Pondok Moden Al-'Abaqirah MAIWP

Pondok Moden Al-'Abaqirah MAIWP

Share

Pondok Moden Al-'Abaqirah MAIWP melaksanakan pengajian Turath dan Integrasi Kurikulum Arus Perdana Sekolah Ma’ahad Tarbiah Fatani dipimpin oleh Dr Kamil.

Pondok Moden Wilayah Persekutuan Al-'Abaqirah telah dicetuskan oleh Sahibul Samahah Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad Al- Bakri, M***i Wilayah Persekutuan hasil daripada permintaan masyarakat dan hasrat beliau untuk melahirkan cendekiawan Islam yang mahir dalam ilmu agama dan ilmu duniawi. Cetusan idea tersebut telah membawa kepada satu Mesyuarat Penubuhan Pondok Moden Wilayah Persekutuan Al- ‘Abaqira

Photos from Pondok Moden Al-'Abaqirah MAIWP's post 12/06/2026

BENGKEL DEBAT INTERSCHOOL DEBATING CHAMPIONSHIP (IDC, IIUM) 2026

Alhamdulillah, hari ini seramai 12 orang pelajar tahun 1 PMA menjalani bengkel debat IIUM Interschool Debating Championship (IDC) 2026.

📆 12 - 14 Jun 2026
💻 Zoom
⏰ 8.00 Pagi - 1.00 Tengahari

Program ini menjadi platform untuk mengembangkan kemahiran berbahas, komunikasi dan pemikiran kritis.

Semoga pengalaman ini menjadi asbab untuk pelajar lebih cemerlang di masa hadapan.


Photos from Pondok Moden Al-'Abaqirah MAIWP's post 12/06/2026

🎓𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐕𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 & 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐒 𝐅𝐀𝐐𝐄𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀🎓

Alhamdulillah, memasuki semester kedua, para pelajar Tahun 1, 2 dan 3 terus diisi dengan pelbagai pengisian akademik seperti kelas intervensi, Kelas Faqeh serta tuisyen SPM dan STAM selepas waktu PdPc.

Masa terluang dari petang hingga malam dimanfaatkan dengan aktiviti ulang kaji dan pengukuhan ilmu selepas waktu riadah bagi memastikan budaya ilmu terus subur dalam kalangan pelajar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para guru atas dedikasi, kesungguhan serta juhud yang tinggi dalam mendidik dan membimbing para pelajar. Semoga segala usaha ini menjadi asbab kejayaan, kecemerlangan dan keberkatan ilmu buat semua.

+







Photos from Pondok Moden Al-'Abaqirah MAIWP's post 10/06/2026

🌟 SATU DORM SATU GURU (SDSG): “SIAPA IDOLA KITA SEBENARNYA” 🌟

Alhamdulillah, Program SDSG telah berjaya dilaksanakan pada 8 Jun 2026 (Isnin) dari 7.30 pagi hingga 8.30 pagi dengan penglibatan pelajar Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 di dorm asrama.

Program yang bertemakan “Siapa Idola Kita Sebenarnya” ini bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan memilih idola yang baik serta menjadikan tokoh-tokoh berakhlak mulia sebagai contoh dalam membentuk peribadi dan kehidupan seharian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru penyelaras SDSG atas usaha dan komitmen dalam menjayakan program ini. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang telah memberikan kerjasama dan penyertaan yang baik sepanjang pelaksanaan program.

Semoga perkongsian yang disampaikan dapat memberi manfaat dan menjadi panduan kepada para pelajar dalam memilih teladan yang mampu membawa kejayaan di dunia dan akhirat. Mudah-mudahan segala usaha ini mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.


Photos from Pondok Moden Al-'Abaqirah MAIWP's post 07/06/2026

📚𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔 : 𝐌𝐔𝐊𝐇𝐀𝐘𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐘𝐘𝐔𝐙 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏 𝟐𝟎𝟐𝟔📚

📍 𝐒𝐋𝐎𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 (𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔 - 𝟔 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔)

Program pecutan akademik ini diteruskan lagi pada hari kedua dengan pelbagai slot pengukuhan ilmu bagi membantu pelajar meningkatkan kefahaman dan persediaan menghadapi peperiksaan SPM dan STAM yang semakin hampir.

