18/03/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ 25 ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
UPTM ANJUR PROGRAM CSR โ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐โ
Ampang | Seramai 52 anak yatim sekitar Bandar Baru Ampang diraikan dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Serene Ramadan: A Month of Peace, Lasting Meaning anjuran penuntut Semester 5 Diploma Komunikasi Korporat, Fakulti Pendidikan, Sains Sosial dan Kemanusiaan UPTM.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/03/1335409/penuntut-uptm-santuni-52-anak-yatim
AmazingUPTM
17/03/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Naib Canselor Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), YBhg. Prof. Dr. Sharifah Syahirah binti Sy Shiekh, telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama komuniti setempat di sekitar Palong dalam suasana penuh keberkatan dan kebersamaan.
Majlis yang dianjurkan oleh YB. Datoโ Haji Shamshulkahar bin Haji Mohd Deli, Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA (KPTMSB), turut diisi dengan penyampaian sumbangan zakat serta bakul makanan kepada 148 penerima daripada golongan yang memerlukan, sebagai usaha menyantuni komuniti dan meringankan beban sepanjang bulan Ramadan.
Dalam majlis tersebut, Naib Canselor UPTM turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada para penerima sebagai sebagai tanda komitmen universiti dalam memperkukuh hubungan dengan masyarakat serta memupuk nilai keprihatinan sosial.
Program ini menghimpunkan pemimpin dan masyarakat dalam usaha menyemarakkan budaya berkongsi rezeki, sekali gus mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan, kepimpinan tempatan dan komuniti.
Turut hadir Dr. Mohd Erfino bin Johari, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Pengantarabangsaan UPTM, YM Tok Batin Haji Uyop bin Sani, En. Mohd Tajol Arus bin Abd Kadir selaku Pengurus Felda Palong 12, barisan Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Hidayah, wakil KPTM Bangi serta kepimpinan masyarakat setempat.
17/03/2026
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan Pro Canselor UPTM.
Semoga YB Timbalan Menteri KKDW sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta terus berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT.
Ucapan setulus ikhlas ini daripada Lembaga Universiti, Pengurusan Tertinggi dan seluruh Warga Universiti Poly Tech Malaysia (UPTM).
16/03/2026
UPTM kini bersama anda didalam Karnival Jom Masuk U 2026 yang akan secara VIRTUAL (dalam talian) pada 16 hingga 17 Mac 2026
Jom sama-sama luangkan masa anda untuk menyertai karnival ini secara atas talian dan terokai masa depan anda bersama kami. Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat diploma, asasi, ijazah, AFIA-ACCA dan program pasca siswazah sentiasa terbuka untuk anda.
Beritahu keluarga, rakan-rakan dan juga kenalan anda untuk bersama menyertai Karnival Jom Masuk U secara atas talian pada kali ini.
Klik pada pautan ini untuk sertai Karnival secara atas talian : https://univirtual-visitor-6617536191.asia-southeast1.run.app/
14/03/2026
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Seramai 252 pemain catur dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang telah menyertai KCE18 โ UPTM FIDE Rated Rapid Chess Tournament yang berlangsung hari ini di Perpustakaan Al Khawarizmi, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM). Pertandingan ini turut disertai oleh peserta bertaraf Grand Master dari Uzbekistan, Gareyev Timur.
Kejohanan ini turut diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UPTM, YBhg. Prof. Dr. Sharifah Syahirah binti Sy Shiekh, yang menzahirkan sokongan terhadap penganjuran program berteraskan pembangunan intelektual dan sukan minda dalam kalangan pelajar serta komuniti.
Kejohanan bertaraf FIDE Rated ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UPTM dan Kelab Catur UPTM bersama Kelab Catur Elit 18 (KCE-18) yang bertujuan menyediakan platform kompetitif kepada pemain catur untuk mengumpul mata penarafan antarabangsa serta mengasah kemahiran strategi dan pemikiran kritikal.
Pertandingan melibatkan kategori Open dan Bawah 12 Tahun (U12) dengan format permainan pantas 15 minit + 3 saat, sekali gus menarik penyertaan pemain muda berbakat serta pemain berpengalaman dari pelbagai institusi dan komuniti.
Penganjuran kejohanan ini mencerminkan komitmen UPTM dalam memperkasa pembangunan bakat intelektual dan sukan minda, selari dengan aspirasi melahirkan graduan holistik yang berdaya saing serta berfikiran strategik.
Selain menjadi platform persaingan sihat, kejohanan ini turut memperkukuh jaringan komuniti catur tempatan serta menggalakkan budaya โThink Differentโ dalam kalangan generasi muda.
Tahniah kepada semua peserta dan pemenang yang telah memeriahkan kejohanan hari ini!