10/08/2024
Mama, sup telur mama paling sedap dekat dunia ni tau takkk? Ibu mane tak seronok kalau anak puji kann. 😍💃
Sempena kita kena duduk rumah ni, saya nak share resepi sup telur mudah.
Resepi sup telur
Bahan-bahan :
- 4 biji telur ayam
- 7 biji fishball (belah dua)
- Setengah biji carrot ( belah dua dan potong biasa)
- 3 ulas bawang putih(dicincang)
- Kiub pati ayam(guna separuh je)
- lada sulah
- Garam
- 2 gelas air putih (kalau guna banyak telur lebih kan air untuk kuah)
- Minyak masak
Cara masak :
- Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bawang putih. Tumis sehingga bawang nampak kuning dan garing sikit ye. Lepas tu masukkan carrot.
- Tambahkan 2 gelas air putih. Perasakan dengan kiub pati ayam, garam dan sedikit lada sulah. Bila kuah dah mendidih. Kecilkan sedikit api dapur.
- Pecahkan telur sebijik ke dalam mangkuk dan dituang ke dalam periuk. Ulang sampai habis telur. (biar je sekejap sampai telur masak, jangan sebok nak kacau ye)
- Bila dah nampak telur masak elok seketul - seketul. Boleh masukkan fishball. Dah masak, tutup api dan hidangkan dengan tabur bawang goreng dan daun sup.
Selamat mencuba ye.
Kredit: Nora Azni
22/12/2023
Tak lupa pesanan ni..
Solatlah...
Solat jangan tinggal.
Buatlah apa pun di dunia ni tapi solat jangan tinggal.
Solatlah walau x kusyuk.
Solatlah walaupun kita masih dalam proses tarbiah dan berubah .
Solatlah walaupun kita masih sedar berbuat dosa.
Solatlah walaupun terpaksa.
Solatlah walaupun masih lompong d sana sini.
X ada masalah.
Allah terima kita seadanya...
Allah Maha Tahu betapa kita sedang berusaha melawan segalanya....
Allah Maha Penilai Terbaik.
Allah lah satu2 nya yang terima kita seadanya...
19/12/2023
RESEPI BURGER PROSPERITY HOMEMADE ALA MCD nyumm nyummm 🤩
*tak ada alasan tak boleh b0ikot lagi..
BAHAN-BAHAN
1. Roti gardenia
2. Daging Ramly
3. Bawang besar 1/2 potong dadu.
4. Bawang holland hiris nipis
5. Tepung gandum 2 sudu
6. Air 1 gelas
7. Lada hitam serbuk+tumbuk
8. Butter 2sb
9.sos tiram 2sb
10. Kicap manis 1sb
11.garam secukup rasa
CARA-CARA
- mula2 letak butter pada roti n goreng dulu kejap..
- uli daging ramly n bentuk kan cam bentuk roti(refer gambar)
- goreng daging dulu(cucuk2 dgn garfu)
SOS
- panaskan butter 2sb n masukkan tepung gandum.. kacau smpai jd gold..
- pastu masukkan air 1gelas n kacau.. masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam 1sb, sos tiram, kicap n garam.. masak sampai pekat mana korang nak..
- celupkan daging yg dh goreng tadi.. letak ats roti n letak bawang yg korg hiris tadi..
Siappppp..
KREDIT: Mohd Faiz Fitri
19/12/2023
Kalender tahun 2024 . Lengkap dengan Cuti umum/perayaan dan Cuti Sekolah 🇲🇾🇲🇾
15/12/2023
Kes langgar hingga meninggal budak sekolah umur 17 tahun.
Mengikut sumber yang langgar merupakan pegawai kanan polis. Pegawai polis dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa membuat bunyi bising ekzos ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah di SMK Jati dengan menunggang motosikal jenis Yamaha.
Salam Takziah buat keluarga mangsa.
06/12/2023
"Dari Allah kita datang & kepada Allah juga kita kembali"
Al-Fatihah untuk anak syurga Zayn Rayyan Bin Abdul Matiin yang telah dijumpai dan disahkan telah meninggal dunia.
Salam takziah dari kami seluruh rakyat Malaysia, semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi dugaan ini.
Sumber : SK Damansara Damai (2)
26/11/2023
serius sedap weyh....ampa patot cuba menu ni....boh resepi siap2 nt ampa cuba la......
bahan2
ikan termenung atau apa jenis ikan....bakar dulu...
cili api *lagi pedas lagi sedap* (hiris halus)
daun kunyit (hiris halus)
daun limau (hiris halus)
serai (tumbuk kasar)
bawang merah (hiris laus)
bawang putih (tumbuk)
gula melaka@nisse
santan
cara2 nya
bakar ikan dan ketepikan...tumis bwg merah bwg putih serai hingga naik bau....lepas tu masuk kan sikit air dan masuk kan gula melaka...masak hingga gula melaka tu cair...lepas tu masuk kan santan(saya guna sekotak kecik santan tu) tak payah letak air dah....masak dgn api kecik....santan dah masak masuk kan ikan bakar td daun limau daun kunyit dgn cili api.....perasakan dgn garam dan sbgnya....siappppp.....
Photos from Dhia Hayati
08/11/2023
10 RESEPI AYAM BERKUAH YG SEDAP 😋
30/09/2023
Beras berkutu????
Ok ,,ni tips nak halauu kutu beras..
Sediakan :
✓BAWANG PUTIH
✓CILI KERING
✓KAYU MANIS
Letak la dlm bekas beras tu..
Biar kan bahan2 tu bercampur dgn beras okey..
Tuggu dlm sejam dua,tgk berapa banyak kutu beras yg keluar dari beras😁😁
*Lagi bagus kalau bahan2 ni di biarkan saja dalam bekas beras😉
Selamat mencuba✌
Cc: *Nurainaa Tajudin
28/08/2023
Kek Batik Milo 4 bahan, sedap giler!
Bahan-bahan:
- 1 pek/ 200g Milo
- 1/2 cwn/ 110g mentega
- 1/2 cwn/ 120ml susu pekat
- 1 pek/ 220g biskut marie
- 1/4 cwn/ 60ml air panas
Cara buat disini - https://resepi.mirayns.com/posts/kek-batik-milo-4-bahan-sedap-giler