26/05/2026
📢 Tinjauan Pengguna LADAP Plus Kembali Lagi!
Selamat sejahtera, Cikgu! 👋
Kami ingin mendengar pandangan dan pengalaman anda sepanjang menggunakan aplikasi LADAP Plus. Maklum balas yang diberikan amat berharga dalam membantu kami menambah baik pengalaman penggunaan serta menyediakan ciri dan kandungan yang lebih relevan untuk anda.
Sebagai penghargaan, setiap peserta yang melengkapkan tinjauan ini berpeluang memenangi cabutan bertuah bernilai RM50. Seramai 2 orang pemenang akan dipilih setiap minggu!
📅 Tempoh Tinjauan: 26 Mei hingga 7 Jun 2026, 11:59 malam.
Jangan lepaskan peluang untuk berkongsi pendapat anda dan membantu kami membina LADAP Plus yang lebih baik untuk semua.
📲 Imbas kod QR atau sila layari https://bit.ly/TinjauanPenggunaLADAPPlus untuk menyertai tinjauan ini!