01/10/2025
Salam dan selamat sejahtera kepada semua.
Page kami akan bertukar kepada tapak page yang baru, page ini akan dinyah aktifkan pada hujung bulan oktober, sila like page kami yang baru https://www.facebook.com/profile.php?id=61576282471512
SMK Segambut, Kuala Lumpur
Education website
09/12/2024
Majlis Penyerahan Komputer Kepada Pusat Sumber SMKS
Penyumbang : Pihak Pengurusan Tertinggi SMKS
Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pemberi...moga Tuhan merahmati usaha baik ini🤲
08/12/2024
Good luck semua calon SPM 2024💪🏼
Dr Maths Form 5 SMK SEGAMBUT 2024
06/12/2024
Warga SMKS mendoakan para calon SPM menduduki Ujian Amali Sains SPM 2024 dengan jayanya dari 9 hingga 12 Disember 2024.
Semoga Maju Jaya
30/11/2024
Good luck semua calon spm 2024 💪🏼💪🏼💪🏼
27/11/2024
Program Sentuhan Kasih Kali Ke-2 bersama Barisan Pentadbir
Tarikh : 26/11/2024
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Segambut
Tempoh pelaksanaan program : 7.30pg - 8.50pg
Sasaran : semua murid gagal BM & Sej Tingkatan 5
Penyelaras : Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Segambut
Objektif: Pengetua memberi semangat kepada murid-murid dengan memberi mutiara kata yang boleh membina keyakinan murid untuk menghadapi spm tidak lama lagi. Selain itu, melalui program ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat dengan perkongsian tentang teknik-teknik penulisan esei oleh PK HEM melalui buku yg telah beliau hasilkan, dimana ia boleh digunakan untuk memperbaiki karangan mereka.
05/11/2024
Selamat sejahtera. Pada hari *Rabu (6 November 2024)*, sambutan perayaan Hari Deepavali akan berlangsung di Dewan Harmoni SMK Segambut. Murid- murid digalakkan memakai pakaian tradisional kaum masing-masing dan boleh membawa makanan mengikut kelas masing-masing untuk dinikmati bersama-sama rakan kelas.
05/11/2024
Program Pecutan Akhir SPM 2024 bersama En.Fauzi Bin Majid, Guru Bimbingan & Kaunseling SMK Seri Tasik
Tarikh : 5/11/2024
Tempat : Dewan Peperiksaan SMK Segambut
Tempoh pelaksanaan program : 8.00pg - 10.00pg
Sasaran : semua murid Tingkatan 5
Penyelaras : Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Segambut
Objektif: Memberi pendedahan agar diri murid-murid lebih berkeyakinan dalam sesi pembelajaran dan mencungkil kelebihan dan kelemahan diri individu untuk maju dalam pelajaran serta memberi kesedaran kepada para murid tentang peranan dan tanggungjawab yang seharusnya dipikul oleh seorang murid.
30/10/2024
Happy Deepavali diucapkan kepada semua warga SMK SEGAMBUT
29/10/2024
Majlis Penghargaan Program Jaringan dan Jalinan Dengan Yayasan Hasanah untuk menjayakan Program Brain Synchro Tahun 2024
Tarikh : 29/10/24
Tempat : Bilik Sugaku
Tempoh pelaksanaan program : Mei hingga Oktober 2024
Sasaran : 30 murid Tingkatan 5
Penyelaras : Cikgu Nurulhayati binti Md Yusop ( Ketua Panitia Matematik)
Objektif: Mengecilkan Gred Purata mata pelajaran Matematik SPM 2024 dan seterusnya mengecilkan Gred Purata Sekolah
29/10/2024
📢📣makluman
Unit Disiplin telah melaksanakan PROGRAM LIMIDIS (LIMA MINIT DISIPLIN) kepada semua murid
Hari Pelaksanaan : ISNIN hingga KHAMIS(Setiap Hari)
Masa : 7.00 pagi hingga 7.05 pagi