🔆𝐒𝐋𝐎𝐓 𝐒𝐓𝐀𝐌🔆
1️⃣ Tafsir Wa Ulumuhu bersama Ustaz Fakhrullah
2️⃣ Hadis Mustolah bersama Ustaz Yusuf
3️⃣ Arudh dan Qofiyah bersama Ustazah Najwa

🔆𝐒𝐋𝐎𝐓 𝐒𝐏𝐌🔆
1️⃣ Bahasa Inggeris bersama Sir Rezza
2️⃣ Matematik bersama Cikgu Asri
3️⃣ Sains bersama Cikgu Ummu
4️⃣ Usuluddin bersama Ustaz Rushdan dan Ustaz Izzat Fahmi
5️⃣ Al Syariah bersama Ustaz Amin

Semoga kesinambungan program ini terus menyuntik semangat dan motivasi kepada para pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih, seterusnya mencapai kecemerlangan yang diimpikan dalam peperiksaan SPM dan STAM.


+


Photos from Pondok Moden Al-'Abaqirah MAIWP's post 06/06/2026

📚𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔 : 𝐌𝐔𝐊𝐇𝐀𝐘𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐘𝐘𝐔𝐙 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏 𝟐𝟎𝟐𝟔📚

🎊Terima Kasih atas sokongan padu daripada ibu bapa serta guru-guru PMA MAIWP yang dedikasi🎊

Sempena penghujung cuti Semester 1, pelajar tahun 2 dan 3 telah kembali ke sekolah bagi menyertai program pecutan akademik sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM dan STAM.
Program ini telah bermula pada hari Jumaat, 5 Jun 2026. Hari pertama dimulakan dengan slot bersama guru mata pelajaran mengikut subjek masing-masing.

📍 𝐒𝐋𝐎𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 (𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 - 𝟓 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔)

🔆𝐒𝐋𝐎𝐓 𝐒𝐓𝐀𝐌🔆
1️⃣Balaghah bersama Ustazah Hidayah
2️⃣Adab Nusus bersama Ustaz Amirul Ariff
3️⃣Nahu Sorf bersama Ustaz Sheikh Fakhrullah

🔆𝐒𝐋𝐎𝐓 𝐒𝐏𝐌🔆
1️⃣Bahasa Melayu bersama Cikgu Maryam
2️⃣Matematik bersama Cikgu Ashikin
3️⃣Lughah Arabiah Muasirah bersama Ustaz Nabil

Semoga program ini dapat memberi manfaat yang besar kepada semua pelajar, seterusnya menjadi asbab kecemerlangan dalam peperiksaan yang bakal diduduki.


+

Photos from Pondok Moden Al-'Abaqirah MAIWP's post 23/05/2026

Lensa sekitar suasana KESSMA pada 21 & 22 Mei 2026 yang lalu. Kejohanan kali ini telah diadakan di Kompleks Darul Kifayah dan SMA MAIWP.

Alhamdulillah dalam kejohanan ini, Pondok Moden Al-‘Abaqirah (PMA) MAIWP berjaya mendapat tempat dalam beberapa acara yang dipertandingkan.

Daripada 7 acara kategori lelaki, PMA berjaya memenangi 4 gelaran Johan. Berikut adalah senarai pencapaian penuh kontinjen PMA:

🥇 Johan:
1.Pingpong
2.Bola Tampar
3.Bola Sepak
4.Memanah (Recurve)

🥈 Naib Johan:
1.Sepak Takraw

🥉 Tempat Ketiga:
1.Badminton
2.Memanah (Traditional)

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan guru yang terlibat sepanjang kejohanan ini berlangsung. Terima kasih atas usaha semua! 👍

Photos from Pondok Moden Al-'Abaqirah MAIWP's post 22/05/2026

TAUTAN KASIH, SINERGI PENDIDIKAN: PROGRAM LIQO MAHABBAH 2026 🤝

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Pada hari ini, 22 Mei 2026, telah berlangsungnya Program Liqo Mahabbah dengan jayanya di bilik darjah kelas masing-masing. Suasana sekolah diwarnai dengan kehadiran ibu bapa dan penjaga yang cukup komited demi kelangsungan masa depan anak-anak.

Pertemuan serampang dua mata pada hari ini bukan sekadar medan untuk penyerahan slip keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang diduduki baru-baru ini. Lebih daripada itu, ia menjadi ruang perbincangan yang telus dan harmoni antara guru dan ibu bapa untuk menilai prestasi, potensi, serta keluk perkembangan anak-anak secara menyeluruh.

Kami amat menghargai setiap maklum balas dan perkongsian jujur daripada ibu bapa berkaitan rutin, akademik, serta perkembangan sahsiah pelajar ketika berada di rumah. Benarlah, mendidik ini memerlukan usaha kolektif; ia tidak boleh dilakukan secara bersendirian.

Melalui perjumpaan ini juga, matlamat utama kita untuk mengeratkan ukhuwah dan tautan mahabbah antara pihak sekolah dan penjaga telah tercapai. Sinergi yang erat inilah yang membentuk benteng sokongan terkuat buat para pelajar kita.

Semoga pemuafakatan yang terjalin kukuh pada hari ini menjadi pemangkin kepada lonjakan kecemerlangan anak-anak didik kita. Diharapkan setiap kelemahan dapat diperbaiki, setiap kekuatan dapat digilap, dan mereka tidak hanya cemerlang di atas kertas peperiksaan, tetapi turut terdidik dengan akhlak dan sahsiah yang terpuji.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa berharga pada hari ini. Kejayaan anak-anak adalah kejayaan kita bersama!

22/05/2026

📢 JEMPUTAN LIQA’ MAHABBAH PASCA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER MEI 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa program Liqa’ Mahabbah Pasca Peperiksaan Akhir Semester Mei 2026 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📆 Tarikh: Jumaat, 22 Mei 2026
📍 Tempat: Di kelas masing-masing
⏰ Aturcara: 10.00 pagi

Segala kerjasama dan komitmen kehadiran ibu bapa pelajar amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Photos from Pondok Moden Al-'Abaqirah MAIWP's post 18/05/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Perhimpunan Rasmi Mingguan pada hari Isnin, 18 Mei 2026 yang bermula seawal jam 7.30 pagi bertempat di Dewan Al-Qaradhawi, Darul Kifayah. Perhimpunan telah berjalan dengan penuh tertib, disiplin dan lancar.

Antara pengisian utama perhimpunan pagi tadi adalah slot Ucapan Al-Syeikh Al-Mudir, Pondok Moden Al-'Abaqirah MAIWP yang telah menyampaikan amanat penting serta kata-kata perangsang buat seluruh para pelajar.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan merayakan kejayaan para pelajar melalui penyampaian beberapa anugerah khas:

🏆 Anugerah Pentaksiran Amalan Sahsiah Sekolah (PASS) - April 2026:
1. Hariri bin Mahmuddin
2. Alif Mustaqim bin Mahyuddin
3. Amal Muhriz bin Nahyuddin

✨ Anugerah Kelas Terbersih & Terceria:
• Kelas 2 Maraghi

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga penghargaan ini menjadi suntikan semangat untuk semua pelajar terus mengekalkan sahsiah yang terpuji dan membudayakan kebersihan di institusi kita. Insya-Allah.

Photos from Pondok Moden Al-'Abaqirah MAIWP's post 17/05/2026

KEJAYAAN TUAIAN SULUNG PROJEK TANAMAN HIDROPONIK PONDOK MODEN AL-‘ABAQIRAH MAIWP

Alhamdulillah, imbauan kembali aktiviti team Greentech Explorer Hidroponik Bandar PMA MAIWP pada minggu lepas! Selepas beberapa minggu menumpukan keringat dan perhatian, kami telah berjaya menuai batch pertama tanaman hidroponik kami di tapak hidroponik Pondok Moden Al-'Abaqirah MAIWP.

Hasil tuaian sulung minggu lepas menyaksikan Bayam Merah yang tumbuh sado dan Green Lettuce (Salad) yang sangat segar berjaya dituai dengan jayanya!

Sayur-sayuran dari kebun bandar kami ini:

✅ Ditanam bersih dengan sistem hidroponik moden.
✅ Bebas sepenuhnya daripada racun perosak.
✅ Melalui proses flushing air bersih untuk kesegaran maksimum.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan MAIWP atas sokongan padu dalam menyuntik elemen pendidikan lestari buat generasi Al-'Abaqirah. Integrasi antara ilmu ukhrawi dan aplikasi agroteknologi bandar ini adalah bukti komitmen bersama ke arah melahirkan modal insan yang serba boleh.

Semua hasil minggu lepas sudah selamat bertukar tangan. Kini, team kami kembali fokus di tapak untuk menguruskan persediaan batch baru p**a. Doakan usaha kami ini terus subur dan diberkati!

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address

Kompleks Darul Kifayah, Taman Koperasi Fasa 2, Batu Caves
Kuala Lumpur
68100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00