31/05/2026
📢 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟭 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟳📢
Permohonan kemasukan murid Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2027 di SRA AL-AKRAM kini dibuka.
🗓 Tarikh Permohonan:
𝟭 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲 – 𝟯𝟬 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲
📌 Syarat Kelayakan:
✅ Warganegara Malaysia
✅ Berumur 6 atau 7 tahun pada tahun 2027
✅ Telah mendaftar di sekolah kebangsaan (SK)
Ibu bapa / penjaga yang berminat dipelawa untuk membuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak sekolah pada waktu pejabat.
Link permohonan :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSebx2x60xH8o1WbqEGF8nyisMjKOGZlNU7Avt3EY9ielmqaZA/closedform
21/05/2026
🌹 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗦𝗥𝗔 𝗔𝗟-𝗔𝗞𝗥𝗔𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲 🌹
Alhamdulillah, Program Sambutan Hari Guru peringkat SRA Al-Akram yang telah berlangsung pada 𝟏𝟗 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚) berjalan dengan lancar dan meriah. 🎉
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua guru, murid serta warga sekolah yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik anak bangsa.
Pihak sekolah juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para ibu bapa dan penjaga atas segala penghargaan, ucapan serta hadiah yang diberikan kepada para guru. Sokongan dan ingatan daripada pihak tuan puan amat dihargai dan menjadi pembakar semangat buat para guru untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan keikhlasan. ❤️
Semoga sambutan ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah serta menyuntik semangat kepada para guru untuk terus mendidik generasi pewaris ummah.
✨ 𝗚𝘂𝗿𝘂 𝗕𝗶𝘁𝗮𝗿𝗮, 𝗡𝗮𝗱𝗶 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 ✨
18/05/2026
📢 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗥𝗜𝗗 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟭 𝗦𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗙𝗔 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟳📢
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan Murid Tahun 1 SRA dan KAFA bagi sesi akademik tahun 2027 akan dibuka seperti ketetapan berikut:
🗓️ Tarikh Permohonan:
𝟭 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲 – 𝟯𝟬 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲
📌 Syarat Kelayakan:
✅ Warganegara Malaysia
✅ Berumur 6 atau 7 tahun pada tahun 2027
✅ Telah mendaftar di Sekolah Kebangsaan (KPM)
🔔 Pautan permohonan akan dikongsikan pada tarikh permohonan dibuka.
Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan melalui saluran rasmi dari semasa ke semasa.
01/05/2026
📢 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔
𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗥𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗔𝗹-𝗔𝗸𝗿𝗮𝗺 mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja di seluruh negara.
Penghargaan yang tinggi ditujukan kepada semua pekerja yang telah berusaha dengan gigih, amanah dan dedikasi dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing demi kemajuan agama, bangsa dan negara.
“𝑷𝑬𝑲𝑬𝑹𝑱𝑨 𝑴𝑨𝑫𝑨𝑵𝑰, 𝑲𝑬𝑺𝑼𝑴𝑨 𝑩𝑨𝑵𝑮𝑺𝑨”
Semoga setiap titik peluh yang dicurahkan diberkati Allah SWT dan menjadi amal jariah yang berpanjangan.
Ikhlas daripada,
𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐥-𝐀𝐤𝐫𝐚𝐦
25/04/2026
🌟 𝐊𝐄𝐌 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐑𝐀 𝐀𝐋-𝐀𝐊𝐑𝐀𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌟
Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 25 April 2026, telah berlangsung dengan jayanya Kem Kepimpinan SRA AL-AKRAM 2026 yang penuh dengan pengisian bermanfaat dan membina jati diri para pelajar.
Program ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berkeyakinan, berdisiplin, bertanggungjawab serta mampu menjadi pemimpin yang cemerlang pada masa hadapan. Pelbagai aktiviti menarik, latihan kepimpinan dan kerja berpasukan telah dijalankan dengan penuh semangat dan kerjasama.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam kehidupan seharian.
💪 Semoga dapat melahirkan pemimpin muda yang berakhlak dan berwibawa
— 𝑺𝑹𝑨 𝑨𝑳-𝑨𝑲𝑹𝑨𝑴 —
31/03/2026
📢 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐔𝐏𝐊𝐊 & 𝐔𝐏𝐒𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
Dimaklumkan kepada semua ibu bapa dan murid bahawa sijil UPKK dan UPSRA Tahun 2024 telah boleh diambil bermula:
📅 𝟭 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗥𝗮𝗯𝘂)
📍 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗥𝗔 𝗔𝗹-𝗔𝗸𝗿𝗮𝗺
🕗 𝗪𝗮𝗸𝘁𝘂 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 (𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻):
🔹 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗣𝗮𝗴𝗶: 𝟴.𝟭𝟱 𝗽𝗮𝗴𝗶 – 𝟭𝟭.𝟬𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶
🔹 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗣𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴: 𝟮.𝟯𝟬 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴 – 𝟱.𝟭𝟱 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴
📌 Maklumat Tambahan:
Wakil adalah dibenarkan untuk mengambil sijil bagi pihak murid.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak sekolah.
Terima kasih atas kerjasama semua.
26/02/2026
🌙 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐇𝐘𝐀’ 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌙
Alhamdulillah, Program Ihya’ Ramadan telah berjaya dilancarkan pada 23 Februari 2026 bertempat di Dewan SRA Al-Akram.
Program ini diadakan bagi menyemarakkan kedatangan bulan Ramadan serta memupuk semangat cintakan ibadah dalam kalangan murid-murid. Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah dirancang sepanjang bulan Ramadan untuk membentuk sahsiah dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
Semoga program ini menjadi asbab untuk melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan istiqamah dalam beribadah.
Terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.