel melalui platform Dewan Bahasa dan Pustaka (JendelaDBP โ Dewan Ekonomi).
Penulisan ini mengupas kepentingan nilai amanah dan integriti dalam memastikan kelangsungan serta kepercayaan dalam sistem ekonomi sosial.
Artikel penuh boleh dibaca melalui pautan berikut:
๐ https://dewanekonomi.jendeladbp.my/2026/04/24/14184/
24/04/2026
โจ MAJLIS BACAAN YASIN & DOA SELAMAT โจ
Jabatan Perdagangan telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat untuk En. Muhammad Rafie bin Hamzah dan Puan Sarawati binti Ahmad yang akan mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.
Didoakan agar segala urusan ibadah haji mereka dipermudahkan serta memperoleh haji yang mabrur ๐คฒ๐ป
Terima kasih kepada semua staf yang hadir bagi memeriahkan majlis serta mengeratkan ukhuwah sesama warga jabatan.
23/04/2026
โจ MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN PELAJAR โจ
Jabatan Perdagangan | Sesi 2 2025/2026
๐ Villea Rompin Resort & Golf, Kuala Rompin
๐
23 April 2026
โฐ 10.00 pagi โ 3.00 petang
Hari yang penuh bermakna dalam meraikan kejayaan dan kecemerlangan para pelajar Jabatan Perdagangan! ๐๐
Tahniah kepada para penerima anugerah:
๐
Anugerah Kecemerlangan Akademik DAT
Anis Suraya Ihwanudin
๐
Anugerah Kecemerlangan Akademik DPM
Muhammad Hazim bin Shaiful Anuar
๐
Anugerah Kecemerlangan Ko-kurikulum DAT
Adel Aziq bin Amri
๐
Anugerah Kecemerlangan Ko-kurikulum DPM
Ahmad Nabil Aiman bin Ahmad Sabri
๐
Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan DAT
Dhabitah Kamilah binti Nor Hasby
๐
Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan DPM
Maisarah binti Erham
๐
Anugerah Khas Ketua Jabatan
Maisarah binti Erham
๐ King of The Day
Ahmad Nabil Aiman bin Ahmad Sabri
๐ Queen of The Day
Nur Areefa Nadira binti Mohd Zaidy
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar untuk terus melakar kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum dan kepimpinan. Teruskan usaha, capai impian! ๐ชโจ
16/04/2026
โจ JABATAN PERDAGANGAN CEMERLANG DI iCoVExโ26 โจ
Tahniah kepada 6 kumpulan dari Jabatan Perdagangan, Politeknik Muadzam Shah (PMS) atas pencapaian cemerlang dalam pertandingan Innovation and Invention Competition via Exhibition (iCoVExโ26). ๐
Pertandingan yang menghimpunkan 28 penyertaan inovasi TVET ini menjadi platform kepada pelajar untuk menampilkan idea kreatif dan solusi berimpak tinggi dalam pelbagai bidang.
Majlis telah disempurnakan oleh YB. Datoโ Mohamad Nizar bin Datoโ Sri Mohamad Najib, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang.
Turut hadir ialah Tn. Haji Ulaimi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK); Encik Shahrul Nizam bin Mohamed, Timbalan Pengarah Akademik; Encik Akmal bin Adanan, Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Melaka merangkap Ketua Panel Juri iCoVEx 2026 serta Encik Mohd Helmi bin Salleh, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik.
Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar Jabatan Perdagangan bukan sahaja kompeten dalam akademik, tetapi juga mampu menghasilkan inovasi yang relevan dan berpotensi ke peringkat lebih tinggi.
Senarai pemenang: KATEGORI: PRODUK, PEMASARAN & PERKHIDMATAN
Project Name: SMART LUMIFOLD ORGANIZER
Anugerah: Emas
Nama Penyelia: Puan Siti Hajar binti Khazali
Project Name: MC VALKER
Anugerah: Emas
Nama penyelia: En. Muhammad Afzhal Bin Abdul Wahab
Project Name: ECOBIZZ SMART
Anugerah: Emas
Nama penyelia:Dr. Radziah Binti Mohd Dani & Puan Norlizawati Binti Mohd Kadry
Project Name: PEELIQUE
Anugerah: Emas
Nama penyelia: Puan Ani Liza Binti Abd Rahman
Project Name: M.A.T.A (MOBILE ASSISTANCE & TRACKING AID)
Anugerah: Emas
Nama penyelia: Pn. Nurull Zuraida Binti Shafie
Project Name: AUTOMATIC EXTENSIONS
Anugerah: Perak
Nama penyelia: Puan Noraina Binti Wahid
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan dan membawa nama PMS ke pentas yang lebih besar. ๐ชโจ
16/04/2026
PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR DIPLOMA AKAUNTANSI
Pemantauan latihan industri bagi pelajar Diploma Akauntansi Ikmal bin Muhammad Rodzi, di MNZWAJA PLT oleh Pn. Hanizah Farhani Binti Jaafar (Ketua Jabatan Perdagangan) dan Pn. Mazlina Binti Abdul Majid (Ketua Program Akauntansi) pada 15 April 2026.
Jutaan terima kasih kepada En. Wan Mohamed Heikal bin Wan Ali, Penasihat Industri Jabatan Perdagangan yang sudi menerima pelajar menjalani latihan industri selama 5 bulan.
Di samping itu, satu perbincangan mengenai modul PSH yang merupakan salah satu KPI PMS akan dibangunkan oleh pensyarah dan MNZWAJA PLT selaku penasihat untuk pembangunan MODUL tersebut.
Semoga Jabatan Perdagangan berjaya menghasilkan modul PSH berkaitan Pengurusan Kos bagi pencapaian KPI PMS tahun 2026.
12/04/2026
โจ OPEN HOUSE RAYA JP 2026 โจ
Jabatan Perdagangan telah menganjurkan Majlis Open House Raya JP pada 10 April 2026 yang lalu. Terima kasih kepada semua warga PMS yang hadir memeriahkan majlis ๐
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Akademik, Encik Shahrul Nizam bin Mohamed, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Helmi bin Salleh, serta ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua unit.
Lebih bermakna, majlis ini juga diselitkan dengan sambutan hari kelahiran staf Jabatan Perdagangan bagi bulan Mac dan April ๐
Semoga program seperti ini dapat terus mengeratkan ukhuwah, menceriakan suasana kerja dan mengukuhkan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga PMS โจ
11/04/2026
Lawatan Akademik ke SPRM Demi Memperkasakan Integriti Generasi Muda.
Terima kasih SPRM Pahang untuk โfeaturedโ di Buletin SPRM.
๐
Tarikh: 9 April 2026 (Khamis)
๐ Kursus Terlibat:
โข DPA50163 Malaysian Taxation 2
โข DPA50173 Professional Ethics
๐ฉโ๐ซ Pensyarah Pengiring:
1. Dr. Radziah binti Mohd Dani
2. En. Mohd Faizal bin Abd Rahman
3. Pn. Nurul Wahida binti Abdullah
4. Cik Amirah Zawani binti Wakhi Anuar
๐ฅ Penglibatan Peserta:
32 orang pelajar Diploma Akauntansi (DAT) Semester 4 dan 5