10/05/2026
Liputan Merentas Desa oleh TVPSS SK Bandar Tasik Selatan
TikTok ยท BTSONAIR ๐๏ธ Check out BTSONAIR ๐๏ธโs video.
Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan
10/05/2026
Liputan Merentas Desa oleh TVPSS SK Bandar Tasik Selatan
TikTok ยท BTSONAIR ๐๏ธ Check out BTSONAIR ๐๏ธโs video.
08/05/2026
08/05/2026
Merentas Desa Peringkat Sekolah ๐โโ๏ธ๐โโ๏ธ
Suasana penuh semangat dan keceriaan jelas terpancar dalam program Merentas Desa peringkat sekolah yang telah berlangsung dengan jayanya. Murid-murid menunjukkan ketahanan fizikal, disiplin serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang larian.
Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan larian, sama ada sebagai pemenang mahupun sebagai peserta yang berusaha hingga ke garisan penamat.
๐ช Terima kasih juga kepada guru-guru dan ibu bapa atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Teruskan melangkah, teruskan cemerlang! ๐
08/05/2026
11/04/2026
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 26
PIBG SKBTS telah berlangsung dalam suasana yang harmoni dan telah berjalan lancar.
Tarikh : 11.04.2026
Masa : 8.30 pg
Tempat : Dewan SKBTS
Terima kasih kpd ibu bapa waris yang hadir ,juga kpd jk PIBG dan warga SKBTS
Semoga dgn selesainya agenda penting ini , dapatlah diteruskan perancangan ke arah kecemerlangan anak anak di SK Bandar Tasik Selatan
07/04/2026
Montaj Persaraan Cikgu Norlaila
https://youtu.be/tfxXTiRHNko?si=CmFV0FCjRoaEAdko
Kredit : Cikgu Sarah Aqilah
MONTAJ PERSARAAN CIKGU LAILA Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.
07/04/2026
MAJLIS LAMBAIAN KASIH CIKGU NORLAILA
Tarikh : 07 April 2026 (Selasa)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SKBTS
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pn.Norlaila binti Mohd Salleh, Guru Akademik , Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur atas sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang 38 tahun mencurahkan ilmu, tenaga dan keringat di alam pendidikan khususnya di SKBTS
Terima kasih kerana menjadi pendidik yang berdedikasi, membimbing dengan sabar, dan menyemai inspirasi dalam setiap langkah anak didik.
Mungkin suatu hari nanti,
langkah Cikgu Laila tidak lagi kedengaran di koridor sekolah ini, suara Cikgu Laila tidak lagi bergema di dalam kelas...
namun kenangan bersama Cikgu Laila akan sentiasa hidup dalam hati kami.
Perginya seorang guru, tidak bermakna hilangnya jasa...
kerana jasa itu akan terus mengalir di dalam setiap kejayaan anak didiknya.
Selamat bersara Cikgu Laila !
Semoga hari-hari mendatang dipenuhi ketenangan, kebahagiaan dan kasih sayang bersama keluarga tercinta.
Terima Kasih Cikgu Laila.
Link gambar : https://drive.google.com/drive/folders/16z6xb_wsFGTq1Z28RlxnVnDSFYCLz42z?usp=drive_link
07/04/2026
38 Tahun Bakti dalam dunia Pendidikan. ๐
Terima kasih Cikgu Norlaila Mohd Salleh atas segala-galanya. Selamat berehat dan selamat bersara. Jasa cikgu tetap di hati kami selamanya
06/04/2026
BORANG PENDAFTARAN ALUMNI SK BANDAR TASIK SELATAN
https://forms.gle/SWw9BLGQ9BXzxBWV7
Hey Alumni SKBTS! ๐
Kami PIBG SKBTS sedang mencari semua bekas pelajar & bekas guru Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan dari tahun 2001 hingga 2025! Jom isi borang alumni supaya kita boleh: Jumpa balik kawan lama ๐ค Rancang reunion ๐ Kuatkan network SKBTS ๐ช Jangan lupa share dengan kawan-kawan satu batch ya!
PIBG juga merancang akan mengadakan Hari Sambutan Jubli Perak 25 Tahun SKBTS pada Tahun 2026! Tunggu hebahan rasmi PIBG melalui Facebook: PIBG SK BANDAR TASIK SELATAN - Rasmi
๐ Selamat Hari Lahir ๐
Diucapkan setinggi-tinggi ucapan selamat hari lahir kepada
GB En. Shamsukamal bin Anifar ๐
Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan dalam memimpin dan menerajui sekolah ke arah kecemerlangan.
Terima kasih atas segala jasa, komitmen dan kepimpinan yang penuh dedikasi. Semoga terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah.
๐ Selamat menyambut ulang tahun kelahiran! ๐
Ikhlas daripada,
Warga Sekolah ๐น
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |